Thursday, 12 May 2011

kembali...

hurm pertama sekali aku nak berterima kasih kpd org2 yg membaca blog terbaru aku ni, maaflaa blog lama terpaksa ditinggalkan..hum thanks kat korg yg komen n ikut blog aku ni melalui facebook!!! n komen kat inbox fb aku heeee.. sgt2 terharu,... sejak akhir2 ni aku sering sakit2.. migrain aku selalu datang.. yer, aku ada migrain yg agak teruk jugak.. sgt2... kalau migrain aku dtg mesti muntah2, sakit kepala yg amat sgt terutama sebelah kanan kdg2 kiri..entahlaa.. lepastu aku xle dgr bunyi bising.. mesti nak duduk dlm gelap.. handphone semua aku campak tepi (tu yg rosak..hehe) n semestinya aku xle pandang skrin laptop aku ni.. ergh sengsara dgn penyakit ni.. itu sbb aku xle nk berblog dlm bebrapa hari ni.. hee sory..
dalam beberapa hari ni banyak cerita aku dgr dari kawan2 aku... mereka PUTUS CINTA! SAKIT CINTA! JATUH CINTA! hurmmm teruk jugak penyakit cinta ni berbanding dengan migrain yg aku lalui ni.. hehe..

kenapa kalau cinta mesti bentuk hati???
ok cinta atau love.. benda yg ada disekitar kita dan pastinya semua melaluinya.. CINTA? semua org ada pendapat sendiri dgn perkataan ni walau aku letak citing die wikipedia or kamus dewan bahasa edisi terkini pun belum tentu semua org puas hati.. erm ok kalau bagi aku cinta ni satu perasaan, yer semua org tahu.. cinta ni anugerah tuhan dan semua akan dapat merasainya..ada satu yg selalu org salah sangka antara cinta dan sayang... boleh tak korang bezakan?? ok, cinta ni ada org kata akan dtg pada kita bila2, namun bila anak2 or adik2 korang bercinta masa sekolah semua cakap tu cinta monyet,,aku pelik bagaimana dorang boleh membezakan cinta sejati dan cinta monyet?? kalau ikutkan aku, masa sekolah dulu aku tak pernah bercinta, tapi masa tingkatan enam baru aku bukak minda n hati aku ni utk dikongsikan.. perasaan ni mula2 mmg best tapi bagi aku ia perlukan komitmen yg besar.,. 
cinta? adakah cinta perlu kan kredibiliti? adakah juga perlukan masa? bila masa cinta tu datang? dan yang aku tak suka adalah bila orang kata cinta itu buta.. bagi aku cinta tu bukan benda hidup ia cuma perasaan yg indah yg dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya.. tapi kenapa org melabelkan cinta kdg2 mmg buta.. alasan mereka.. lelaki itu hensem dan perempuan tu tak cantik dan kat situ dorang melabelkan cinta itu buta sebab die tak nampak luaran dia hanya nampak dalaman.. aku cuba memahami namun aku masih berfikir.. aku hanya memegang satu jer,, bagi aku itu TAKDIR & JODOH... kuasa tuhan... 
semalam kawan baik aku mesej, die kate die tgh rindukan seseorg... aku tahu siapa yg die rindukan.. pastilaa lelaki yg dah mencuri hati die.. aku selalu bersama sahabat aku ni..dan aku tahu setiap kali dia nampak lelaki tu, mesti dia bersemangat gila.. tapi laki tu tak tahu pun yang kawan aku ni suka kan dia.. pelbagai cara kawan aku buat agar lelaki tu nampak die.. lelaki tu pun member aku.. pernah 1 hari tu, aku just nak nasihatkan member aku ni tetibe die lari pergi ke bilik die then nangis sepuas2 nya.. aku kejar dan tanya die kenapa die menangis?? lalu die cakap die da betul2 sayang dan cintakan lelaki tu..die tak pernah jatuh hati dan sayang kat seseorg macam tu.. lalu aku pun terdiam dan berfikir begini ke penangan cinta?? lantas aku jadi takut bila aku tersuka pada seseorg ... 
kawan aku ni memujanya dalam diam, kadang2 nangis sebab terlalu rindukan lelaki tu... aku ingat lagi satu peristiwa di mana kitorg kena buat assignmnt sampai lewat malam..ermm x tidur pun sebab assignment banyak giler.. aku pelik kenapa die bersemangat giler .. aku pun jenguklaa apa yg die buat.. aku terdiam lagi.. rupanya,, wallpaper kat laptop die gmbar lelaki yg die suka tuu.. pergh, hebatnya kuasa cinta yer??? mungkin aku juga perlu jatuh cinta?? hahaha...
kini, aku doakan kebahagian sahabat aku tu, aku berdoa agar lelaki tu dapat rasa kehadiran sahabat aku ni. sebab aku tahu kawan aku ni suka die bukan sahaja2 or main2..tetapi betul dan nyata.. benda tu selalu aku nampak.. kawan aku boleh down dan bersemangat anytime je,, janji lelaki tu ada.. 
pelik lah cinta ni.. cinta adakah kau sudi singgah di hati aku, utk aku merasakan sebagaimana perasaan sahabatku ini??? 
hanya ilustrasi semata-mata.. hehe

Saat aku memandang dada langit yang gelap

Aku lihat ada bintang

Juga ada bulan nan Satu

Aku cuba mencari sesuatu yang hilang

Pada wajah langit

Rupanya ku hilang bayanganmu.



Sinar pagi memercikkan cahaya

Masuk ke ruang kamarku

Memanggilku melihat sinar itu

Aku cuba mencari disebalik sinar itu

Namun, aku buta

Buta dalam kasihmu.



Lautan yang tenang

Ombak bergulung indah

Angin yang halus mengelus wajahku lembut

Ku cuba capai angin itu

Namun, itu hanya angin

Seperti aku sukar mengapai cintamu.



Ku berlari jauh

Jauh yang mungkin

Tidak cuba untuk berhenti

Kerana sukar mencari perhentian

Kerana hanya mendapat kesakitan

Iaitu kesakitan merasakan degupan cinta hatimu.



PENYERU MALAM – 1.10 pagi 30/12/2010
camni kot kalau putus cinta?? heartbroken?? tp kalau sakit penyakit hati camne pulak?? hehe


dalam beberapa hari ni jugak aku dapat panggilan dari seorang teman aku... ermm, die da couple dgn lelaki ni genap setahun dah,, tiba2 minggu lepas, lelaki tu kantoi yg lelaki tu dah curang dgn die selama setahun.. tak ke gila member aku di buatnya??? aku pelik, aku sendiri tengok dorang bahagia.. cara laki tu layan kawan aku.. mmg aku target ni laaa yang akan melekat dgn kawan aku ni.. lagipun kawan aku ni dah byk berubah utk lelaki ni.. berubah ke arah positif.. mula2 aku respek cinta sebab boleh ubah seseorg menjadi lebih baik namun bila aku tengok kes kawan aku ni,, lelaki tu macam.. mmg bodoh.. entahlaa aku pun tak boleh nak judge sape2 sebab aku bukan dorang.. kawan aku tu da nangis macam org gila.. dia terkilan sebab lelaki tu buat muka tak bersalah dan yg paling best lelaki tu tak mintak maaf tetapi mintak kawan aku ni lepaskan die.. WTF?? haha s0ry.. aku jadi bengang sebab.. disebabkan lelaki macam ni laaa ramai perempuan akan berhati2.. termasuk aku huh... kini kawan aku berseorangan tapi bagi aku lelaki tu tak layak dgn kawan aku pun.. banyak yang aku respek hubungan dorang pada mulanya namun... kuasa di tangan Allah.. aku doakan kebahagian kawan aku dan berdoa agar dia mendapat jodoh yg boleh menjaga die dan menyayanginya.. cinta adakah aku juga akan dipermainkan seperti itu???

sebenarnya banyak kes2 cinta yang aku dengar dari kawan2 aku sendiri tak kurang juga apa yang aku alami hehe.. bila nak sebut tentang cinta aku jadi malu pulak hahaha.. aku pernah .. pernah lahh berkali jugak laaa haha.. tapi aku tak rasakan itu cinta tapi more too perasaan hendak mencuba disayangi dan menyayangi,,humm remaja yang baru nak kenal erti hidup.. aku percaya pada cinta selepas berkahwin ahaks! aku suka tengok orang yg kahwin awal.. bahagia jer nampak haha.. tapi tak tahulaa.. sepupu aku ade jugak yang kahwin bila usia mencecah 18 tahun.. ada yg dah ada anak pun.. sepupu aku ni keluarga yg islamik sgt2.. aku mmg respek family dorang.. masih mengekalkan budaya lama..hehe..

selepas usia aku makin meningkat.. yelaa mencecah 20 tahun aku mula berfikir dgn serius terhadap sesuatu.. satu hari tu aku mengajak abang aku pergi ke kedai buku,, nak tahu tak buku apa yg aku ambil?? haha
try baca..mmg best..
haaa ini lah bukunya.. memang best dan sgt berinformasi.. so aku cadangkan pada sesiapa yg ingin bercinta seeloknya, dapatkan panduan dan info.. selain itu jugak kita boleh bercinta cara Islam..mencegah kemungkaran.. cewwwaahhh.. bagi aku buku ni bagus dan sangat membantu.. kat dalam buku ni ade tulis tentang perspektif Islam dalam bercinta... so kalau korg berminat korg boleh try baca or inb0x kat aku if korg nak pinjam dari aku hehe... buku ni juga adelah persediaan bagi org yg belum jatuh cinta lagi.. aku laa tu hehe..

Aku suka bunga mawar putih

Adakah si dia tahu aku suka akan bunga?

Kesepiannya, ketenangannya

Membuat aku hilang arah

Sehingga aku sesat

Dalam terang.



Daun-daun kering ku kutip

Untuk menulis nota cinta buatnya

Agar dia sedar akan kehadiranku

Yang hanya melihatnya dari sisi.



Sejak ku tatap wajahmu

Saat kau renung mataku

Hati ku lantas berdetak bahawa

Sudikah kau menjadi pendampingku?

Penyelamatku? Penemanku?

Dan kau adalah pencuri hatiku!



PENYERU MALAM – 1.09 pagi 31/12/2010

cinta dan persahabatan sama penting tau..



pernah tak korang berada dalam situasi.. dalam memilih persahabatan atau cinta?? haaa skrg ni dah byk drama dan novel mengupas tentang kisah macam ni.. ok pandangan aku tentang dua benda ni.. yup,, persahabatan dan cinta adalah benda yang sangat penting dalam kehidupan... kita haruslah bijak memilih mana yang terbaik dalam hidup kita.. kalau kita pilih cinta, kita akan hilang persahabatan dan sebaliknya... contohnya,, kita suka lelaki tu dan kawan kita pun suka lelaki tu then lelaki tu suka kita sebenarnya.. so mana yang korang akan pilih??? mesti naik muntah gak kalau hendak memilih.. bagi aku hidup mmg perlu memilih.. kalau kita tak memilih kita akan hilang dua2 sekali.. 
aku tak ade jawapan utk ini hehe.. sebab ni melibatkan perasaan.. perasaan kita tak boleh lihat dan teka.. kita boleh rasa.. erm.. bagi akulah if kawan aku dah cakap die sy0k kat mamat tu, c0mfirm lelaki tu terkeluar dari carta hahaha,, aku tahu ramai yg akan buat camtu.. sape yg tak sayang kawan?? haha tapi ade jugak yg buat macamtu.. haha yelaa aku laa yg terkena.. meh sini aku cerita.. haha pada mulanya aku main mata je, ni kawan aku laa ajar.. masa ni zaman sekolah.. haha aku ngn lelaki ni mula2 ok laa tapi sebab ade byk kengkangan aku ngn die tr0s lost..dan lepas setahun kit0rg jumpa balik dalam satu kursus masa f0rm 6..mmg aku terkejut gila.. die pun same tp kitorg just pandang2,,senyum2 then berakhirlaa kisah kitorg dan selepas dua tahun aku jumpa die kat majlis pertunangan kawan aku.. alangkah terkejutnya aku dapat jumpa die..tp aku tengok die datang sambil berpegangan tangan dgn kawan aku jgk.. nasib baik die tak nampak aku..apalagi terus blah laa.. aku blah bukan sebab frust tapi aku tak nak kawan aku tu rasa serba salah.. haha.. aku doa agar aku tak terserempak dgn dorang lagi hehe...
haha ni laa aku haha.. wahai jejaka pujaanku.. ntah sapa ntah haha
aku cuma berdoa agar Allah menjodohkan aku dgn lelaki yg baik2.. haha.. amboi.. yelaa yg boleh membimbing aku ke jalan yang lebih lurus dan mengajak aku ke arah kebaikan.. sebab sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik2 haha.. dan aku juga sedang bersiap dan mencuba memperbaiki diri aku yg lemah.. kerana aku percaya bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..hummm..
pada semua kawan2 aku, bercintalah sampai ke syurga.. carilah lelaki yg boleh imamkan kita bila nak solat, lelaki yg boleh menjaga kita tatkala kita di luar.. lelaki yg menghormati kita sebagai perempuan,, lelaki yg menjaga hubungan dgn keluarga kita.. lelaki yg bertanggungjawab.. dan pastinya lelaki yg beriman.. itu kalau kita nak bercinta sampai ke syurga laa haha.. 
aku ada respek seorg lelaki ni,, sampai skrg aku ingat lagi.. dia biasa je tapi gentleman dalam islam contohnya.. dia akan berjalan dahulu dari kami yang perempuan,, dia tak guna kan perkataan ladies first sebab die kata jalan perempuan yg lenggang lenggok boleh membuatkan lelaki itu .. faham2 jelaa... bila naik tangga ke,, mesti dia nak jalan dulu sebab dia kata bila naik tangga kain kitorg akan terselak..huh ada benar juga,, dan yg paling aku tersentuh masa tu hujan dan aku dah basah sikit then dia bukak sweater die.. die bagi kat aku.. w0w..hebatlah lelaki ni,, dan aku faham maksud dia.. tapi sekarang aku tak tahu pergi mana lelaki ini haha... 
YESS ALLAH!!
yes! yg pertama sebelum aku jatuh cinta adalah aku nak bercinta dgn Allah... kerana aku tahu kalau cinta dgn manusia aku akan sakit dan pastinya dengan Allah aku akan dapat keberkatan... InsyaAllah..

kedua. aku nak cintai diri sendiri, aku nak hargai apa yang aku ada.. kenal siapa diri aku dulu.. baru boleh mencintai org lain...

ahaks! ibu dan ayah, mestilaaa aku cinta akan mereka.. tanpa mereka siapalah aku di bumi Allah ini...

family, adik beradik dan sahabat2...

dan pemilik cintaku selepas Allah dan yg lain2.... haha... paling bawah yer.. ingat cinta dan sayang adalah perkara yg berlainan haha....

poyoshh,, sedang kusyuk membaca buku..ahaks!!

Aku dapat lihat keredupan pandangan matanya

Yang bukan melihat aku tetapi merenung sekeliling

Aku suka melihat senyumannya yang mengujakan

Yang bukan dihadiahkan untukku tetapi untuk mengambarkan dirinya

Aku tahu pandangan mataku tertancap pada wajahnya yang tenang

Yang bukan perasan tentang kehadiranku

Walau aku sentiasa menjadi pemerhati rahsianya

Memujanya dalam diam

Terpaku dengan sendirinya.



Aku hilang kata-kata

Dunia imaginasi mula mengawal fikiranku

Khayalan datang menjadikan ia sebuah mimpi

Sehingga aku tidak bisa bangun kerana takut

Takut akan kehilangan mimpi itu



Reality amat memedihkan

Namun ia benar

Dan sentiasa benar

Aku mula mengajar hati agar sentiasa

Sentiasa menjaga perasaanku

Supaya aku tidak terperangkap dalam duniaku.



Senyumanku hadir dengan sendirinya

Jantungku berdegup dengan lajunya

Fikiranku hilang entah ke mana

Situasi ini hanya engkau sahaja yang bisa lakukan

Wahai jejaka pujaanku

Pujaan tatkala aku mula memikirkan tentang cinta.



PENYERU MALAM 24 februari 2011 .. 10.48 p.m

" sayang tak semestinya cinta dan cinta tak semestinya bersama " - ART ATILIA-

p/s: maaflaah,, tetibe aku try nak bantu kawan2 aku melalui blog ni hehe.. thanks korg sebab share cerita..

No comments:

Post a Comment