Tuesday, 28 June 2011

bila aku terdiam...

ini adelaa satu dua karya aku semasa aku x berblog haa..

Hoi! aku tak cantiklah
aku kasar, aku poyo, aku ganas.
kau nak ke aku?

boleh pergi mati sama cinta kau
aku tak percaya cinta
yang aku tahu aku perlu
cinta pada tuhan dan diri sendiri dulu
secukupnya,
Dah kau boleh pergi....

tapi dia masih berdiri kat situ
sambil memandang dan tersenyum pada aku
ikhlaskah dia??

Maaf, aku kasar! aku memang kasar,
tapi kenapa aku?
jawab dia
sebab saya sayang awak
dan ia tak perlu alasan lain.

Terima kasih kerana memberi rasa itu
rasa yang tak mampu aku rasa
kerana itu bukan untuk aku.

p/s : semoga die berbahagia, walau die sering ingat pada aku.


LELAKI YANG POYO


jalan mesti bajet hero
rambut mesti trend terkini
walau rambut tak kena dgn muka
fesyen baju mesti ikut semasa.

baju fit, seluar kecik bawah
mungkin kasut berjenama
dan jangan lupa ray ban.

minyak wangi tak yah cakaplah
bau semerbak
macam tak de hari esok utntuk kau pakai
gaya cakap nak romantik je
bila perempuan pandang

Bermulalah aksi mamat poyo.....

bukak cermin mata, sangkut di baju
ambil handphone di kocek seluar
pastikan handphone mahal
tersenyum sendiri bila tengok handphone
mungkin tengah baca mesej
dan membalas mesej itu.

muka masih bajet sebab masih ada yang memandang

Lalu hadir seorang gadis di hadapannya
bermulalah dialog..

" eh roy, makin bergaya dan hensem ye kau "

mamat poyo berkata  " ala biasa-biasa jelah. ni baru keluar kejap je ni. haa kau guna nombor dulu yer?"

si gadis menjawab " yup, tapi aku tak da nombor kau. miss call kat nombor aku sekarang "

si mamat poyo terdiam dan tersengih

" aku tak de kreditlah hehe, lagipun nak gi top up lah ni. sebelum ni pakai bil tapi alaa malaslah asyik-asyik bil tinggi je. 200 ke atas je haa itupun kadang-kadang tak sampai sebulan. "

si gadis tersengih dan berambus dari kepalsuan itu...

poyo tak mamat tu??
macamlah si gadis tu baru kenal dia semalam.
posing bagai next top model tapi.....

p/s : aku lah gadis tu ^ ^

No comments:

Post a Comment