Friday, 22 July 2011

ergh hantu?? Dah ke belum??



Suasana malam yang sunyi, dan semua penghuni asrama kenchana sedang diulit mimpi dan tidur dengan tenang. Bilik senior cerdik hanya mendengar bunyi dengkuran semata-mata yang penghuni di dalam bilik itu adalah seramai 20 orang.




Ariana terjaga disebabkan terasa badannya digoncang kuat oleh teman baiknya Murni. Ariana sudah dapat menganggak bahawa Murni mengejutnya untuk menemaninya ke tandas.


“ ari, bangunlah aku tak tahan dah ni” kata Murni sambil duduk di tebing katil Ariana dan memegang badan Ariana.

Ariana mencelikkan matanya dan agak malas pula untuk dia bangun pada malam itu, entah kenapa. Murni masih di sisinya dan meminta untuk menemaninya ke tandas. Ariana sering menemani Murni ke tandas pada waktu malam walaupun tandas mereka berada di dalam bilik itu juga.

“ humm, cepatlah aku ngantuk ni” jawab Ariana malas-malas dan bangun sambil menguap besar.
Mereka jalan beriringan dan Murni memulas tombol pintu namun pintu tandas itu berkunci. Ariana mencuba pula tetapi tidak boleh juga.

“kau tahan jelah sampai esok pagi, boleh tak?” tanya Ariana yang makin mengantuk itu.

“alaa dah tak tahan dah ni, jom kita pergi tandas luar. Sekejap je” murni memujuk Ariana.

“tapi janji cepat aku malas nak tunggu lama-lama”

“baiklah, lima minit je”

Mereka pun keluar dari bilik senior cerdik dan menuju ke tandas di hujung tingkat mereka.
Murni masuk ke tandas dan Ariana menunggu di luar. Namun Ariana merasakan sudah lama Murni di dalam tandas.

“Murni, cepatlah” laung Ariana

“kejaplah” laung Murni kembali

Ariana merasakan seram sejuk tiba-tiba, hatinya merasakan debaran yang kuat. Dia merasakan sesuatu akan berlaku.

“Murni, dah ke belum? Lama sangat ni.” Ariana menjerit lagi kini berada di hadapan pintu tandas yang dimasuki oleh Murni.

“belumlah, kejap je lagi k” jawab Murni dengan suara yang ceria.

Tetapi kenapa Murni macam gembira, bicara hati Ariana. Diam. Sunyi. Sejuk. Seram.

Ariana mula merasa geram. “dah ke belum?” tanya Ariana lagi dengan nada geram.

Tiba-tiba suara lain yang menjawab “belumlah…”

Ariana terus melarikan diri menuju ke bilik mereka dan meninggalkan Murni di dalam tandas.
Setelah selamat masuk ke dalam bilik, Ariana menarik nafas lega dan terduduk di katil di sisinya.

“alamak Murni! Aduh, macamana aku boleh tertinggal dia” Ariana mula rasa seram untuk keluar kembali. Tiba-tiba Ariana terpandang wajah di atas katil yang dia duduki itu adalah katil Murni dan Murni sedang tidur. Jantung Ariana berdegup kencang dan peluh-peluh ketakutan merembis keluar. Ariana terdiam dan terpaku.




 ********************************************************
 ########################################################


















“ murni?” Ariana memanggil Murni dan mengerakkan tubuh Murni. Murni terjaga.
“ kenapa, ari?” sambil menggosokkan matanya.
“ tadi kau ada ajak aku pergi tandas ke?” tanya Ariana.
Murni menggelengkan kepala. Lalu kembali tidur.
Ariana terdiam dan menggigil. Habis tu siapa yang aku teman tadi?




P/S: KISAH INI DIADAPTAPSI DARI YOUTUBE... HAA TAPI SAYA DAH LUPA LINK DIA MAAF!!...N SAYA ADA UBAH SIKIT2 HAA


M/T: haaa ada pengalaman hantu x?? hahaha aku ada!

No comments:

Post a Comment