tiba-tiba entry kali ini aku nk share s0mething... aritu ibu ade belikan aku majalah SOLUSI mase nk pegi kuantan..awal bulan aritu.. Thanks ibu sbb memahami anak ibu yg suke membace ini...
then ade satu topik yg menarik.....
B0LEH BUAT MAKSIAT, DENGAN SYARAT......
mari kita berk0ngsi ilmu di bulan mulia ini....
SELAMAT MEMBACA!
dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seseorg lelaki yg dlm prjalanan utk mencari hidayah telah bertemu dgn se0rg sufi yg hebat, iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya, apakah ada ruang kpd beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak org yg makan rezeki Allah derhaka kpd Allah.
- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak org yg tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
- Buatlah maksiat di tempat yg Allah tidak nampak kamu.
- Sekiranya malaikat maut dtg hendak mencabut nyamamu, maka katakan kepada malaikat maut utk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan utk melakukan maksiat.
- Sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka dtg hendak mengheret kamu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "
setelah mendengar kata2 tersebut, lelaki itu menangis teresak2 kerana die sedar bahawa tidak layak bg se0rg hamba Allah utk melakukan maksiat kepada-Nya.
Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dgn bersungguh2. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yg soleh.
Alhamdulillah..... sem0ga kita sama2 dpt iktibar ape yg kita bace ni.....
PESANAN KPD YG SUKA MENJATUHKN SY:
aku manusia yg lemah...kalau nak bace..bace je.. jgn nak kutuk or kondem aku...
saya cuma nk k0ngsi ilmu....
SELAMAT MELAWAN HAWA NAFSU DAN SELAMAT BERAMAL ^_^
INSYAALLAH........
**** cerita yg aku amek ni sikit pun aku x ubah... seratus peratus aku c0py betul2.. taip sendiri...
DESA PANDAN, KL
No comments:
Post a Comment