Friday, 18 November 2011

aku mengarut! jadi?

pernah dengar cerita tentang tikam belakang?
pernah rasa jadi dihina?
pernah pegang pada janji?
pernah simpan dendam?

arghh, kau, aku, dia dan KAU!
sama sahaja.
jangan rayu pada aku
untuk sedarkan kamu semua
jangan pernah!

aku bongkak?
habis kau?
dia?
kita sama sahaja.
tetap hamba.

kau laungkan kata-kata membunuh
kau bisikkan kata-kata palsu
lalu kau harapkan aku jadi sampah seperti kau

selagi kita berada di muka bumi ini,
selagi kita berjalan di atas tanah ini,
selagi kita bernafas di udara ini,
dan selagi kita dapat rasakan denyutan nadi ini
percayalah masih ada peluang untuk kita berbaik
dan membuat yang terbaik.

kau, aku, dia dan KAU!
mari beristighfar
mengingat tuhan
tinggalkan dosa semalam
langkah ke hadapan
dengan syahadah....

p/s: Ya Allah, terima kasih =) >aku dekat kau dekat<




SHAH ALAM
ART ATILIA

No comments:

Post a Comment