Monday, 16 January 2012

yang tak terluah...

Assalammualaikum ..

okay, fokus!
aku rasalah kan aku ni seorang yang erghh LOSER!
entahlah, aku macam tak pasti apa yang aku tengah buat. Aku tahu apa yang aku nak cuma ianya tak terluah.

c0me on, luahkan je

tak mudah! bukan senang.

aku sangat bersyukur Alhamdulillah, impian aku nak sambung belajar tercapai akhirnya pada 10 Januari 2011 di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Aku memang dari kecik suka menulis tapi sekarang suka juga tapi dah lain lah sebab kita menulis mengikut kreativiti, masa sekolah ada format hmm. sekarang ni aku sambung belajar Penulisan Artistik. Ye! ini memang yang aku nak. Sujudku untukMu.

Semasa aku dapat tawaran sambung belajar ni, aku terpaksa membuat pilihan yang akan menentukan masa depan aku dan juga mempengaruhi org lain. Aku telah ditawar menjadi pengajar di sebuah studio muzik walaupun ilmu aku masih sgt2 la cetek dlm muzik namun ketika itu aku masih digelar pelajar di studio itu jugak. Berat memang berat.

Music or Writing?

dua bidang yang sangat aku minat, family tiada bantahan yang mana aku nak tapi aku harus buat pilihan yang sangat2 lah terbijak agar aku x salah langkah.

ade orang nasihatkan aku begini.

1   : amik writing tapi jadikan music sambilan je.
2   : amik music n kau boleh jadi penulis kot, ikut bengkel2 yang ada.

hmm yer dua bidang yang sangat dan nak hampir sama kan?

Aku bukan nak mengeluh atau nak salahkan takdir tapi aku nak imbas balik dan nak ingatkan diri aku. mana janji aku.

Beberapa harini aku adelah main gitar tapi aku rasa macam nak nangis sebab rasa macam bodoh sangat. sangat sangatlah bodoh. Entahlah, aku rasa aku dah hilang separuh ingatan terhadap apa yang aku belajar, aku cuba cari nota2 lama tapi yang jumpa nota2 subjek aku sekarang.
Aku teruskan main juga dan paksa diri aku supaya main gitar dengan cara yang lebih bagus dan akhirnya aku telah sakitkan diri aku. Jari aku luka tapi hati aku sakit jugak. Bodoh!

Memang aku mengaku masa aku lalui hari2 aku sebagai pelajar UiTM mestilah aku kena fokus dalam pelajaran aku namun fokus ke? erghh aku jarang berlatih gitar, dulu tabiat aku bangun tidur aku terus main gitar, sebelum tidur pun same. Aku memang tiada disiplin, sia2 amek kesatria ahahaha.

okay apa yang tak terluah pun aku tak tahu..tapi yang ni laa yang aku bengang.
kesimpulannya, aku tak dapat bermain gitar macam superb! xdapat tingkatkan skill lagi. Yer aku kecewa dengan diri aku je hee. Come on!! I can do it.

"and now i try hard to make it
 i just want to make you (my family) proud, "

nothing lasts forever, i'm sorry i cant be perfect

p/s: try harder to ignore you.


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

2 comments: