Sedang tidur di ruang tamu. Nyenyak. Phone di dalam poket bergetar seiring menyanyikan lagu hits pada masa tu. Lucky. 1 New Message.
Baca.
Balas.
Sambung tidur. Penat.
1 New Message. Lagi.
Baca.
Balas.
Selepas beberapa hari membalas mesej dan seperti dah menjadi rutin harian kita. Aku mula tersedar. Apa yang dah berlaku ni?. Tanya aku.
Komitment tu susah. Payah. Rumit.
Stop.
Kau yakinkan aku. Beri semangat pada aku. Sokong aku. Yang penting kau faham aku.
Teruskan.
Sakit aku datang. Migrain. Aku benci. Kau sentiasa ada ketika aku rebah dalam sakit peningku. Terima Kasih. Kasih kau, aku terima.
Kita jalan pimpin tangan. Kau sering senyum dari jauh bila nampak wajah aku. Wallpaper phone kau. Wajah aku. Terdiam. Aku didik hati supaya selalu menjadi manis untuk kau. Setiap pagi ku kirimkan secebis kertas pada kau. Sebab aku suka lihat kau tersenyum.
Namun, komitmen lagi. Hati kian terseksa. Kau sentiasa menunggu aku. Mengalah dengan aku. Sabar dengan tingkah aku. Faham pada aku. Aku sedih.
Panggilan terakhir untuk kau.
tetttt.... Putus.....
Selepas berapa tahun dan sepanjang tahun kita tak berjumpa. Kau masih tanya khabar aku walau aku tak pernah menghubungi kau. Sehingga satu hari kau mesej. Ketika mood aku bermasalah.
Baca.
Balas.
Awak tak rindu saya ke?
Aku balas. Dan sehingga kini dia masih sakit dengan ayat aku.
Perasan tak sepanjang ayat aku tiada kata MAAF dari aku.
Masa mengajar aku, betul2 diajar. Serius, aku dah terajar.
Awak, saya nak minta maaf. Saya dah cuba hubungi awak tapi awak tak pernah balas balik. Cari saya. Saya nak minta maaf je. Saya dah berubah. Betul2 minta maaf. Tak kisahlah awak nak maafkan ke tak.
Nak minta maaf supaya hidup saya lebih bertambah baik.
Notes : Sejak hari awak mesej tu..
Rindu saya bukan untuk awak TAPI Maaf saya tuju untuk awak.
p/s: Mr Hero, rindu saya untuk awak. Semoga cepat sembuh, dengar nasihat doktor okay.
ART ATILIA (NAA)
KUALA LUMPUR

auw aku juga teruja ahhaa
ReplyDeleteahaha teruja laa sgt kan haha
Deletet.q ika hehe