Thursday, 19 April 2012

Fragile...

Assalammualaikum..

Jika aku mampu, aku mahu hilang dalam dunia ini untuk sementara. Aku ingin berbaring di rumput yang hijau sambil memandang langit malam dan aku mahu berbicara dengan bulan dan mungkin juga bintang.

Tapi aku tak mampu........

Aku hanya mampu menghadapi hari-hari yang sudah tak berapa indah, yang suram dan aku seperti hilang semangat. Ya Allah....
Kini, sudah masuk hari yang ke empat mood aku tak berapa baik. Satu persatu menganggu ruang pernafasan memori aku, sampai aku tersekat.

Semoga keluarga aku berada dalam lindungan Ilahi. Aku takut.

tapi hari ini, pagi ini.

Aku mahu bangkit. Lupakan? memang tak boleh tapi aku akan letak masalah ini di satu ruang yang jauh.

terima kasih pada sahabat-sahabat yang sangat sabar dan menyokong aku.

Iskandar, Kuren, Arol, Risa, Yush, Am, Kina....

*to sakinah tahir : Maaf sebab beberapa hari ni, bilik kita dah tak semeriah dulu tapi aku janji ini akan jadi yang terakhir.

FACEBOOK CLOSED!


Angsalavista Villa, Puncak Perdana
Art ATILIA

No comments:

Post a Comment