Friday, 18 May 2012

Boleh tolong teruskan?

Assalammualaikum, Salam Jumaat.

Boleh tolong teruskan.. aku tak kisah apa yang berlaku pada aku. Sebab aku tahu tahap kemampuan aku. Memang aku rasa sakit hati tapi sekejap je. Sekejap je, InsyaAllah aku ok. Aku tahu.

Kadang-kadang dalam hidup ini dan kebanyakannya apa yang kita lakukan kita kena bayar semula. Apa yang kau nak kau kena ganti balik atau bayar. Satu pergi satu datang. Simple kan?

Ohh tengahari kejap lagi aku akan pulang ke kota raya ku. Kuala Lumpur! Sumpah rindu.
Nak jalan-jalan kat area Central Market nak tengok gelagat manusia. Duduk kat satu sudut, dengar MP3, pegang buku nota dan pen. Style kan?

Ohh sahabat baik aku (Mohamad Shazrin), doa aku seiring dengan hari-hari kau. Semoga kau tabah dan kuat dalam menghitung hari yang semakin mecabar bagi kau dan pastinya kau memang layak untuk dapat yang terbaik.

Dan tidak lupa juga sahabat baik aku yang dah graduated (Muhammad Helmi) Tahniah! dan jom sama2 pulun untuk dapat degree plak. (Rindu kat kau la gile).

Kepada gadis lesung pipit, gadis di hujung sudut dan pemilik jam tangan merah jambu tunggu aku balik untuk cuti dan pastinya rindu ini milik kamu (Nor Hayatun Nofus).

Akhir sekali, kepada Camy @ Camelia semoga awak kat sana bahagia. Awak dah mewarnai hidup saya macam warna ada kat badan awak. Saya rindu awak. Maaf tak dapat jaga awak dengan baik dan awak pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. T__T

p/s: kawan baik adalah kawan yang kau boleh maki dia dan dia boleh maki kau balik tanpa korang rasa sakit hati mahupun terasa yang akan rasa adalah bahagia dan apabila dibelakangnya kau lah yang akan memuji dia dengan ayat dan rasa yang paling menakjubkan hehe.


Angsalavista Villa Puncak Perdana
Art Atilia

No comments:

Post a Comment