Assalammualaikum ^,^
08 June 1958 di Kelantan, Lahir seorang hamba Allah yang memberi dan mencipta namaku.
Semasa aku dilahirkan kata ibu, ayah org yg paling gembira mungkin kerana aku anak perempuan pertama yg dilahirkan selepas mendapat abang aku yg jarak umur hanya 1 tahun 11 bulan.
Semasa aku kecil kata ibu, ayah sangat menjaga anak2nya. Ya! aku percaya sampai sekarang! Sebab ayah x pernah angkat tangan kat kitorang empat beradik walaupun berat kesalahan kitorang.
Ayah xpernah percaya cakap orang2 kat luar tentang anak2nya kerana kata ayah, ayah percaya anak2 ayah. Bila ayah cakap mcm tu kami adik beradik terus tak berani nak buat salah.
Semasa aku menjadi orang yang paling BODOH dalam kelas, yelah xpandai dan aku yang paling kurang pandai di antara adik beradik aku, ayah yang hantar aku pergi ke kelas tambahan dan tusyen. Walau akhirnya UPSR,PMR,SPM &STPM aku xpernah membanggakan.
Ok, bila aku dah besar ayah tanam satu perasaan pada anak-anak gadisnya. Jangan berharap pada lelaki kata ayah. Ayah kata jadi wanita yang kuat. Mungkin macam ibu.
Ayah juga orang yang menjadikan aku pandai bermain gitar. Ayah juga yang menghantar aku ke kelas agama. Ayah pandai seimbangkan dunia dan akhirat InsyaAllah.
Kalau nak describe tentang ayah aku memang banyak. Walau wajah nampak garang ayah aku adalah orang yang tegas dan lawak orangnya. Ayah xpandai nak tunjuk kasih sayangnya pada anak-anak mahupun ibu TAPI bila aku dah besar aku mula faham CINTA ayah itu.
Tabiat yang aku perasan ayah buat adalah dari aku sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga tingkatan enam atas dan sehingga aku berada di menara gading ayah xpernah lupa buat perkara ini.
# angkat beg aku
# selepas aku salam ayah, ayah akan cium kedua belah pipi aku
# ayah akan mengusap kepala
# hulur duit dan ayah juga yang menyara aku di U ini tanpa membuat pinjaman. (ayah bukan bergaji besar, adik2 ada lagi utk ditanggung)
Terima Kasih Allah! Kerana jadikan hambaMu ini benih dari lelaki ini yang aku gelar ayah!
Panjangkan umur ayah, berikan kesihatan yang baik, murahkan rezeki ayah, ringgankan beban ayah, bahagiakan ayah dunia dan akhirat, selamatkan ayah dari segala bahaya dan bencana. Kira semua doa baik2 utk ayah. Aaammminnn.
Saya Sayang Ayah Saya, Encik Azahar.
Puncak Perdana, Shah Alam
Art Atilia
No comments:
Post a Comment