Saturday, 21 July 2012

Bertemu Kembali..

Assalammualaikum :D

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Yeahh, Ramadhan kembali lagi serius Alhamdulillah pada yang Esa kerana menemukan kita kembali.

Ohh, Syaaban banyak meninggalkan beberapa memori yang aku ingat sehingga kini bukan Syaaban sahaja malah Rejab dan bulan-bulan yang lain (heeee).

Ohh Ramadhan, semoga kali ini aku dapat membuat yang lebih baik dari sebelumnya. Aaammminn!
Haa Ramadhan kali ni aku da terfikir untuk membuat satu perkara, InsyaAllah perkara ini mendatangkan kebaikan, aku mencuba menjadi yang terbaik dan berusaha untuk mencapai kebaikan. Semua orang macam tu InsyaAllah.

Mungkin selama ini aku hanya membiarkan perkara-perkara lampau menghantui aku, membayangi aku, menguasai fikiran aku. Ya, aku ada pengalaman buruk. Aku cuba melupakan dan juga cuba memaafkan kesalahan insan itu namun aku manusia yang lemah yang masih tunduk terhadap dendam dan menyimpan rasa. Sakit? memang sakit.

Kelmarin, aku sempat ber YM dengan kawan baik aku. Banyak dia nasihatkan aku, mungkin ada benar pada kata-katanya,

         "bulan yang baik adalah permulaan yang baik"  - Kuren Ghazali

Mungkin sudah tiba masanya aku melupakan julai itu tujuh hehe, sumpah sakit tapi akan ada manisnya. Aku percaya itu.
Dan aku semakin boleh memaafkan... Ya... aku akan cuba memaafkan dengan hati yang ikhlas...

Ohh, dan julai sudah hampir ke penutup tapi Ramadhan permulaan. Nampak tak kat situ?

Kepada semua kawan-kawan aku, semua sekali. Aku ingin memohon keampunan dari apa yang aku katakan, dari perbuatan, halalkan makan dan minum aku dan segalanya.
Kepada semua rakan-rakan baik saya Terima kasihhhhh yang tidak terhingga..


Roommate tercinta :) rindu nak dgr dia membebel <3

2 Lelaki yang sgt beautiful & awesome!!

Unggu - My lesung pipit (bff), Ieka ting-ting

4 Jelitawan di belakang aku! Rindu nak pukul korang hehe


Yeahh! Housemate saya lagi dua org x cukup. (Emy & Nana) -Angsalavista Villa-



2 Awesomeness BFF (Kuren & Is) -syg korg sgt3-


Bukit Puncak Perdana (view) Selamat Datang Ramadhan!!


dan maaf jika ada yang terasa if saya x letak gambar atau hint kan nama mereka. Bukan tiada dalam ingatan namun gambar amatlah terhad yang penting aku ingat korang heee...

Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik kawan-kawan!!

walau julai itu tujuh namun aku terlupa aku punya kawan yang lebih dari tujuh dan aku punya Ramadhan Alhamdulillah ^,^


Waaa selamat bersahur... (menaip sambil bersin kerana selesema)

p/s: serius aku pentingkan kawan terutama kawan baik (mestilah)


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L
Julai itu tujuh...tapi aku ada kawan lebih dari tujuh...

No comments:

Post a Comment