Semalam dalam perjalanan nak sampai rumah, aku memang suka berjalan-jalan di Central Market. Masa aku nak tunggu bas nak balik rumah, aku tunggu di Menara Maybank depan Pudu. Aku dihiburkan oleh pemuzik jalanan, dia bermain 3 alat muzik serentak. Gitar, harmonika dan tamborin. Aku suka muzik! tapi ada benda yang menarik perhatian aku tulisan kat gitar pemuzik tu.
"Perjalanan hidup masih panjang.. zikir..fikir.."
Lepas tu aku naik bas, aku duduk di sebelah seorang perempuan tua yang sangat kemas keadaanya. Aku senyum. Dia mula bicara. Selepas dalam 5 minit aku mendapati nenek yang disebelahku ini mempunyai ingatan yang tidak kuat iaitu sejenis penyakit mungkin Alzheimer tapi Aunty ni kejap ingat kejap lupa.
Ainon namanya, Aunty Ainon pada pandanganku berusia dalam lingkungan 70 tahun. Dia menanyakan padaku "Do you have a boyfriend?" aku menggeleng dan tersenyum dan Aunty Ainon senyum dan mengatakan pada ku bahawa dia sunyi sambil tangan letak di dada kirinya. sunyi itu sakit. Aunty Ainon kata dia dulu selalu belajar, belajar dan kerja, kerja sehingga terlupa bahawa masa semakin meninggalkan dia dan kini dia hidup keseorangan tanpa keluarga dan satu-satu ahli keluarganya yang rapat dengan Aunty Ainon iaitu kakaknya telah meninggal dunia 4 bulan yang lepas.
Sahabat, serius aku tersentak seketika.
Apakah itu yang akan terjadi pada ku ketika aku tua nanti?
Sunyi itu sakit, nak.....
| Aku takut sunyi |
p/s: Terima kasih Pemuzik Jalanan .... Terima Kasih Aunty Ainon :)
Art Atilia (NAA)
Shah Alam-Kuala Lumpur
Julai itu Tujuh
No comments:
Post a Comment