Monday 19 August 2013

Filem Tanda Putera

Assalammualaikum.

Blog ni masih baru dalam pembikinan kata-kata dan entry kerana pemiliknya sangatlah pemalu hehe. Sudi-sudilah membaca jika ada apa2 pertanyaan saya sangat senang hati untuk menjawab :)

Bulan Ogos je mesti kita akan teringat tentang Merdeka. Manakan tidak bulan ini dikatakan bulan sangat bersejarah dalam mencapai kemerdekaan. Kalau kat sekolah pulak masa-masa sekarang ni lah sedang sibuk membuat persiapan hari Merdeka. Contohnya ada sketsa, tarian kebudayaan, nyanyian lagu-lagu kebangsaan (part paling bersemangat terutama lagu yang ada lirik JALUR GEMILANG) lepastu mesti ada sekolah yang menggalakkan memakai baju kebangsaan. Bendera pulak memang banyak yang akan kita lihat dipacak sana sini.


Masa ni memang terasa dekat dengan pelbagai kaum. Saya yakin pasti ada antara kita yang mempunyai kawan pelbagai bangsa, saya juga ada dan kami seronok bersama.

Mencapai kemerdekaan memerlukan banyak pengorbanan tidak kurang juga cabaran yang dihadapi selepas kemerdekaan. Tun Abdul Razak, Yup Bapa Pembangunan Malaysia. Tak akan kita tak kenal siapa beliau, tipulah kalau tak kenal comfirm gagal sejarah (hehe). Secara jujurnya saya memang seorang yang meminati sejarah :)



Mari kita semua menonton filem ini untuk melihat apa yang terjadi selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Sedangkan mencapai kemerdekaan memerlukan pengorbanan yang besar dan saya percaya cabaran yang dihadapi selepas kemerdekaan juga amat besar bagi Tun Abdul Razak.

Sebagai bekas naib pengerusi persatuan sejarah SMK Datok Lokman tahun 2009 saya menyeru anda semua menonton filem #TandaPutera #29Ogos di pawagam. Yang lelaki digalakkan memakai #songkok untuk memeriahkan lagi sokongan kepada filem ini (ala sekali sekala buat gila) hahaha.

Ini dia trailer #tandaputera jangan menghukum sebelum menonton keseluruhan filem ini.




Ini pula barisan pelakon



Saya tahu ada yang ragu-ragu untuk menonton filem ini terutama adik-adik, tak salah pun nak tengok filem-filem macam ini. Kalau ada kawan-kawan yang suka membahan sebab kita menonton filem ini saya ada pesanan untuk mereka ini filem berdasarkan negara Malaysia, pastinya yang membahan orang dan mengherdik pastinya orang tu bukan darah Anak Malaysia.

Terima kasih semua.
selamat menonton.

Doa untuk Mesir. InsyaAllah.

Sunday 21 April 2013

Enough

This time, this year
still missing you

enough said. 

Happy birthday and I miss you!

Thursday 18 April 2013

sekilas berlari

mungkinlah aku kena berundur setapak-setapak
supaya tak kelihatan aku cuba berlari
tahu bukan berlari
tapi melarikan diri
walau orang berlari ke hadapan
dalam situasi ini
aku kena berlari ke belakang
jauh ke belakang
dan pastinya ketika aku sedang melangkah ke hadapan
wajah kau telah ku carik halus-halus di belakang
supaya aku tak dapat mencantumkan wajah kau
pada masa depan
mustahil.

#fokus tajuk tesis.

Tuesday 19 March 2013

I miss my blog

Assalammualaikum, happy tuesday everyone.

time is always running fast and left me behind so this is me Art. Hi and I'm already wear spike to run more fast.

I miss you blog...

ouh this year is my final year at UiTM InsyaAllah. and I'll be finish my bachelor degree soon. InsyaAllah.
and of course i'm getting older -_-


Angsalavista Villa

Monday 24 December 2012

Kembali selepas Menghilang

Assalammualaikum sebagai pembuka kata untuk blog ini yang sudah lama ditinggalkan oleh saya. Ianya sangat lama.

Sangat lama!

14 Disember 2012

Ulangtahun saya yang ke berapa entah. Haha telah disambut dengan "baik" sekali oleh rakan-rakan saya. Saya amat menghargainya :)

sangat!

*terharu*

*lost* dah lama tak tiup lilin byk2 macamni

*selepas ditepung dan ditelurkan*
*kena sumbat dengan kek*

*rentetan yang berlaku sepanjang malam itu*


Ini adalah sebahagian dari majlis meraikan aku.
Terima kasih semua. Terima kasih untuk semua. Terima kasih untuk ucapan.

Dan....
Pastinya ini bukan pengakhiran tetapi ianya baru bermula dan bermula
Sekali lagi... sekali lagi...
Text yang aku dapat pada pukul 8 pagi yang mengucapkan selamat ulang tahun pada aku tapi bukan itu yang menarik aku tapi siapakah pengirimnya.

soalan dah berjawab.

22 Disember 2012

Times Square saksinya.
Mr Pacak dan aku keluar bersama. Buat pertama kalinya keluar bersama selepas dua tahun mungkin. Pastinya aku berdebar selepas lama dah tak berjumpa namun hati memang nak jumpa dia. HAHA. Memang kami pernah dahulu berkasih sayang namun biasalah di tengah jalan.
cerita Melayu sangat. (sorry)

Rindu??
hmmm tipu kalau selama kitorang tak berjumpa aku tak rindu dia. Tipu sangat. hmmm aku tak tahu lah kalau Mr. Pacak aku ni macam mana kan? HAHAHA (Mr. Pacak tolong jawab).
Bila kata nak berjumpa tu memang banyak sangat rintangan aku nak sampai ke Kuala Lumpur ya. HAHA. dengan jem, bas lambat sampai, hujan lebat(hujan rahmat). Hmm tapi Alhamdulillah aku keluar jugak pergi jumpa dia.

Met Point
Bowling? sebab dia dah biasa kat sana. HAHA. so sebab aku lambat aku kena cari dia. Sumpah aku gugup! bila nampak je dia aku rasa jantung dah hilang kat tempat dia. Aku rasa kaki aku yang berdegup. Lepastu bermula lah hari kami.

**** was ugly until I met you. haha. (sebab dia hensem) *tiba-tiba

Untuk tatapan Mr. Pacak saya.

Terima kasih untuk hari itu. Terima kasih sebab layan orang, walau perangai orang macam apa je. kuat merunggut, membebel haha. cerewet tapi Mr.Pacak cool je walau dia banyak menjawab jugak. haha. Hmmm apa yang berlaku antara kita maybe hanya kita je yang faham.

Tiket wayang tu awak simpanlah sebagai kenangan. hehe. sebab org da ade signature orang hebat kat buku orang. Terima kasih sebab buat orang rasa disayangi dan hmmmm buat orang rasa perempuan HAHAHA.
dan akhir sekali baju merah sesuai dengan awak, mungkin biru pun okay tapi actually mana-mana colour pun masuk haha.

btw, Mr Pacak dah tinggi.

http://www.youtube.com/watch?v=wL_nvwjqx8o nanti orang main lagu ni untuk Mr H ya. (orang tak suka lagu ni tau. haha)

lawa gila decoration kat sini

will you always stand beside me?
dan itulah dia.
be still my heart, ingat lagi?


Art Atilia
Angsalavista Villa, Puncak Perdana Shah Alam

Saturday 8 September 2012

Bulan pun tahu muncul

Assalammualaikum.

Memang melampau dah sebulan tak update entry hehe. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ^,^

Sebenarnya esok hmm hari ni laa aku akan berangkat ke Shah Alam untuk menjadi pelajar di tahun kedua semester keempat di UiTM.  Alhamdulillah sudah tahun kedua nak masuk tahun akhir dah :)

Cerita Hari Raya?

Raya tahun ni serius aku dan keluarga menyambut dengan kesederhanaan In Sya Allah.
so memang tak ada apa sangat lah cerita di pagi raya aku. Sekadar bergembira dan kunjung-mengunjung sahaja.

Rumah terbuka pula tahun ni aku raya satu hari terus. Cuma dua buah rumah je. Kembar dan Joe.

Sebenarnya, kadang-kadang memang aku nak bersama kawan2 kira aku rindu suasana bila aku susah sebab masa tu memang kita akan menginsafi tapi kalau susah je tak best jugak. Sekarang pula, aku cepat sangat sakit-sakit. Agak runsing juga kadang-kadang. Tapi, aku tahu hati ni pasti akan merindui suasana rumah aku disamping ibu, ayah dan keluarga. Aku harus pergi untuk menamatkan Ijazah aku, semua ni memang aku buat untuk Ibu dan Ayah.

Sebenarnya dalam beberapa hari ni aku ada puisi nak dicoretkan disini. Sebagai duit raya untuk pengunjung di sini. Aku tidaklah sehebat mana dalam menulis, cukuplah hanya pandai mengeja dan merapu.


Sempit?
Ruang itu ada
Tapi sempit.
Mungkin terhimpit dengan ruang keluasan
Sempit tu berapa ukurannya?
Bentuknya?
Oh, perseginya ialah kejahilan
Kepadatannya ialah kesombongan
Lalu, ruang itu mampat?
Sempit mesti mahu jadi luas
Tetapi luas mesti sebaliknya
Sempit itu berapa ukurannya?
Sesiapa bantu aku?
Adakah aku juga sempit?


Selamat Hari Raya semua dan kepada semester empat sila lah berkawan baik dengan saya. In sya Allah.

Santapan mata utk Hari Raya





Art Atilia
Ampang

Sunday 5 August 2012

Cerita Result Exam..

Assalammualaikum,

Kecewa.

Pada 3 0gos haritu adalah hari keputusan exam semester 3 keluar, aku kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Lepas tengok result masa sahur air mata aku meleleh je, sambil otak mengimbau apa salah aku. Kawan-kawan ramai yang mesej tanya result, ada yang aku balas mesej mereka ada yang tidak.

Alhamdulillah, semua subjek aku LULUS namun ada beberapa subjek yang aku terkilan. Sangat.

Film Theory dan Animation adalah paper yang aku sangat ralat. Dua paper ni aku study bagai nak gila walau tiada lah sampai gila tapi kalau tak tidur dua malam untuk setiap satu subjek ini, bukan kerja gila ke??

Menangis bila teringat peristiwa aku jawab exam kedua-dua paper ini aku tertidur di dewan exam dan sedar apabila tinggal hanya 1 jam sahaja sebelum masa tamat dengan adanya 3 esei panjang tak siap lagi. Kadang-kadang aku terasa nak switch the blame to someone else. Yelaa, jadual exam aku sangat pack dengan aktiviti fakulti lagi, assignment lagi. sight.

25/6/2012  Media Electronic
26/6/2012  Psychology
27/6/2012  Film Theory

selang seminggu

9/7/2012    Art Laws
10/7/2012  Animation


Tapi bila fikir secara waras ini semua salah aku, cuba kalau aku susun jadual tidur dengan secukupnya pasti aku tak tertidur dalam dewan exam. serius aku terkilan. Kedua-dua subjek ini aku hanya dapat B. Mungkin carry mark aku yang membantu. Cuba fikir lagi, kalau aku jawab dalam sedar dan cukup masa pasti aku boleh jawab paper ini dengan baik. InsyaAllah, namun semuanya dah lepas.
Apa salah aku? Mungkin aku kurang berdoa pada Allah atau mungkin aku terlalu banyak meminta pada Allah?

Mula-mula pasrah, kini aku mula redha...dengan Ikhlas...cuba lagi Art...

Walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab pointer aku TIDAK lah teruk mana, cuma tak capai target je. Menurun dalam 0.03 je tetapi CGPA aku meningkat!! Arol pesan sekarang aku kena jaga CGPA aku je.

Tahniah kepada diri sendiri kerana mendapat A pada 4 subjek ini

BEL 499
WRITING WORKSHOP
MEDIA ELECTRONIC
INTERACTIVE MULTIMEDIA

Terima kasih kepada Allah kerana memakbulkan doa hambaNya yang hina ini dengan meluluskan semua subjek. Terima kasih kepada Ibu, Ayah yang banyak berdoa anaknya ini yang sering tersungkur. Along yang banyak membantu jika aku ada research dalam medical. Adik beradik yang lain Ain dan Kasih. Kawan-kawan sekumpulan Arol, Izmir, Lalouq yang sudi menerima aku dalam kumpulan. Kuren, Is, Arisa, Yus dan rakan-rakan yang lain yang sudi memberi inspirasi kepada diri aku. Tak lupa juga pada pensyarah-pensyarah yang mengajar.

Memang semangat aku dah hilang nak masuk semester 4 ni. Semangat raya pun dah tak de. Tapi aku tahu aku mampu buat lebih lagi. Pesanan aku ambil lah iktibar dari kes aku ni, tidur tu memang penting. Sangat penting, lagi-lagi bila nak exam.

Tahniah! Pada kawan-kawan aku yang mendapat Anugerah Dekan :) aku tumpang bahagia,boleh?

Semester 4, aku akan buru kau. InsyaAllah.

4 A, 5B, 1C (keputusan aku)

p/s: aku ambil masa yg panjang utk menulis entry kerana ingin menulis dengan keadaan aku dah pulih dari kecewa. Aku perlu masa.


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L