Tuesday, 31 July 2012

100 HARI ^,^

Assalammualaikum :)

Pada hari ini iaitu 31 Julai 2012 adalah hari yang ke 100 kawan baik aku hidup tanpa rokok!!!

Tahniah!! Tahniah!! boom boomm (bunyi mercun)

Alhamdulillah....

Kepada kawan baik saya, Shazrin Ghazali (kuren) :

Selamatnya sahabat :) aku bangga dengan kau, kali ni tak boleh nak celebrate sebab kita jauh so aku hantar ucapan dari jauh je la hehehe.

Tahu tak bukan senang nak berhenti merokok tetapi kawan aku ni bukan senang nak mengalah.. Jadi sesiapa kawan2 yang masih merokok dan ada niat nak berhenti pastikan berazam dengan gigih dan dapat pantauan dan sokongan padu dari keluarga, kawan2 dan orang tersayang hahaha.

So sedang menghitung hari untuk stage yang terakhir...... Tahniah Kawan Baik :)



bersama Ashton :)







Kenangan panjat bukit Puncak Shah Alam :)


Teruskan usaha kuren!! Jaga kesihatan...



p/s: Saya nak puasa penuh lagi tahun ni hehehe. dan Julai semakin tamat dan aku kembali semangat! :) Terima Kasih kat kawan baik aku yang dengar aku mengeluh huhu. Alhamdulillah dapat kawan baik macamni.


Art Atilia (NAA)
Ampang, K.L
Julai itu di penghujung, kawan.

Monday, 30 July 2012

Terfikir

Assalammualaikum,

Dalam beberapa hari ini aku ada terfikir, adakah aku berjaya menjadi seorang sahabat yang baik dalam kalangan kawan-kawan aku. *Terfikir*.

Hmm bila dah sambung belajar kat tempat baru (walaupun dah setahun lebih belajar kat UiTM). Aku merasakan aku seperti hilang kawan-kawan ketika sekolah dulu. Sedihnya. Mungkin aku sombong agaknya. Atau hahaha dah dilupakan :)
atau aku sedang melupakan.....

Okay, just wonder.

Semoga persahabatan aku dengan semua kawan-kawan aku diberkati oleh Ilahi.

Salam Ramadhan, guys. (kawan-kawan)




Art Atilia
Ampang K.L
Julai itu makin berakhir :)

Friday, 27 July 2012

3 SEMESTER

Assalammualaikum :)

Tadi aku saje je tengok2 gambar yang ada kat dalam laptop ni, saje mengimbau memori hehe. Tiba-tiba ada satu benda yang menarik perhatian aku. Lalu aku tersenyum, bila ingat balik cara kita kenal aku macam tak percaya kita boleh rapat :)

Yang best kita semua tahu kerenah masing2, perangai gila masing2.

Semua unik....... semua ada cerita.....

Tak sangka dah 3 sem kita kawan huhu..

SEM 1 (Januari-Mei 2011)

Entah apa2 entah ekspresi masing2 -..-



Gambar kat atas ni masa ni kita Part 1, baru kenal lagi  terus boleh masuk. Masa ni masih fresh2 lagi tak berani tunjuk belang hahahahaha.

Lepas dah rapat masa sem 1. Aku, Risa, Yush & Ieba duduk satu bilik, Ain tak join sebab dia nak duduk dengan budak2 rumah dia tapi dia kerap datang rumah kitorang.


SEM 2 (September 2011-Januari 2012)


Aku paling kacak :)




Haa ini sem 2 nampak macam matang sikit selepas cuti 4 bulan -..- penat kot cuti 4 bulan hahaha. Kira sem 2 ni macam heaven laa untuk kitorang berlima sebab masa ni Arisa bawak kereta so memang berjalan je kerja kitorang hehe, sikit-sikit makan luar dari Puncak.



SEM 3 (Mac-Julai 2012)


Manisnya semua!! HAHAHA




Kira ni yang paling latest laa :) nampak tak perubahan pada diri masing2??


Antara semua gambar ni cuba tengok balik di mana kedudukan aku?

                              Tengah kan??

HAHA, bajet kak yong je aku ni hahaha.


Apa-apa pun entry kali ini khas untuk korang sebab aku rindu korang (jujur gila -..-) HAHA.


Arisa          : Aku tak boleh lupa persembahan kau masa kelas Ayah Agi. Memang Terbaik!!
Yuslinda     : Kalau kau aku tak boleh lupa masa kau jatuh terlentang masa cuci rumah baru kita.
Suhaibah    : Kalau tak minum air mineral nanti kau tak lawas dan bila kau tak membuang kau akan tension    hahaha.
Ain            : kau buat apa pun boleh buat aku gelak, yang paling melekat kat kau kekelantanan kau tu pekat hahaha.


Hmmm sem 4 nak pose macam mana pulak yer??


p/s: aku nampak lebih sopan auuwww!

Art Atilia (NAA)
Ampang, K.L



Monday, 23 July 2012

Oucchh, sory!

Assalammualaikum,

Pada pagi ini secara kerasnya aku telah melukakan hati seseorang :/

Itu lebih baik sebab aku rasa kosong. Aku tak rasa selesa dan selamat.
Dan yang paling ketara adalah dia tak faham aku langsung. Tiada!

Maaf dan terima kasih je yang mampu aku ucapkan :)

Dari awal lagi aku dah tolak dengan baik dan dia masih mencuba dengan keras dan akhirnya pada malam ini kita habis di sini. Aku terpaksa jujur dan lancang berkata-kata.

Lepas ni tak perlulah ambil tahu pasal aku lagi sebab kau akan rasa sakit. Baik tak payah langsung dan aku akan cuba buat2 biasa. Jangan risau cuti ni ambil masa banyak2. Maaf!



p/s: mana laa kawan baik aku ni?? ZzZzzzzzzzzzz (hmmm)


***aku tahu aku kejam sebab seperti mainkan perasaan dia tapi baik aku jujur dengan apa yang aku rasa. Sekurang-kurangnya dia boleh cari yang lain. Hello come on laaa bagi aku nilai persahabatan itu lebih tinggi dan lebih lama. InsyaAllah.
Ya Allah, semoga hambaMu ini membuat keputusan yang baik.


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L

Saturday, 21 July 2012

Bertemu Kembali..

Assalammualaikum :D

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Yeahh, Ramadhan kembali lagi serius Alhamdulillah pada yang Esa kerana menemukan kita kembali.

Ohh, Syaaban banyak meninggalkan beberapa memori yang aku ingat sehingga kini bukan Syaaban sahaja malah Rejab dan bulan-bulan yang lain (heeee).

Ohh Ramadhan, semoga kali ini aku dapat membuat yang lebih baik dari sebelumnya. Aaammminn!
Haa Ramadhan kali ni aku da terfikir untuk membuat satu perkara, InsyaAllah perkara ini mendatangkan kebaikan, aku mencuba menjadi yang terbaik dan berusaha untuk mencapai kebaikan. Semua orang macam tu InsyaAllah.

Mungkin selama ini aku hanya membiarkan perkara-perkara lampau menghantui aku, membayangi aku, menguasai fikiran aku. Ya, aku ada pengalaman buruk. Aku cuba melupakan dan juga cuba memaafkan kesalahan insan itu namun aku manusia yang lemah yang masih tunduk terhadap dendam dan menyimpan rasa. Sakit? memang sakit.

Kelmarin, aku sempat ber YM dengan kawan baik aku. Banyak dia nasihatkan aku, mungkin ada benar pada kata-katanya,

         "bulan yang baik adalah permulaan yang baik"  - Kuren Ghazali

Mungkin sudah tiba masanya aku melupakan julai itu tujuh hehe, sumpah sakit tapi akan ada manisnya. Aku percaya itu.
Dan aku semakin boleh memaafkan... Ya... aku akan cuba memaafkan dengan hati yang ikhlas...

Ohh, dan julai sudah hampir ke penutup tapi Ramadhan permulaan. Nampak tak kat situ?

Kepada semua kawan-kawan aku, semua sekali. Aku ingin memohon keampunan dari apa yang aku katakan, dari perbuatan, halalkan makan dan minum aku dan segalanya.
Kepada semua rakan-rakan baik saya Terima kasihhhhh yang tidak terhingga..


Roommate tercinta :) rindu nak dgr dia membebel <3

2 Lelaki yang sgt beautiful & awesome!!

Unggu - My lesung pipit (bff), Ieka ting-ting

4 Jelitawan di belakang aku! Rindu nak pukul korang hehe


Yeahh! Housemate saya lagi dua org x cukup. (Emy & Nana) -Angsalavista Villa-



2 Awesomeness BFF (Kuren & Is) -syg korg sgt3-


Bukit Puncak Perdana (view) Selamat Datang Ramadhan!!


dan maaf jika ada yang terasa if saya x letak gambar atau hint kan nama mereka. Bukan tiada dalam ingatan namun gambar amatlah terhad yang penting aku ingat korang heee...

Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik kawan-kawan!!

walau julai itu tujuh namun aku terlupa aku punya kawan yang lebih dari tujuh dan aku punya Ramadhan Alhamdulillah ^,^


Waaa selamat bersahur... (menaip sambil bersin kerana selesema)

p/s: serius aku pentingkan kawan terutama kawan baik (mestilah)


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L
Julai itu tujuh...tapi aku ada kawan lebih dari tujuh...

Thursday, 19 July 2012

Peluang

Assalammualaikum,

Dah berminggu rasanya tak update blog *sigh* bila nak menulis pasti ada halangan HAHA. Kali ni aku rasa cuti semester macam sekejap je sebab kalau ikutkan hanya tinggal 7 minggu je nak masuk sem baru. Hehe jujurlah aku rindu dgn kawan2 aku, macam-macam plan aku dengar dorang nak buat. Aku macam biasa follow je.

Hmmm yess peluang.

Jujur aku katakan aku tidak berapa suka dan selesa dengan apa yang berlaku namun aku tahu aku perlu beri peluang kepada semua orang. Kenapa tidak dia diberi peluang juga seperti yang lain..

Banyak ayat-ayat motivasi dan kata-kata hikmah yang aku baca membuatkan aku terbuka dalam hal ini. dan pastinya yang paling penting aku tak pun membuka hati aku, aku cuma memberi ruang untuk dia mengenali aku.

Just some space....

Hmmmm, ini satu pesanan mungkin satu nasihat juga. Aku akan pergi dari orang tu jika aku merasakan KOSONG dengan dia dan pastinya aku sangat mengutamakan perkataan SELAMAT & SELESA.
Ya, aku akan pergi terus tanpa kata apa-apa. Serius kejam, tapi ini memang aku.

Secara ringkasnya, aku masih belum bersedia. Masih belum.

dan ini masih julai...julai itu tetap tujuh...

p/s: khas utk kawan baik aku, Maaf buat keputusan sendiri :(



Art Atilia (NAA)
Ampang
Julai itu tujuh

Friday, 13 July 2012

Penghujung...

Assalammualaikum,

10 Julai 2012 (selasa) adalah hari terakhir aku dalam semester 3. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan semester 3. Keputusannya akan dilihat pada result yg akan keluar nanti.

Macam2 yang berlaku bila penghujung semester. Aku rindu suasana belajar HAHAHA.

so kawan2 8 minggu lagi kita akan bertemu sekali lagi.. untuk semester yg ke 4.

Terima Kasih sahabat yang banyak menolong aku. Juga pensyarah.

Ibu & ayah serta keluarga yang tahan dgn kerenah aku....

credit to: Kuren Ghazali sebab semester ni banyak asaimen aku die yg tolong. Thanks sahabat! : D



Art Atilia (NAA)
Ampang, Kuala Lumpur

Friday, 6 July 2012

Perjalanan

Assalammualikum,

Semalam dalam perjalanan nak sampai rumah, aku memang suka berjalan-jalan di Central Market. Masa aku nak tunggu bas nak balik rumah, aku tunggu di Menara Maybank depan Pudu. Aku dihiburkan oleh pemuzik jalanan, dia bermain 3 alat muzik serentak. Gitar, harmonika dan tamborin. Aku suka muzik! tapi ada benda yang menarik perhatian aku tulisan kat gitar pemuzik tu.

"Perjalanan hidup masih panjang.. zikir..fikir.."

Lepas tu aku naik bas, aku duduk di sebelah seorang perempuan tua yang sangat kemas keadaanya. Aku senyum. Dia mula bicara. Selepas dalam 5 minit aku mendapati nenek yang disebelahku ini mempunyai ingatan yang tidak kuat iaitu sejenis penyakit mungkin Alzheimer tapi Aunty ni kejap ingat kejap lupa.

Ainon namanya, Aunty Ainon pada pandanganku berusia dalam lingkungan 70 tahun. Dia menanyakan padaku "Do you have a boyfriend?" aku menggeleng dan tersenyum dan Aunty Ainon senyum dan mengatakan pada ku bahawa dia sunyi sambil tangan letak di dada kirinya. sunyi itu sakit. Aunty Ainon kata dia dulu selalu belajar, belajar dan kerja, kerja sehingga terlupa bahawa masa semakin meninggalkan dia dan kini dia hidup keseorangan tanpa keluarga dan satu-satu ahli keluarganya yang rapat dengan Aunty Ainon iaitu kakaknya telah meninggal dunia 4 bulan yang lepas.

Sahabat, serius aku tersentak seketika.
Apakah itu yang akan terjadi pada ku ketika aku tua nanti?

Sunyi itu sakit, nak.....


Aku takut sunyi


p/s: Terima kasih Pemuzik Jalanan .... Terima Kasih Aunty Ainon :) 


Art Atilia (NAA)
Shah Alam-Kuala Lumpur
Julai itu Tujuh

Thursday, 5 July 2012

INI

Mungkin, Barangkali.
Saat, Jam, Hari, Minggu, Bulan, Tahun
INI
bukan masanya...

Tidak, Bukan.
Jangan risau...
Aku masih tersenyum
Aku masih mampu.
Mampu dalam segala hal, macam biasa, macam selalu

Cuma, Hanya.
Aku takut bukan lagi risau
Mampukah aku sedar dari tidur tanpa insan-insan
INI.

Ya Rahman, Ya Rahim
Malam Nisfu Syaaban INI,
Ku titipkan sepatah doa
Tolong.... Bahagiakan mereka.... (Aaamminnnn)



p/s : INI : adalah insan yang baik.

=== Melaka tunggu aku. Aku serah diri!


Art Atilia
Angsalavista Villa P.P
Julai itu tujuh

Wednesday, 4 July 2012

Julai itu tujuh

Kini dah Julai
Julai tu tujuh

Bila Julai aku sakit
Sakit dengan ingatan yang tak pernah sudah

Julai ini
Aku sakit lagi,
Lagi-lagi dengan hal yang sama.

Tolong tepuk belakang aku
Jangan!!
Jangan usap, tepuk je.
Biar aku sedar, bahawa Julai akan pergi.

....dan Julai pasti akan berulang dan pastinya adakah Julai akan datang aku masih sakit?

dan.... adakah aku masih bernyawa..


p/s: Sorry Julai! Haiihh, aku nak mengeluh, mengeluh dan mengeluh bukan sebab xsuka ada masalah, bukan sebab penat tapi sebab aku mahu mengeluh kadang-kadang kita tak kisah apa yang berlaku, serius xkisah apa yg kita alami tapi just nak Mengeluh.

Terima kasih sahabat, yg dengar aku mengeluh.


Artilia
Angsalavista Villa
Julai itu tujuh.