Thursday, 26 April 2012

^,^

Assalammualaikum..

Semalam, adalah hari paling yang paling ke berapa best entah dalam hidup aku.
Melaka kita mencipta memori.

Thats not my point for today entry..

Teringat tapi tak rindu okay HAHA.

Teringat tu bagi aku adalah bila satu subjek terlintas dekat memori kita dan membuatkan kita terfikirkan subjek tu seketika. Depends on kita sama ada nak bagi refleksi apa untuk subjek itu.
And for my case, aku mesej dia. HAHA.

Rindu tu bagi aku adalah satu subjek yang terdetik dan ada rasa kat dalam hati dan terus menghantar mesej rindu itu ke minda dan terpulang pada orang itu untuk refleksi apa yang hendak dia bagi.

Ohh, by the way.. Thanks to yang merindui aku.. HAHA


Aku suka pantai tapi kat KL tak de pantai.. pity me..



Art Atilia
Kuala Lumpur.

Wednesday, 25 April 2012

start over again?

Assalammualaikum,

Kami diberi cuti seminggu for mid sem break. (lega dapat cuti). Segala tekanan telah aku lalui dengan sabar dan tabah. Imagine, empat hari tekanan macam empat tahun! HAHA.

memo for SAKINAH TAHIR.
=> thanks sbb risaukan aku and paksa aku ckp masalah aku HAHA.

memo for ARISA & YUSH
=> thanks sbb selalu ingatkan aku bila aku lupa and bagi aku pinjam senyuman korang.

memo for KUREN & IS
=> thanks sbb bersusah payah calm down kan aku dgn lawak korang.

now, kita mulakan...

To, Mr Pacak
Happy Befday again..^,^
Ada rezeki kita jumpa.

"I love it when my fingers are entangled in yours and my head was on your chest, listening to your heart beat, it made me feel so safe, like nothing bad could happen to me."

memo utk MR PACAK
=> .................. 

 everything will be okay in the end ,if it's not okay, it's not the end (unknown)


Art Atilia
Desa Pandan, Kuala Lumpur

Thursday, 19 April 2012

Fragile...

Assalammualaikum..

Jika aku mampu, aku mahu hilang dalam dunia ini untuk sementara. Aku ingin berbaring di rumput yang hijau sambil memandang langit malam dan aku mahu berbicara dengan bulan dan mungkin juga bintang.

Tapi aku tak mampu........

Aku hanya mampu menghadapi hari-hari yang sudah tak berapa indah, yang suram dan aku seperti hilang semangat. Ya Allah....
Kini, sudah masuk hari yang ke empat mood aku tak berapa baik. Satu persatu menganggu ruang pernafasan memori aku, sampai aku tersekat.

Semoga keluarga aku berada dalam lindungan Ilahi. Aku takut.

tapi hari ini, pagi ini.

Aku mahu bangkit. Lupakan? memang tak boleh tapi aku akan letak masalah ini di satu ruang yang jauh.

terima kasih pada sahabat-sahabat yang sangat sabar dan menyokong aku.

Iskandar, Kuren, Arol, Risa, Yush, Am, Kina....

*to sakinah tahir : Maaf sebab beberapa hari ni, bilik kita dah tak semeriah dulu tapi aku janji ini akan jadi yang terakhir.

FACEBOOK CLOSED!


Angsalavista Villa, Puncak Perdana
Art ATILIA

Sunday, 1 April 2012

@_@ Izinkan Saya.......... S_S

Assalammualaikum pencinta ^,^

Sakinah Tahir
Sakinah Tahir





Si Gadis dapat salam perkenalan,
Melalui nota berwarna oren
Hanya melalui senyuman
Si jejaka memasang impian






Hmm serius bende ni walaupun kecil tapi mampu menyinari
bilik Si Gadis.




Lalu, selepas beberapa hari kemudian. Si jejaka mulakan langkah.

Bismillahirahmanirahimm...

Bila buka pintu bilik, selepas balik dari kelas. Ada kejutan menanti....






Sakinah Tahir


Bukan itu sahaja, lalu Si Gadis terlihat sekeping nota dan membacanya sambil tersenyum...



Sakinah Tahir


nota: sila lihat di bawah rak buku awak!



Si Gadis masih tersenyum melihat kejutan itu lagi.
Namun, dia terlihat ada lagi sekeping nota di situ.







nota : sila lihat di dalam almari awak pula!

Kini, hati Si Gadis mula berdebar. Perlahan menghampiri almari dan membukanya dengan nama Allah, dia melihat sesuatu yang menggetarkan dasar hatinya.

Senyuman bukan menghilang tapi..... kini hati mengambil peranan....




Sakinah Tahir


Siapa yang ingin bicara pada masa ini?

Perlahan....                     Perlahan................

Si Gadis, membelek pemberian itu lalu mencium bunga ros merah itu dan membaca kad itu.
Hati mula memainkan peranan, termasuk juga minda.
Si Gadis lalu berserah dengan menunaikan solat. ^,^


Apa agaknya jawapan si Gadis?


Sakinah Tahir


Kini, si Gadis mempunyai tugas yang berat.
Sebelum itu, dalam CD tu adalah lagu KRU - APA SAJA.



Tentang Si Jejaka yang menanti penuh sabar, mungkin ini adalah cabaran baginya.
Andai Si Gadis itu rapuh dan hilang keupayaan, mahukah Si Jejaka pula menjadi rusuknya??



*** Si Gadis kini berada di atas paksi yang sedang mencari sudut yang betul,
       Si Jejaka pula sedang berusaha mencari latitude dan longitude Si Gadis.


Si Jejaka  : Izinkan saya menjaga hati awak....perasaan awak dan menjadi sebahagian dalam hidup awak.


Aku ni dah macam tengah bercerita cinta si fairytale. HAHA. Apepun sila muntah darah jika geli.



p/s: Mr. Hero, semoga cepat sembuh.


*** pictures credit to Sakinah Tahir, my sweety roommate. "Aku syg kau"
       (Kina yang snap, lawa kan??) - THANKS KINA!!!

*** semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah! wahai Si Jejaka, kau akan dapat tulang rusuk kirimu.

(saya sayang kawan saya)

Angsalavista Villa, Puncak Perdana
Art Atilia


HAKCIPTA TERPELIHARA!