Memang melampau dah sebulan tak update entry hehe. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ^,^
Sebenarnya esok hmm hari ni laa aku akan berangkat ke Shah Alam untuk menjadi pelajar di tahun kedua semester keempat di UiTM. Alhamdulillah sudah tahun kedua nak masuk tahun akhir dah :)
Cerita Hari Raya?
Raya tahun ni serius aku dan keluarga menyambut dengan kesederhanaan In Sya Allah.
so memang tak ada apa sangat lah cerita di pagi raya aku. Sekadar bergembira dan kunjung-mengunjung sahaja.
Rumah terbuka pula tahun ni aku raya satu hari terus. Cuma dua buah rumah je. Kembar dan Joe.
Sebenarnya, kadang-kadang memang aku nak bersama kawan2 kira aku rindu suasana bila aku susah sebab masa tu memang kita akan menginsafi tapi kalau susah je tak best jugak. Sekarang pula, aku cepat sangat sakit-sakit. Agak runsing juga kadang-kadang. Tapi, aku tahu hati ni pasti akan merindui suasana rumah aku disamping ibu, ayah dan keluarga. Aku harus pergi untuk menamatkan Ijazah aku, semua ni memang aku buat untuk Ibu dan Ayah.
Sebenarnya dalam beberapa hari ni aku ada puisi nak dicoretkan disini. Sebagai duit raya untuk pengunjung di sini. Aku tidaklah sehebat mana dalam menulis, cukuplah hanya pandai mengeja dan merapu.
Sempit?
Ruang itu ada
Tapi sempit.
Mungkin terhimpit dengan ruang keluasan
Sempit tu berapa ukurannya?
Bentuknya?
Oh, perseginya ialah kejahilan
Kepadatannya ialah kesombongan
Lalu, ruang itu mampat?
Sempit mesti mahu jadi luas
Tetapi luas mesti sebaliknya
Sempit itu berapa ukurannya?
Sesiapa bantu aku?
Adakah aku juga sempit?
Selamat Hari Raya semua dan kepada semester empat sila lah berkawan baik dengan saya. In sya Allah.
![]() |
| Santapan mata utk Hari Raya |
Art Atilia
Ampang
