Monday, 18 June 2012

Again.. I Miss You

Assalammualaikum,

Nota untuk dia;

Percayalah jika aku pandang ke langit bukan aku cari lakaran bintang tetapi aku mahu melakar wajahmu agar setiap kali aku pandang ke langit aku lihat kau.

Tuhan, aku rindu dia lagi..

P/s: Rindu tu sakit.

Angsalavista Villa Puncak Perdana
Art Atilia

Friday, 15 June 2012

Hmmmm

Assalammualaikum,


Segala puji hanya untuk Allah,
Bila dah nak habis semester pastinya tekanan yang dialami akan meningkat dan pastinya akan menguji kekuatan kita, begitu juga aku. Ya Allah, aku rapuh.

Baru baik demam pada minggu lepas, demam yang paling panjang bagi aku. Kini, aku migrain kembali dan kembali.

Kalau sakit boleh sembuh kan? InsyaAllah.

huhhh, aku nak mengeluh pada post kali ini.

Assignment, quiz, exam & presentation .....

As a student I will try my best just for Ibu, Ayah n family, and for the greatest one Allah.


p/s: masih rapuh lagi


Angsalavista Villa, Puncak Perdana.
Art Atilia

Monday, 11 June 2012

Again

Assalammualaikum,

Hari ni kira genap 50 hari kawan baik aku x merokok, betapa kuatnya semangat dia untuk berhenti. Selamat untuk Kuren.

HAHA, aku nak cakap yang aku sekarang sedang di alami STRESS again and again.

Cinta tolong jangan paksa aku. Ohh, kejamnya perasaan!
Tolong bunuh kasihan ini, tolong kebumikan pemikiran ini.

Aku dah x larat. Penat.


Angsalavista Villa, Puncak Perdana.
Art Atilia

Saturday, 9 June 2012

kenal "CINTA" Ayah

Assalammualaikum ^,^

08 June 1958 di Kelantan, Lahir seorang hamba Allah yang memberi dan mencipta namaku.

Semasa aku dilahirkan kata ibu, ayah org yg paling gembira mungkin kerana aku anak perempuan pertama yg dilahirkan selepas mendapat abang aku yg jarak umur hanya 1 tahun 11 bulan.

Semasa aku kecil kata ibu, ayah sangat menjaga anak2nya. Ya! aku percaya sampai sekarang! Sebab ayah x pernah angkat tangan kat kitorang empat beradik walaupun berat kesalahan kitorang.
Ayah xpernah percaya cakap orang2 kat luar tentang anak2nya kerana kata ayah, ayah percaya anak2 ayah. Bila ayah cakap mcm tu kami adik beradik terus tak berani nak buat salah.

Semasa aku menjadi orang yang paling BODOH dalam kelas, yelah xpandai dan aku yang paling kurang pandai di antara adik beradik aku, ayah yang hantar aku pergi ke kelas tambahan dan tusyen. Walau akhirnya UPSR,PMR,SPM &STPM aku xpernah membanggakan.

Ok, bila aku dah besar ayah tanam satu perasaan pada anak-anak gadisnya. Jangan berharap pada lelaki kata ayah. Ayah kata jadi wanita yang kuat. Mungkin macam ibu.

Ayah juga orang yang menjadikan aku pandai bermain gitar. Ayah juga yang menghantar aku ke kelas agama. Ayah pandai seimbangkan dunia dan akhirat InsyaAllah.

Kalau nak describe tentang ayah aku memang banyak. Walau wajah nampak garang ayah aku adalah orang yang tegas dan lawak orangnya. Ayah xpandai nak tunjuk kasih sayangnya pada anak-anak mahupun ibu TAPI bila aku dah besar aku mula faham CINTA ayah itu.

Tabiat yang aku perasan ayah buat adalah dari aku sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga tingkatan enam atas dan sehingga aku berada di menara gading ayah xpernah lupa buat perkara ini.

   # angkat beg aku
   # selepas aku salam ayah, ayah akan cium kedua belah pipi aku
   # ayah akan mengusap kepala
   # hulur duit dan ayah juga yang menyara aku di U ini tanpa membuat pinjaman. (ayah bukan bergaji besar, adik2 ada lagi utk ditanggung)

Terima Kasih Allah! Kerana jadikan hambaMu ini benih dari lelaki ini yang aku gelar ayah!
Panjangkan umur ayah, berikan kesihatan yang baik, murahkan rezeki ayah, ringgankan beban ayah, bahagiakan ayah dunia dan akhirat, selamatkan ayah dari segala bahaya dan bencana. Kira semua doa baik2 utk ayah. Aaammminnn.

Saya Sayang Ayah Saya, Encik Azahar.

Puncak Perdana, Shah Alam
Art Atilia