Monday, 30 January 2012

Preview

Assalammualaikum ^,^

Terima kasih kepada yang memberi semangat.
Komen dan mesej korang amat bermakna.

**perasaan tak blog aku da lain? ^,^

Baru lepas baca status2 lama dia, aku tersenyum sendirian mungkin bahagia dengan perasaan ini. Aku dah jadi stalker maybe ahahaha. Standard laa kan hehe. Semalam aku baca buku sampai tertidur, dalam pukul 4.00 pagi aku terjaga baru je nak tutup laptop..tengok dia tengah online dan aku yang gila ni pun boleh segar mata nak tengok perkembangan dia. shhhhhhhttt aku gila!

Aku nak tanya ada ke orang macam aku ni hah? suka orang tu tapi diam2 yang peliknya aku tak pernah bercakap depan-depan dengan dia. Aku je yang selalu nampak dia dari jauh. Dia mana nak perasan aku kan??

Selepas membuat video untuk pertama kali, aku menjadi semakin pelik apabila FRIEND REQUEST aku bertambah ramai di FB.. ahaha sila gelakkan aku sambil errr pada aku. (tapi maaf aku xdapat nak approve tunggu nnt yer..InsyaAllah)

Buat awak : video tu untuk awak, ahaha saya bukan sweet talker laa.

p/s: semoga awak tersenyum macam saya nampak awak tersenyum kat Ayah Agi tuuu ahaha

**Yuna xmenang utk AJL tapi Yuna selalu menang dalam hati saya selamanya. Tahniah Karma, mesti Kuren suka.. ahaha

ARTILIA (NAA)
Kuala Lumpur

Saturday, 28 January 2012

Random Awesome!

ARTILIA (NAA) "awak!!"

Assalammualaikum ^,^

Alhamdulillah, aku macam happy jer. banyak benda yang berlaku dalam hidup aku.

SYUKUR! hanya pada Mu.

aku memang dah lama teringin nak buat video & nak feeling2 jap. (sila jangan errr pada saya) ahaha.
Buat pertama kalinya, aku pun buat video untuk si "dia" yang telah mencuri organ aku yang paling penting. Aku buat video ini khas dedikasi untuk dia walau dia tak tahu ahaha (aku syok sendiri).

CAUTION  : PADA SESIAPA YG ADA PENYAKIT SAKIT HATI, TELINGA PANAS, HATI PANAS, PSIKOLOGI DALAMAN, MAYBE MENTAL TIDAK DIGALAKKAN MENONTON. AHAHA.

FAKTA  : SUARA AKU TAK BEST (tapi aku tak kisah sbb aku tak guna suara org)

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.






Nota untuk dia :
awak, saya buat video ni bukan sebab saya nak ngorat awak atau nak buat awak jatuh hati pada saya tapi saya sedang menghargai apa yang saya tengah rasa, bukankah setiap rasa itu nikmat? sebab setiap kali kita merasa walau pahit itu tetap nikmat seorang manusia.


awak, saya cuba menjadikan sesuatu yang random turn to something awesome tapi saya tahu video ni tak awesome. saya cuma nak berani sikit je dan nak hargai semangat yang awak da tiup tanpa awak sedar.


awak, terima kasih sebab layan mesej2 saya walau saya tahu saya seperti sedang memperbodohkan diri saya. ramai lagi gadis2 ayu, baik, lembut, solehah sedang menanti awak. saya tahu dan saya percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. awak baik saya jahat saya redha tapi saya telah sedaya upaya menjadi yang terbaik.


awak, maaflah saya selalu lari dari awak. saya tak tahu kenapa saya perlu lari bila nampak awak. memang macam bodoh. 


awak, ada benda yang saya nak mengaku kat awak tapi saya rasa nantilah.


awak, saya memang suka awak tapi tak bermakna saya nak awak jadi milik saya.


awak jaga kesihatan okay, bila awak sakit saya cuma boleh buat " awak ok? awak sihat? macamne hari ni?" maaf saya tak hebat.

p/s: benarkan saya jadi pemerhati rahsia awak boleh??

** please lah jgn muntah tgok entry aku kali ini hehe.

ARTILIA (NAA)
Ampang, Kuala Lumpur

Wednesday, 18 January 2012

Rindu itu menyapa..

Assalammualaikum.

pagi tadi aku bangun dari tidur, terus aku rasa tersentak seketika. Mimpi tu, wajah dalam mimpi tu yang buat aku terdiam.

Rindu kat Syah ahaha. Genap setahun aku ngn die langsung x contact, aku tukar2 fon akhirnya nombor die hilang dan aku pulak tukar nombor ahaha.

Selalunya bila dia hilang, dia pandai kesan aku.

Syah ni aku kenal masa aku form 4 n dia form 6 lower la. Dulu aku selalu gaduh ngn dia & die selalu mengalah sebab tu aku anggap die macam ABANG! ahaha masa tu tahun 2006.

dulu dia selalu nasihatkan aku pasal pelajaran, selalu lah. die selalu belanja aku jugak ahaha. banyak yang aku belajar dari dia.

banyak jugak kenangan aku dengan dia.

Syah @ playboy M'sia mana kau?? ahaha.

yang tengah2 tu la SYAH. (aku yg snap gmbr ni)

masa gambar ni diambil masa tu kat Sungai Gabai Ulu Langat, tahun 2008. Dia memang gila2 orangnya. Hmm pada sesiapa yang dapat mengesan lelaki itu sila hubungi saya ahaha xdela.

Aku just nak doakan dia SYAH sihat dan hidupnya bertambah baik, bukan lagi menjadi playboy ahaha. Aku tahu dia dah mula berubah, kawan baik aku iaitu ex couple Syah iaitu Shasha penah cakap yang Syah dah banyak berubah haaiihh. Semoga Allah melindungi dia.

**** Syah, mana kau?? paling lama kau hilang pun setahun je kot ahaha. Nanti cari aku, adik kau ni haha. ****

p/s : rindu awak jugak Mr Errr ahaha

Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Monday, 16 January 2012

yang tak terluah...

Assalammualaikum ..

okay, fokus!
aku rasalah kan aku ni seorang yang erghh LOSER!
entahlah, aku macam tak pasti apa yang aku tengah buat. Aku tahu apa yang aku nak cuma ianya tak terluah.

c0me on, luahkan je

tak mudah! bukan senang.

aku sangat bersyukur Alhamdulillah, impian aku nak sambung belajar tercapai akhirnya pada 10 Januari 2011 di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Aku memang dari kecik suka menulis tapi sekarang suka juga tapi dah lain lah sebab kita menulis mengikut kreativiti, masa sekolah ada format hmm. sekarang ni aku sambung belajar Penulisan Artistik. Ye! ini memang yang aku nak. Sujudku untukMu.

Semasa aku dapat tawaran sambung belajar ni, aku terpaksa membuat pilihan yang akan menentukan masa depan aku dan juga mempengaruhi org lain. Aku telah ditawar menjadi pengajar di sebuah studio muzik walaupun ilmu aku masih sgt2 la cetek dlm muzik namun ketika itu aku masih digelar pelajar di studio itu jugak. Berat memang berat.

Music or Writing?

dua bidang yang sangat aku minat, family tiada bantahan yang mana aku nak tapi aku harus buat pilihan yang sangat2 lah terbijak agar aku x salah langkah.

ade orang nasihatkan aku begini.

1   : amik writing tapi jadikan music sambilan je.
2   : amik music n kau boleh jadi penulis kot, ikut bengkel2 yang ada.

hmm yer dua bidang yang sangat dan nak hampir sama kan?

Aku bukan nak mengeluh atau nak salahkan takdir tapi aku nak imbas balik dan nak ingatkan diri aku. mana janji aku.

Beberapa harini aku adelah main gitar tapi aku rasa macam nak nangis sebab rasa macam bodoh sangat. sangat sangatlah bodoh. Entahlah, aku rasa aku dah hilang separuh ingatan terhadap apa yang aku belajar, aku cuba cari nota2 lama tapi yang jumpa nota2 subjek aku sekarang.
Aku teruskan main juga dan paksa diri aku supaya main gitar dengan cara yang lebih bagus dan akhirnya aku telah sakitkan diri aku. Jari aku luka tapi hati aku sakit jugak. Bodoh!

Memang aku mengaku masa aku lalui hari2 aku sebagai pelajar UiTM mestilah aku kena fokus dalam pelajaran aku namun fokus ke? erghh aku jarang berlatih gitar, dulu tabiat aku bangun tidur aku terus main gitar, sebelum tidur pun same. Aku memang tiada disiplin, sia2 amek kesatria ahahaha.

okay apa yang tak terluah pun aku tak tahu..tapi yang ni laa yang aku bengang.
kesimpulannya, aku tak dapat bermain gitar macam superb! xdapat tingkatkan skill lagi. Yer aku kecewa dengan diri aku je hee. Come on!! I can do it.

"and now i try hard to make it
 i just want to make you (my family) proud, "

nothing lasts forever, i'm sorry i cant be perfect

p/s: try harder to ignore you.


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Thursday, 12 January 2012

should I? Just in case..

Last year saya wish yang saya hendak jauh dari awak tapi suddenly awak reply inbox saya. So saya happy!
Tak jadi lah nak ignore awak ahaha =P

Adakah saya ini tiada pendirian yang tetap? ahaha who care, right?

Conversation kita macam biasa, mengikut fl0w walaupun kadang2 saya yang terlebih & awak macam biasa yang masih memegang title Mr Cool saya.

Seterusnya, hari dan hari dan juga hari yang berikut kita still contact walaupun saya tahu awak no idea siapa saya. Biarkan okay.

Conversation kita masih tetap yang sama, takuk yang sama.

Hari yang sama awak post satu ayat tentang bagaimana nak enjoy dan pada hari yang sama selepas membaca post status FB awak dan membalas mesej awak, saya post satu ayat, ayat tu untuk awak.

Esoknya saya lihat awak LIKE status tu! Saya Happy!

and the worst part began.....

Damn! ada satu girl yang saya kenal cuba mencantas Mr Cool saya. Saya kenal girl tu sangat2.
Just one word, HAMPA!

Dear Allah, adakah sampai sini sahaja babak aku dan dia?
Dear Awak, Miss Clumsy awak akan jauh. (walaupun awak tak kisah sebenarnya) ahahaha

Walau apa pun yang berlaku aku berserah je la pada takdir.
(walaupun dalam realitinya aku ni bukan jenis yg cepat berserah!)ahahaha

ayat-ayat aku dah macam frust je ni ahaha apahal la. hehe. Aku cuma tak puas hati dengan girl tu je. T__T
Aku siap da prepare lagu best untuk Mr Cool yang lagi gagah menghadapi hari-harinya ahaha.



 p/s: saya ada Allah, saya ada senjata (dengan muka jahat) iaitu doa!ahaha ^_^


My guitar and my song will wait for you
Just in case you show up



I will prepare with a smile
Just in case you show up
Just in case...




ART ATILIA
KUALA LUMPUR

**even awak far away dari saya, doa saya tetap mengiringi awak. Semoga cepat berlalu rasa sakit awak.

Wednesday, 11 January 2012

TERUSKAN

pada mulanya permulaan hari aku agak membahagiakan tapi pada petang ini keceriaan ini diragut.

usaha dah, cume

doa, tawakal n berserah. Allah tahu apa yg terbaik utk aku. InsyaAllah aku lulus paper tu.

Ya Allah, jika aku meminta terlalu byk. Maafkan aku!
Ya Allah luluskan lah paper ini. luluskanlah semua subjek aku dgn baiknya, Aaammmiinnn.
hanya padaMu kuberserah.

p/s: kurgkan aktiviti laman sosial laa.

p/s awk: thanks utk harini ( terukir di bintang, ^)^ hehe  thanks utk tu jgk )

artilia
Kuala Lumpur

Saturday, 7 January 2012

pilihan di tangan saya

saya tak suka orang yang berpura-pura

tolong jangan kawan dengan aku, kalau kau hanya tahu nak ambil kesempatan atas kawan2 aku. berpura2 baik, naik kan status tentang keinsafan padahal kau sedang meludah pada diri sendiri. aku dah cuba faham kau, bagi peluang kat kau, tapi maaf! rupanya kau tak berubah. jadi pilihan di tangan saya kan?

JAWAPAN AKU: as long as aku boleh sabar & xganggu life aku lagi its okay. Teruskan! aku akan buat bodoh dgn kau.

saya tak suka orang yang fikir saya ni baik sebab ada hati pada dia

tolong jangan fikir macamtu, mungkin aku selesa dengan kau & maaflah aku memang macam ni, kawan2 lelaki aku yang lain semua faham. harap kau jangan fikir macam tu lagi sebab aku menyampah.

JAWAPAN AKU: mesti kau bajet hot kan? sorry sebab buat kau rasa macam tu. salah aku.

saya tak suka orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain

tolonglah bersyukur atas apa yang Allah kurniakan. (aku pun nasihatkan diri aku jugak) okay kau hebat, kau lagi hensem + cantik dari yang lain dan kau gunakan kesempatan yang ada. Tahniah!
aku ingatkan kau dan juga aku, bahawa Allah kalau nak tarik nikmatNya sekejap gile kot, so hati2 la.

JAWAPAN AKU: aku akan lihat aje apa yang dorang ni buat & aku tak akan amik kisah pun, selagi bukan aku yang kena.

kepada orang2 yang berkaitan, tolong jauhi aku boleh?
serius woo aku dah penat bersabar.

Alhamdulillah, kepada orang yang baik terhadap aku. memang ramai Alhamdulillah. Terima Kasih korang!

kalau aku ada kekurangan, tegurlah aku, sebab aku tak nak jadi macam orang yang aku tak suka.

Maaf, aku bukan maksud nak menghina atau apa sahaja.

kat sini saya ada pilihan lah kan? pilihan di tangan saya.

unfriend @ block!! ahahaha
p/s: kwn2 aku kata aku hebat! ahaha sila muntah darah di toilet anda masing2 ahaha

artilia
kuala lumpur

Monday, 2 January 2012

sebenarnya...

Assalammualaikum ^_^

semester break makin menghampiri. Exam memang laa da dekat. InsyaAllah segala persediaan akan dibuat dengan betul.
semester ini aku mendoakan yang terbaik. InsyaAllah!

usia makin bertambah, aku perlu matang!

Azam tahun ni.. biarlah rahsia (ahaha)

sebenarnya, saya dalam kerinduan yang sangat.. actually da sakit..

 hujan bawa airmataku yang mengalir membasuh lukaku
 agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia dihatiku
........ececeh, sumpah tgh rindu ni awak.



tetibe ombak rindu ahaha -,-


p/s: awak kena kuat lawan sakit tu ok. jika diizinkan Allah, InsyaAllah kita akan ada di babak seterusnya.


gadis kerinduan
artilia
Kuala Lumpur..

... sambut aku, plez! ...

   perlahan aku menghempas nafas
   memandang ke dada langit
   mengharap aku boleh sembunyi di balik awan

   angin mengelus wajahku yang suram
   cuba membawa ketidak tenangan dari wajahku
   memejam mata agar aku hilang seketika melihat dunia

   okay, pembukaan yang agak sedih utk entry kali ini kan?

awal tahun je da spoil mood, tak la.
kadang-kadang tu laa yang aku rasa. hmmm (bukan mengeluh ok!)

entry paling pendek aku rasa. ohh yeahh!
tu je kott. Aku nak menikmati langit malam sambil tersenyum dan mengelus halus rambut aku.
nak merasakan setiap detik ini, aku nak hargai rasa pedih ni.

baiklah, InsyaAllah dan aku percaya Allah sentiasa bersama aku. Buktinya Allah mencipta malam, angin, bulan, bintang agar dapat teman aku pada malam hari. dan pastinya setiap nafas aku milik Allah.

kawan2, please doakan yang terbaik untuk saya.

      THANKS... ^______^





P/S: awak, jaga diri. kuatkan semangat okay! InsyaAllah saya sentiasa doakan awak.


ART ATILIA
Kuala Lumpur