Monday, 24 December 2012

Kembali selepas Menghilang

Assalammualaikum sebagai pembuka kata untuk blog ini yang sudah lama ditinggalkan oleh saya. Ianya sangat lama.

Sangat lama!

14 Disember 2012

Ulangtahun saya yang ke berapa entah. Haha telah disambut dengan "baik" sekali oleh rakan-rakan saya. Saya amat menghargainya :)

sangat!

*terharu*

*lost* dah lama tak tiup lilin byk2 macamni

*selepas ditepung dan ditelurkan*
*kena sumbat dengan kek*

*rentetan yang berlaku sepanjang malam itu*


Ini adalah sebahagian dari majlis meraikan aku.
Terima kasih semua. Terima kasih untuk semua. Terima kasih untuk ucapan.

Dan....
Pastinya ini bukan pengakhiran tetapi ianya baru bermula dan bermula
Sekali lagi... sekali lagi...
Text yang aku dapat pada pukul 8 pagi yang mengucapkan selamat ulang tahun pada aku tapi bukan itu yang menarik aku tapi siapakah pengirimnya.

soalan dah berjawab.

22 Disember 2012

Times Square saksinya.
Mr Pacak dan aku keluar bersama. Buat pertama kalinya keluar bersama selepas dua tahun mungkin. Pastinya aku berdebar selepas lama dah tak berjumpa namun hati memang nak jumpa dia. HAHA. Memang kami pernah dahulu berkasih sayang namun biasalah di tengah jalan.
cerita Melayu sangat. (sorry)

Rindu??
hmmm tipu kalau selama kitorang tak berjumpa aku tak rindu dia. Tipu sangat. hmmm aku tak tahu lah kalau Mr. Pacak aku ni macam mana kan? HAHAHA (Mr. Pacak tolong jawab).
Bila kata nak berjumpa tu memang banyak sangat rintangan aku nak sampai ke Kuala Lumpur ya. HAHA. dengan jem, bas lambat sampai, hujan lebat(hujan rahmat). Hmm tapi Alhamdulillah aku keluar jugak pergi jumpa dia.

Met Point
Bowling? sebab dia dah biasa kat sana. HAHA. so sebab aku lambat aku kena cari dia. Sumpah aku gugup! bila nampak je dia aku rasa jantung dah hilang kat tempat dia. Aku rasa kaki aku yang berdegup. Lepastu bermula lah hari kami.

**** was ugly until I met you. haha. (sebab dia hensem) *tiba-tiba

Untuk tatapan Mr. Pacak saya.

Terima kasih untuk hari itu. Terima kasih sebab layan orang, walau perangai orang macam apa je. kuat merunggut, membebel haha. cerewet tapi Mr.Pacak cool je walau dia banyak menjawab jugak. haha. Hmmm apa yang berlaku antara kita maybe hanya kita je yang faham.

Tiket wayang tu awak simpanlah sebagai kenangan. hehe. sebab org da ade signature orang hebat kat buku orang. Terima kasih sebab buat orang rasa disayangi dan hmmmm buat orang rasa perempuan HAHAHA.
dan akhir sekali baju merah sesuai dengan awak, mungkin biru pun okay tapi actually mana-mana colour pun masuk haha.

btw, Mr Pacak dah tinggi.

http://www.youtube.com/watch?v=wL_nvwjqx8o nanti orang main lagu ni untuk Mr H ya. (orang tak suka lagu ni tau. haha)

lawa gila decoration kat sini

will you always stand beside me?
dan itulah dia.
be still my heart, ingat lagi?


Art Atilia
Angsalavista Villa, Puncak Perdana Shah Alam

Saturday, 8 September 2012

Bulan pun tahu muncul

Assalammualaikum.

Memang melampau dah sebulan tak update entry hehe. Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ^,^

Sebenarnya esok hmm hari ni laa aku akan berangkat ke Shah Alam untuk menjadi pelajar di tahun kedua semester keempat di UiTM.  Alhamdulillah sudah tahun kedua nak masuk tahun akhir dah :)

Cerita Hari Raya?

Raya tahun ni serius aku dan keluarga menyambut dengan kesederhanaan In Sya Allah.
so memang tak ada apa sangat lah cerita di pagi raya aku. Sekadar bergembira dan kunjung-mengunjung sahaja.

Rumah terbuka pula tahun ni aku raya satu hari terus. Cuma dua buah rumah je. Kembar dan Joe.

Sebenarnya, kadang-kadang memang aku nak bersama kawan2 kira aku rindu suasana bila aku susah sebab masa tu memang kita akan menginsafi tapi kalau susah je tak best jugak. Sekarang pula, aku cepat sangat sakit-sakit. Agak runsing juga kadang-kadang. Tapi, aku tahu hati ni pasti akan merindui suasana rumah aku disamping ibu, ayah dan keluarga. Aku harus pergi untuk menamatkan Ijazah aku, semua ni memang aku buat untuk Ibu dan Ayah.

Sebenarnya dalam beberapa hari ni aku ada puisi nak dicoretkan disini. Sebagai duit raya untuk pengunjung di sini. Aku tidaklah sehebat mana dalam menulis, cukuplah hanya pandai mengeja dan merapu.


Sempit?
Ruang itu ada
Tapi sempit.
Mungkin terhimpit dengan ruang keluasan
Sempit tu berapa ukurannya?
Bentuknya?
Oh, perseginya ialah kejahilan
Kepadatannya ialah kesombongan
Lalu, ruang itu mampat?
Sempit mesti mahu jadi luas
Tetapi luas mesti sebaliknya
Sempit itu berapa ukurannya?
Sesiapa bantu aku?
Adakah aku juga sempit?


Selamat Hari Raya semua dan kepada semester empat sila lah berkawan baik dengan saya. In sya Allah.

Santapan mata utk Hari Raya





Art Atilia
Ampang

Sunday, 5 August 2012

Cerita Result Exam..

Assalammualaikum,

Kecewa.

Pada 3 0gos haritu adalah hari keputusan exam semester 3 keluar, aku kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Lepas tengok result masa sahur air mata aku meleleh je, sambil otak mengimbau apa salah aku. Kawan-kawan ramai yang mesej tanya result, ada yang aku balas mesej mereka ada yang tidak.

Alhamdulillah, semua subjek aku LULUS namun ada beberapa subjek yang aku terkilan. Sangat.

Film Theory dan Animation adalah paper yang aku sangat ralat. Dua paper ni aku study bagai nak gila walau tiada lah sampai gila tapi kalau tak tidur dua malam untuk setiap satu subjek ini, bukan kerja gila ke??

Menangis bila teringat peristiwa aku jawab exam kedua-dua paper ini aku tertidur di dewan exam dan sedar apabila tinggal hanya 1 jam sahaja sebelum masa tamat dengan adanya 3 esei panjang tak siap lagi. Kadang-kadang aku terasa nak switch the blame to someone else. Yelaa, jadual exam aku sangat pack dengan aktiviti fakulti lagi, assignment lagi. sight.

25/6/2012  Media Electronic
26/6/2012  Psychology
27/6/2012  Film Theory

selang seminggu

9/7/2012    Art Laws
10/7/2012  Animation


Tapi bila fikir secara waras ini semua salah aku, cuba kalau aku susun jadual tidur dengan secukupnya pasti aku tak tertidur dalam dewan exam. serius aku terkilan. Kedua-dua subjek ini aku hanya dapat B. Mungkin carry mark aku yang membantu. Cuba fikir lagi, kalau aku jawab dalam sedar dan cukup masa pasti aku boleh jawab paper ini dengan baik. InsyaAllah, namun semuanya dah lepas.
Apa salah aku? Mungkin aku kurang berdoa pada Allah atau mungkin aku terlalu banyak meminta pada Allah?

Mula-mula pasrah, kini aku mula redha...dengan Ikhlas...cuba lagi Art...

Walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab pointer aku TIDAK lah teruk mana, cuma tak capai target je. Menurun dalam 0.03 je tetapi CGPA aku meningkat!! Arol pesan sekarang aku kena jaga CGPA aku je.

Tahniah kepada diri sendiri kerana mendapat A pada 4 subjek ini

BEL 499
WRITING WORKSHOP
MEDIA ELECTRONIC
INTERACTIVE MULTIMEDIA

Terima kasih kepada Allah kerana memakbulkan doa hambaNya yang hina ini dengan meluluskan semua subjek. Terima kasih kepada Ibu, Ayah yang banyak berdoa anaknya ini yang sering tersungkur. Along yang banyak membantu jika aku ada research dalam medical. Adik beradik yang lain Ain dan Kasih. Kawan-kawan sekumpulan Arol, Izmir, Lalouq yang sudi menerima aku dalam kumpulan. Kuren, Is, Arisa, Yus dan rakan-rakan yang lain yang sudi memberi inspirasi kepada diri aku. Tak lupa juga pada pensyarah-pensyarah yang mengajar.

Memang semangat aku dah hilang nak masuk semester 4 ni. Semangat raya pun dah tak de. Tapi aku tahu aku mampu buat lebih lagi. Pesanan aku ambil lah iktibar dari kes aku ni, tidur tu memang penting. Sangat penting, lagi-lagi bila nak exam.

Tahniah! Pada kawan-kawan aku yang mendapat Anugerah Dekan :) aku tumpang bahagia,boleh?

Semester 4, aku akan buru kau. InsyaAllah.

4 A, 5B, 1C (keputusan aku)

p/s: aku ambil masa yg panjang utk menulis entry kerana ingin menulis dengan keadaan aku dah pulih dari kecewa. Aku perlu masa.


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L

Tuesday, 31 July 2012

100 HARI ^,^

Assalammualaikum :)

Pada hari ini iaitu 31 Julai 2012 adalah hari yang ke 100 kawan baik aku hidup tanpa rokok!!!

Tahniah!! Tahniah!! boom boomm (bunyi mercun)

Alhamdulillah....

Kepada kawan baik saya, Shazrin Ghazali (kuren) :

Selamatnya sahabat :) aku bangga dengan kau, kali ni tak boleh nak celebrate sebab kita jauh so aku hantar ucapan dari jauh je la hehehe.

Tahu tak bukan senang nak berhenti merokok tetapi kawan aku ni bukan senang nak mengalah.. Jadi sesiapa kawan2 yang masih merokok dan ada niat nak berhenti pastikan berazam dengan gigih dan dapat pantauan dan sokongan padu dari keluarga, kawan2 dan orang tersayang hahaha.

So sedang menghitung hari untuk stage yang terakhir...... Tahniah Kawan Baik :)



bersama Ashton :)







Kenangan panjat bukit Puncak Shah Alam :)


Teruskan usaha kuren!! Jaga kesihatan...



p/s: Saya nak puasa penuh lagi tahun ni hehehe. dan Julai semakin tamat dan aku kembali semangat! :) Terima Kasih kat kawan baik aku yang dengar aku mengeluh huhu. Alhamdulillah dapat kawan baik macamni.


Art Atilia (NAA)
Ampang, K.L
Julai itu di penghujung, kawan.

Monday, 30 July 2012

Terfikir

Assalammualaikum,

Dalam beberapa hari ini aku ada terfikir, adakah aku berjaya menjadi seorang sahabat yang baik dalam kalangan kawan-kawan aku. *Terfikir*.

Hmm bila dah sambung belajar kat tempat baru (walaupun dah setahun lebih belajar kat UiTM). Aku merasakan aku seperti hilang kawan-kawan ketika sekolah dulu. Sedihnya. Mungkin aku sombong agaknya. Atau hahaha dah dilupakan :)
atau aku sedang melupakan.....

Okay, just wonder.

Semoga persahabatan aku dengan semua kawan-kawan aku diberkati oleh Ilahi.

Salam Ramadhan, guys. (kawan-kawan)




Art Atilia
Ampang K.L
Julai itu makin berakhir :)

Friday, 27 July 2012

3 SEMESTER

Assalammualaikum :)

Tadi aku saje je tengok2 gambar yang ada kat dalam laptop ni, saje mengimbau memori hehe. Tiba-tiba ada satu benda yang menarik perhatian aku. Lalu aku tersenyum, bila ingat balik cara kita kenal aku macam tak percaya kita boleh rapat :)

Yang best kita semua tahu kerenah masing2, perangai gila masing2.

Semua unik....... semua ada cerita.....

Tak sangka dah 3 sem kita kawan huhu..

SEM 1 (Januari-Mei 2011)

Entah apa2 entah ekspresi masing2 -..-



Gambar kat atas ni masa ni kita Part 1, baru kenal lagi  terus boleh masuk. Masa ni masih fresh2 lagi tak berani tunjuk belang hahahahaha.

Lepas dah rapat masa sem 1. Aku, Risa, Yush & Ieba duduk satu bilik, Ain tak join sebab dia nak duduk dengan budak2 rumah dia tapi dia kerap datang rumah kitorang.


SEM 2 (September 2011-Januari 2012)


Aku paling kacak :)




Haa ini sem 2 nampak macam matang sikit selepas cuti 4 bulan -..- penat kot cuti 4 bulan hahaha. Kira sem 2 ni macam heaven laa untuk kitorang berlima sebab masa ni Arisa bawak kereta so memang berjalan je kerja kitorang hehe, sikit-sikit makan luar dari Puncak.



SEM 3 (Mac-Julai 2012)


Manisnya semua!! HAHAHA




Kira ni yang paling latest laa :) nampak tak perubahan pada diri masing2??


Antara semua gambar ni cuba tengok balik di mana kedudukan aku?

                              Tengah kan??

HAHA, bajet kak yong je aku ni hahaha.


Apa-apa pun entry kali ini khas untuk korang sebab aku rindu korang (jujur gila -..-) HAHA.


Arisa          : Aku tak boleh lupa persembahan kau masa kelas Ayah Agi. Memang Terbaik!!
Yuslinda     : Kalau kau aku tak boleh lupa masa kau jatuh terlentang masa cuci rumah baru kita.
Suhaibah    : Kalau tak minum air mineral nanti kau tak lawas dan bila kau tak membuang kau akan tension    hahaha.
Ain            : kau buat apa pun boleh buat aku gelak, yang paling melekat kat kau kekelantanan kau tu pekat hahaha.


Hmmm sem 4 nak pose macam mana pulak yer??


p/s: aku nampak lebih sopan auuwww!

Art Atilia (NAA)
Ampang, K.L



Monday, 23 July 2012

Oucchh, sory!

Assalammualaikum,

Pada pagi ini secara kerasnya aku telah melukakan hati seseorang :/

Itu lebih baik sebab aku rasa kosong. Aku tak rasa selesa dan selamat.
Dan yang paling ketara adalah dia tak faham aku langsung. Tiada!

Maaf dan terima kasih je yang mampu aku ucapkan :)

Dari awal lagi aku dah tolak dengan baik dan dia masih mencuba dengan keras dan akhirnya pada malam ini kita habis di sini. Aku terpaksa jujur dan lancang berkata-kata.

Lepas ni tak perlulah ambil tahu pasal aku lagi sebab kau akan rasa sakit. Baik tak payah langsung dan aku akan cuba buat2 biasa. Jangan risau cuti ni ambil masa banyak2. Maaf!



p/s: mana laa kawan baik aku ni?? ZzZzzzzzzzzzz (hmmm)


***aku tahu aku kejam sebab seperti mainkan perasaan dia tapi baik aku jujur dengan apa yang aku rasa. Sekurang-kurangnya dia boleh cari yang lain. Hello come on laaa bagi aku nilai persahabatan itu lebih tinggi dan lebih lama. InsyaAllah.
Ya Allah, semoga hambaMu ini membuat keputusan yang baik.


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L

Saturday, 21 July 2012

Bertemu Kembali..

Assalammualaikum :D

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Yeahh, Ramadhan kembali lagi serius Alhamdulillah pada yang Esa kerana menemukan kita kembali.

Ohh, Syaaban banyak meninggalkan beberapa memori yang aku ingat sehingga kini bukan Syaaban sahaja malah Rejab dan bulan-bulan yang lain (heeee).

Ohh Ramadhan, semoga kali ini aku dapat membuat yang lebih baik dari sebelumnya. Aaammminn!
Haa Ramadhan kali ni aku da terfikir untuk membuat satu perkara, InsyaAllah perkara ini mendatangkan kebaikan, aku mencuba menjadi yang terbaik dan berusaha untuk mencapai kebaikan. Semua orang macam tu InsyaAllah.

Mungkin selama ini aku hanya membiarkan perkara-perkara lampau menghantui aku, membayangi aku, menguasai fikiran aku. Ya, aku ada pengalaman buruk. Aku cuba melupakan dan juga cuba memaafkan kesalahan insan itu namun aku manusia yang lemah yang masih tunduk terhadap dendam dan menyimpan rasa. Sakit? memang sakit.

Kelmarin, aku sempat ber YM dengan kawan baik aku. Banyak dia nasihatkan aku, mungkin ada benar pada kata-katanya,

         "bulan yang baik adalah permulaan yang baik"  - Kuren Ghazali

Mungkin sudah tiba masanya aku melupakan julai itu tujuh hehe, sumpah sakit tapi akan ada manisnya. Aku percaya itu.
Dan aku semakin boleh memaafkan... Ya... aku akan cuba memaafkan dengan hati yang ikhlas...

Ohh, dan julai sudah hampir ke penutup tapi Ramadhan permulaan. Nampak tak kat situ?

Kepada semua kawan-kawan aku, semua sekali. Aku ingin memohon keampunan dari apa yang aku katakan, dari perbuatan, halalkan makan dan minum aku dan segalanya.
Kepada semua rakan-rakan baik saya Terima kasihhhhh yang tidak terhingga..


Roommate tercinta :) rindu nak dgr dia membebel <3

2 Lelaki yang sgt beautiful & awesome!!

Unggu - My lesung pipit (bff), Ieka ting-ting

4 Jelitawan di belakang aku! Rindu nak pukul korang hehe


Yeahh! Housemate saya lagi dua org x cukup. (Emy & Nana) -Angsalavista Villa-



2 Awesomeness BFF (Kuren & Is) -syg korg sgt3-


Bukit Puncak Perdana (view) Selamat Datang Ramadhan!!


dan maaf jika ada yang terasa if saya x letak gambar atau hint kan nama mereka. Bukan tiada dalam ingatan namun gambar amatlah terhad yang penting aku ingat korang heee...

Semoga Ramadhan ini menjadikan kita lebih baik kawan-kawan!!

walau julai itu tujuh namun aku terlupa aku punya kawan yang lebih dari tujuh dan aku punya Ramadhan Alhamdulillah ^,^


Waaa selamat bersahur... (menaip sambil bersin kerana selesema)

p/s: serius aku pentingkan kawan terutama kawan baik (mestilah)


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L
Julai itu tujuh...tapi aku ada kawan lebih dari tujuh...

Thursday, 19 July 2012

Peluang

Assalammualaikum,

Dah berminggu rasanya tak update blog *sigh* bila nak menulis pasti ada halangan HAHA. Kali ni aku rasa cuti semester macam sekejap je sebab kalau ikutkan hanya tinggal 7 minggu je nak masuk sem baru. Hehe jujurlah aku rindu dgn kawan2 aku, macam-macam plan aku dengar dorang nak buat. Aku macam biasa follow je.

Hmmm yess peluang.

Jujur aku katakan aku tidak berapa suka dan selesa dengan apa yang berlaku namun aku tahu aku perlu beri peluang kepada semua orang. Kenapa tidak dia diberi peluang juga seperti yang lain..

Banyak ayat-ayat motivasi dan kata-kata hikmah yang aku baca membuatkan aku terbuka dalam hal ini. dan pastinya yang paling penting aku tak pun membuka hati aku, aku cuma memberi ruang untuk dia mengenali aku.

Just some space....

Hmmmm, ini satu pesanan mungkin satu nasihat juga. Aku akan pergi dari orang tu jika aku merasakan KOSONG dengan dia dan pastinya aku sangat mengutamakan perkataan SELAMAT & SELESA.
Ya, aku akan pergi terus tanpa kata apa-apa. Serius kejam, tapi ini memang aku.

Secara ringkasnya, aku masih belum bersedia. Masih belum.

dan ini masih julai...julai itu tetap tujuh...

p/s: khas utk kawan baik aku, Maaf buat keputusan sendiri :(



Art Atilia (NAA)
Ampang
Julai itu tujuh

Friday, 13 July 2012

Penghujung...

Assalammualaikum,

10 Julai 2012 (selasa) adalah hari terakhir aku dalam semester 3. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan semester 3. Keputusannya akan dilihat pada result yg akan keluar nanti.

Macam2 yang berlaku bila penghujung semester. Aku rindu suasana belajar HAHAHA.

so kawan2 8 minggu lagi kita akan bertemu sekali lagi.. untuk semester yg ke 4.

Terima Kasih sahabat yang banyak menolong aku. Juga pensyarah.

Ibu & ayah serta keluarga yang tahan dgn kerenah aku....

credit to: Kuren Ghazali sebab semester ni banyak asaimen aku die yg tolong. Thanks sahabat! : D



Art Atilia (NAA)
Ampang, Kuala Lumpur

Friday, 6 July 2012

Perjalanan

Assalammualikum,

Semalam dalam perjalanan nak sampai rumah, aku memang suka berjalan-jalan di Central Market. Masa aku nak tunggu bas nak balik rumah, aku tunggu di Menara Maybank depan Pudu. Aku dihiburkan oleh pemuzik jalanan, dia bermain 3 alat muzik serentak. Gitar, harmonika dan tamborin. Aku suka muzik! tapi ada benda yang menarik perhatian aku tulisan kat gitar pemuzik tu.

"Perjalanan hidup masih panjang.. zikir..fikir.."

Lepas tu aku naik bas, aku duduk di sebelah seorang perempuan tua yang sangat kemas keadaanya. Aku senyum. Dia mula bicara. Selepas dalam 5 minit aku mendapati nenek yang disebelahku ini mempunyai ingatan yang tidak kuat iaitu sejenis penyakit mungkin Alzheimer tapi Aunty ni kejap ingat kejap lupa.

Ainon namanya, Aunty Ainon pada pandanganku berusia dalam lingkungan 70 tahun. Dia menanyakan padaku "Do you have a boyfriend?" aku menggeleng dan tersenyum dan Aunty Ainon senyum dan mengatakan pada ku bahawa dia sunyi sambil tangan letak di dada kirinya. sunyi itu sakit. Aunty Ainon kata dia dulu selalu belajar, belajar dan kerja, kerja sehingga terlupa bahawa masa semakin meninggalkan dia dan kini dia hidup keseorangan tanpa keluarga dan satu-satu ahli keluarganya yang rapat dengan Aunty Ainon iaitu kakaknya telah meninggal dunia 4 bulan yang lepas.

Sahabat, serius aku tersentak seketika.
Apakah itu yang akan terjadi pada ku ketika aku tua nanti?

Sunyi itu sakit, nak.....


Aku takut sunyi


p/s: Terima kasih Pemuzik Jalanan .... Terima Kasih Aunty Ainon :) 


Art Atilia (NAA)
Shah Alam-Kuala Lumpur
Julai itu Tujuh

Thursday, 5 July 2012

INI

Mungkin, Barangkali.
Saat, Jam, Hari, Minggu, Bulan, Tahun
INI
bukan masanya...

Tidak, Bukan.
Jangan risau...
Aku masih tersenyum
Aku masih mampu.
Mampu dalam segala hal, macam biasa, macam selalu

Cuma, Hanya.
Aku takut bukan lagi risau
Mampukah aku sedar dari tidur tanpa insan-insan
INI.

Ya Rahman, Ya Rahim
Malam Nisfu Syaaban INI,
Ku titipkan sepatah doa
Tolong.... Bahagiakan mereka.... (Aaamminnnn)



p/s : INI : adalah insan yang baik.

=== Melaka tunggu aku. Aku serah diri!


Art Atilia
Angsalavista Villa P.P
Julai itu tujuh

Wednesday, 4 July 2012

Julai itu tujuh

Kini dah Julai
Julai tu tujuh

Bila Julai aku sakit
Sakit dengan ingatan yang tak pernah sudah

Julai ini
Aku sakit lagi,
Lagi-lagi dengan hal yang sama.

Tolong tepuk belakang aku
Jangan!!
Jangan usap, tepuk je.
Biar aku sedar, bahawa Julai akan pergi.

....dan Julai pasti akan berulang dan pastinya adakah Julai akan datang aku masih sakit?

dan.... adakah aku masih bernyawa..


p/s: Sorry Julai! Haiihh, aku nak mengeluh, mengeluh dan mengeluh bukan sebab xsuka ada masalah, bukan sebab penat tapi sebab aku mahu mengeluh kadang-kadang kita tak kisah apa yang berlaku, serius xkisah apa yg kita alami tapi just nak Mengeluh.

Terima kasih sahabat, yg dengar aku mengeluh.


Artilia
Angsalavista Villa
Julai itu tujuh.

Monday, 18 June 2012

Again.. I Miss You

Assalammualaikum,

Nota untuk dia;

Percayalah jika aku pandang ke langit bukan aku cari lakaran bintang tetapi aku mahu melakar wajahmu agar setiap kali aku pandang ke langit aku lihat kau.

Tuhan, aku rindu dia lagi..

P/s: Rindu tu sakit.

Angsalavista Villa Puncak Perdana
Art Atilia

Friday, 15 June 2012

Hmmmm

Assalammualaikum,


Segala puji hanya untuk Allah,
Bila dah nak habis semester pastinya tekanan yang dialami akan meningkat dan pastinya akan menguji kekuatan kita, begitu juga aku. Ya Allah, aku rapuh.

Baru baik demam pada minggu lepas, demam yang paling panjang bagi aku. Kini, aku migrain kembali dan kembali.

Kalau sakit boleh sembuh kan? InsyaAllah.

huhhh, aku nak mengeluh pada post kali ini.

Assignment, quiz, exam & presentation .....

As a student I will try my best just for Ibu, Ayah n family, and for the greatest one Allah.


p/s: masih rapuh lagi


Angsalavista Villa, Puncak Perdana.
Art Atilia

Monday, 11 June 2012

Again

Assalammualaikum,

Hari ni kira genap 50 hari kawan baik aku x merokok, betapa kuatnya semangat dia untuk berhenti. Selamat untuk Kuren.

HAHA, aku nak cakap yang aku sekarang sedang di alami STRESS again and again.

Cinta tolong jangan paksa aku. Ohh, kejamnya perasaan!
Tolong bunuh kasihan ini, tolong kebumikan pemikiran ini.

Aku dah x larat. Penat.


Angsalavista Villa, Puncak Perdana.
Art Atilia

Saturday, 9 June 2012

kenal "CINTA" Ayah

Assalammualaikum ^,^

08 June 1958 di Kelantan, Lahir seorang hamba Allah yang memberi dan mencipta namaku.

Semasa aku dilahirkan kata ibu, ayah org yg paling gembira mungkin kerana aku anak perempuan pertama yg dilahirkan selepas mendapat abang aku yg jarak umur hanya 1 tahun 11 bulan.

Semasa aku kecil kata ibu, ayah sangat menjaga anak2nya. Ya! aku percaya sampai sekarang! Sebab ayah x pernah angkat tangan kat kitorang empat beradik walaupun berat kesalahan kitorang.
Ayah xpernah percaya cakap orang2 kat luar tentang anak2nya kerana kata ayah, ayah percaya anak2 ayah. Bila ayah cakap mcm tu kami adik beradik terus tak berani nak buat salah.

Semasa aku menjadi orang yang paling BODOH dalam kelas, yelah xpandai dan aku yang paling kurang pandai di antara adik beradik aku, ayah yang hantar aku pergi ke kelas tambahan dan tusyen. Walau akhirnya UPSR,PMR,SPM &STPM aku xpernah membanggakan.

Ok, bila aku dah besar ayah tanam satu perasaan pada anak-anak gadisnya. Jangan berharap pada lelaki kata ayah. Ayah kata jadi wanita yang kuat. Mungkin macam ibu.

Ayah juga orang yang menjadikan aku pandai bermain gitar. Ayah juga yang menghantar aku ke kelas agama. Ayah pandai seimbangkan dunia dan akhirat InsyaAllah.

Kalau nak describe tentang ayah aku memang banyak. Walau wajah nampak garang ayah aku adalah orang yang tegas dan lawak orangnya. Ayah xpandai nak tunjuk kasih sayangnya pada anak-anak mahupun ibu TAPI bila aku dah besar aku mula faham CINTA ayah itu.

Tabiat yang aku perasan ayah buat adalah dari aku sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga tingkatan enam atas dan sehingga aku berada di menara gading ayah xpernah lupa buat perkara ini.

   # angkat beg aku
   # selepas aku salam ayah, ayah akan cium kedua belah pipi aku
   # ayah akan mengusap kepala
   # hulur duit dan ayah juga yang menyara aku di U ini tanpa membuat pinjaman. (ayah bukan bergaji besar, adik2 ada lagi utk ditanggung)

Terima Kasih Allah! Kerana jadikan hambaMu ini benih dari lelaki ini yang aku gelar ayah!
Panjangkan umur ayah, berikan kesihatan yang baik, murahkan rezeki ayah, ringgankan beban ayah, bahagiakan ayah dunia dan akhirat, selamatkan ayah dari segala bahaya dan bencana. Kira semua doa baik2 utk ayah. Aaammminnn.

Saya Sayang Ayah Saya, Encik Azahar.

Puncak Perdana, Shah Alam
Art Atilia

Friday, 25 May 2012

Friendship is all about :

ART   : I'm looking good, right?
LIA    : wtf? You look like my granny actually.

but in Lia heart

you such a beautiful ladies that i knew

Friday, 18 May 2012

Boleh tolong teruskan?

Assalammualaikum, Salam Jumaat.

Boleh tolong teruskan.. aku tak kisah apa yang berlaku pada aku. Sebab aku tahu tahap kemampuan aku. Memang aku rasa sakit hati tapi sekejap je. Sekejap je, InsyaAllah aku ok. Aku tahu.

Kadang-kadang dalam hidup ini dan kebanyakannya apa yang kita lakukan kita kena bayar semula. Apa yang kau nak kau kena ganti balik atau bayar. Satu pergi satu datang. Simple kan?

Ohh tengahari kejap lagi aku akan pulang ke kota raya ku. Kuala Lumpur! Sumpah rindu.
Nak jalan-jalan kat area Central Market nak tengok gelagat manusia. Duduk kat satu sudut, dengar MP3, pegang buku nota dan pen. Style kan?

Ohh sahabat baik aku (Mohamad Shazrin), doa aku seiring dengan hari-hari kau. Semoga kau tabah dan kuat dalam menghitung hari yang semakin mecabar bagi kau dan pastinya kau memang layak untuk dapat yang terbaik.

Dan tidak lupa juga sahabat baik aku yang dah graduated (Muhammad Helmi) Tahniah! dan jom sama2 pulun untuk dapat degree plak. (Rindu kat kau la gile).

Kepada gadis lesung pipit, gadis di hujung sudut dan pemilik jam tangan merah jambu tunggu aku balik untuk cuti dan pastinya rindu ini milik kamu (Nor Hayatun Nofus).

Akhir sekali, kepada Camy @ Camelia semoga awak kat sana bahagia. Awak dah mewarnai hidup saya macam warna ada kat badan awak. Saya rindu awak. Maaf tak dapat jaga awak dengan baik dan awak pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. T__T

p/s: kawan baik adalah kawan yang kau boleh maki dia dan dia boleh maki kau balik tanpa korang rasa sakit hati mahupun terasa yang akan rasa adalah bahagia dan apabila dibelakangnya kau lah yang akan memuji dia dengan ayat dan rasa yang paling menakjubkan hehe.


Angsalavista Villa Puncak Perdana
Art Atilia

Wednesday, 2 May 2012

Bila esok

Assalammualaikum,

Hari ini hmm semalam la kira iaitu 1 May adalah hari cuti. Ya, cuti. tapi tak macam cuti pun apabila tanggungjawab seorang pelajar itu sentiasa di bahu ini. STUDY & ASSIGNMENT satu combination yang tak dapat dipisahkan.

Ya, bila esok kelas pun bermula....

Hmm semester ni aku rasa macam tension sikit daripada semester2 sebelumnya. Penatnya sem ni tak terkira. Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa melindungi hambaMu ini.

Bila esok.
matahari tetap akan terbit

Bila esok,
pasti angin akan menderu

Bila esok,
awan akan tetap berarak

Bila esok,
tetap akan ada malam

Walau aku bermasalah, walau aku tidak disayangi lagi, walau aku satu hari nanti berpenyakit,
dan pastinya walau aku tiada di muka bumi ini. Ya, mati itu lebih mudah.

Esok tetap ada.

p/s: bukan down sebab assignment or study tetapi disebabkan orang sekeliling.

InsyaAllah, saya sentiasa ingin menjadi yang terbaik.


Art ATILIA
Puncak Perdana, Shah Alam

Thursday, 26 April 2012

^,^

Assalammualaikum..

Semalam, adalah hari paling yang paling ke berapa best entah dalam hidup aku.
Melaka kita mencipta memori.

Thats not my point for today entry..

Teringat tapi tak rindu okay HAHA.

Teringat tu bagi aku adalah bila satu subjek terlintas dekat memori kita dan membuatkan kita terfikirkan subjek tu seketika. Depends on kita sama ada nak bagi refleksi apa untuk subjek itu.
And for my case, aku mesej dia. HAHA.

Rindu tu bagi aku adalah satu subjek yang terdetik dan ada rasa kat dalam hati dan terus menghantar mesej rindu itu ke minda dan terpulang pada orang itu untuk refleksi apa yang hendak dia bagi.

Ohh, by the way.. Thanks to yang merindui aku.. HAHA


Aku suka pantai tapi kat KL tak de pantai.. pity me..



Art Atilia
Kuala Lumpur.

Wednesday, 25 April 2012

start over again?

Assalammualaikum,

Kami diberi cuti seminggu for mid sem break. (lega dapat cuti). Segala tekanan telah aku lalui dengan sabar dan tabah. Imagine, empat hari tekanan macam empat tahun! HAHA.

memo for SAKINAH TAHIR.
=> thanks sbb risaukan aku and paksa aku ckp masalah aku HAHA.

memo for ARISA & YUSH
=> thanks sbb selalu ingatkan aku bila aku lupa and bagi aku pinjam senyuman korang.

memo for KUREN & IS
=> thanks sbb bersusah payah calm down kan aku dgn lawak korang.

now, kita mulakan...

To, Mr Pacak
Happy Befday again..^,^
Ada rezeki kita jumpa.

"I love it when my fingers are entangled in yours and my head was on your chest, listening to your heart beat, it made me feel so safe, like nothing bad could happen to me."

memo utk MR PACAK
=> .................. 

 everything will be okay in the end ,if it's not okay, it's not the end (unknown)


Art Atilia
Desa Pandan, Kuala Lumpur

Thursday, 19 April 2012

Fragile...

Assalammualaikum..

Jika aku mampu, aku mahu hilang dalam dunia ini untuk sementara. Aku ingin berbaring di rumput yang hijau sambil memandang langit malam dan aku mahu berbicara dengan bulan dan mungkin juga bintang.

Tapi aku tak mampu........

Aku hanya mampu menghadapi hari-hari yang sudah tak berapa indah, yang suram dan aku seperti hilang semangat. Ya Allah....
Kini, sudah masuk hari yang ke empat mood aku tak berapa baik. Satu persatu menganggu ruang pernafasan memori aku, sampai aku tersekat.

Semoga keluarga aku berada dalam lindungan Ilahi. Aku takut.

tapi hari ini, pagi ini.

Aku mahu bangkit. Lupakan? memang tak boleh tapi aku akan letak masalah ini di satu ruang yang jauh.

terima kasih pada sahabat-sahabat yang sangat sabar dan menyokong aku.

Iskandar, Kuren, Arol, Risa, Yush, Am, Kina....

*to sakinah tahir : Maaf sebab beberapa hari ni, bilik kita dah tak semeriah dulu tapi aku janji ini akan jadi yang terakhir.

FACEBOOK CLOSED!


Angsalavista Villa, Puncak Perdana
Art ATILIA

Sunday, 1 April 2012

@_@ Izinkan Saya.......... S_S

Assalammualaikum pencinta ^,^

Sakinah Tahir
Sakinah Tahir





Si Gadis dapat salam perkenalan,
Melalui nota berwarna oren
Hanya melalui senyuman
Si jejaka memasang impian






Hmm serius bende ni walaupun kecil tapi mampu menyinari
bilik Si Gadis.




Lalu, selepas beberapa hari kemudian. Si jejaka mulakan langkah.

Bismillahirahmanirahimm...

Bila buka pintu bilik, selepas balik dari kelas. Ada kejutan menanti....






Sakinah Tahir


Bukan itu sahaja, lalu Si Gadis terlihat sekeping nota dan membacanya sambil tersenyum...



Sakinah Tahir


nota: sila lihat di bawah rak buku awak!



Si Gadis masih tersenyum melihat kejutan itu lagi.
Namun, dia terlihat ada lagi sekeping nota di situ.







nota : sila lihat di dalam almari awak pula!

Kini, hati Si Gadis mula berdebar. Perlahan menghampiri almari dan membukanya dengan nama Allah, dia melihat sesuatu yang menggetarkan dasar hatinya.

Senyuman bukan menghilang tapi..... kini hati mengambil peranan....




Sakinah Tahir


Siapa yang ingin bicara pada masa ini?

Perlahan....                     Perlahan................

Si Gadis, membelek pemberian itu lalu mencium bunga ros merah itu dan membaca kad itu.
Hati mula memainkan peranan, termasuk juga minda.
Si Gadis lalu berserah dengan menunaikan solat. ^,^


Apa agaknya jawapan si Gadis?


Sakinah Tahir


Kini, si Gadis mempunyai tugas yang berat.
Sebelum itu, dalam CD tu adalah lagu KRU - APA SAJA.



Tentang Si Jejaka yang menanti penuh sabar, mungkin ini adalah cabaran baginya.
Andai Si Gadis itu rapuh dan hilang keupayaan, mahukah Si Jejaka pula menjadi rusuknya??



*** Si Gadis kini berada di atas paksi yang sedang mencari sudut yang betul,
       Si Jejaka pula sedang berusaha mencari latitude dan longitude Si Gadis.


Si Jejaka  : Izinkan saya menjaga hati awak....perasaan awak dan menjadi sebahagian dalam hidup awak.


Aku ni dah macam tengah bercerita cinta si fairytale. HAHA. Apepun sila muntah darah jika geli.



p/s: Mr. Hero, semoga cepat sembuh.


*** pictures credit to Sakinah Tahir, my sweety roommate. "Aku syg kau"
       (Kina yang snap, lawa kan??) - THANKS KINA!!!

*** semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah! wahai Si Jejaka, kau akan dapat tulang rusuk kirimu.

(saya sayang kawan saya)

Angsalavista Villa, Puncak Perdana
Art Atilia


HAKCIPTA TERPELIHARA!

Thursday, 29 March 2012

Jangan Biarkan Aku Sendirian

Jangan biarkan aku sendirian,

senja itu kian berulang,
mentari itu tetap ada
nafasku masih berderu.

petang itu aku berlari
sekencang mungkin
lari dari dikejar
namun aku tersungkur
tercium rindu itu.

sakit bukan pada kaki
parah bukan pada muka
tapi jiwa yang kian celaru.

Jangan biarkan aku sendirian...... Mr Hero....



(* hahaha, gelaklah sebanyak mana. Inilah punca kalau aku sendirian HHAHA )


Angsalavista Villa, Puncak Perdana Shah Alam
Art Atilia.

Friday, 23 March 2012

**** malam ni

Assalammualaikum ....

Dah lama x update entry.
Kini sudah masuk minggu ke 3 aku di sini. Pelbagai benda baru yang aku mula belajar. kawan juga mula bertambah.
kehidupan baru sebagai remaja yang akan meningkat dewasa jgk.

Kehidupan rumah sewa dan penghuninya ^,^

Tapi malam ini, bukan tentang assignment... bukan tentang kawan2 di sini.. tetapi itu...

sejarah silam, masa silam yang menjengguk aku tatkala die tahu aku lemah pada saat ini.
Aku rapuh!

sakitnya, pedihnya...

Malam izinkan aku bersamamu,
tatkala ini aku bagaikan bermusuh dengan pagi.

***** Maaf, saya rapuh!


Angsalavista Villa, P.P
Shah Alam.

- ART ATILIA-

Thursday, 1 March 2012

oh terkembali -,-

Assalammualaikum ..

Lepas dpt result, lepas tgok ape subjek sem depan jantung mmg da berdegup kencang utk hadapi sem 3 ni. SERIOUS!
Otak pun memulakan permainannya, hati juga bersekongkol. PADU!

Hilang kata, hmm ....

aku ingat aku da cuba cara hidup baru yg more positive tp -,-  (hampa sedikit)
oh aku da terkembali ke paksi lama, paksi yg takut akan komitmen.
Padah bila aku takutkan komitmen adalah aku terpaksa stop utk Mr Hero aku. No more love. Haiihh.


p/s : awak, hmmm -,- tunggu je laa next action saya.


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Wednesday, 29 February 2012

PERCAYA! (29 February 2012)

Assalammualaikum ^,^

btw title kat atas tiada kene mengene dgn apepun.
Tarikh harini 29/2 hanya akan dijumpai 4 tahun sekali. Alhamdulillah aku dpt rase lg.

sabtu balik rumah sewa (yg baru disewa), Isnin da start kelas. Welcome Semester 3!!
please and please be nice with me.

nak tahu x sebenarnya hati aku rase sgt3 gelisah untuk sem 3 ni , padahal masa nak masuk sem 2 haritu x sehebat getaran yg aku rase kini. Serius, risau sgt, aku xdpt cari punca. Risau.

p/s: saya try tolong awk. ^)^


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Thursday, 23 February 2012

       Assalammualaikum ^,^

1st of foremost I thank Allah for gave me a better result. Alhamdulillah, even tak dekan pun tp hampir. Yer saya hampir ke situ.
Tak lupa juga kat Ibu & Ayah org yg xputus2 mendoakan aku, sokong aku. Dengar keluh kesah aku, rungut aku. What a wonderfull person that I have. Alhamdulillah. For my siblings, thanks for cheer me up. Serius kite berbeza namun kite sepakat. Alhamdulillah.
Lecturer yang bagi markah, terima kasih kerana menghargai saya hehe. Alhamdulillah.

Then, thanks sgt2 kat Arol yg sering sokong aku dan ajar aku if aku l0st. dan setiap kali aku buat asaimen mmg aku lost hehe. Thanks to Izmir n Is.. U guys really helpfull.. *Boyfriendsforever* (3 jejaka)
For my girlfriends forever, Arisa, Yush, Ieba n Ain thanks sbb faham aku, sabar dgn aku, beri inspirasi kat aku, layan kerenah aku. U girls r0ck my world...
Rakan-rakan sekelas juga...juga kawan2 yang lain..Senior juga byk membantu..

Tak lupa juga kepada punca semangat aku terlebih, awak selalu hadir bila saya mula hilang, tenggelam. Serius awak laa suis saya hehe..thanks Mr Hero!

**MAAF KPD YG AKU TERLUPA MENTION NAMA**

WELCOME BACK TO PUNCAK PERDANA, 5/3
semester 3 please be nice with me HEHE..



Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Saturday, 18 February 2012

Boleh tak saya nak nangis??

Assalammualaikum,

Ajal maut di tangan Allah.
Hidup mati hanya kpd Allah.

Mak cik, KAMSIAH BT HARUN selamat kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.

Sahabat,
aku doa kau tabah.

Pemakai jam tangan merah jambu,
aku tahu kau kuat.

Gadis di hujung sudut kelas,
mulakan nafas baru yang lebih kental.

Si lesung pipit,
tolong jangan hilang senyuman dan teruskan tersenyum.

Nor Hayatun Nofus Binti Zulkifeli,
Aku ada untuk kau. SENTIASA SAHABAT!...


--------------AL-FATIHAH---------------------


##boleh tak saya nak nangis??

Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Thursday, 16 February 2012

Cuba lupakan...

sakit menusuk ke hati sampai tak boleh nak bernafas bila teringat peristiwa ni.

Serius! Sakit!

bila aku teringat peristiwa ni aku akan menangis sebab walaupun benda ni dah bertahun berlalu namun peristiwa ni bagi impak yang sangat besar dalam hidup remaja aku. Aku pendam, serius sakit! aku tak sangka kawan baik aku buat macam ni kat aku. ## bukan aku nak mengungkit atau menyingkap sejarah lama tapi aku rasa sakit, perisitiwa yang aku lalui tu seperti satu penyakit yang sukar untuk sembuh. Ya Allah!

Bagi aku ini adalah pengalaman yang aku TAK AKAN lupakan sampai aku mati aku rasa sebab saat aku hadapi peristiwa itu aku dah berdoa. aku dah mohon pada Allah.

satu je, sampai hati kawan-kawan yang aku anggap baik pada satu ketika sanggup tikam aku dan memalukan aku. Ya! kawan-kawan. Terima Kasih korang sebab tak pernah nak dengar jawapan dari mulut aku dan siasat sendiri pakai otak korang yang ber IQ tinggi tu. Maaf, jika korang berkecil hati dengan aku tentang peristiwa itu tapi entahlah....

aku diam bukan tanda aku mengeyakan segala apa yang korang tuduh tu. Walau korang dah lupa apa yang terjadi tapi tidak AKU!! maaf!

Maaf, pada sahabat2 yang baru mengenali aku dan sudah berkawan baik dengan aku jika aku tak dapat memenuhi kriteria nak jadi kawan korang. Maaf jika aku tak cerita apa2 kisah aku pada korang, sebab aku FOBIA & TRAUMA dengan apa yang aku lalui dulu.

Ya, aku belajar dari kesilapan dulu. Terlalu percaya.

## nak cuba lupakan peristiwa ini untuk selamanya tapi jika aku lupakan....siapa yang nak pertahankan aku satu hari nanti jika benda ni berlaku lagi?? Maaf. Tidak.

--hanya ada seorang je hamba Allah ni dan aku masih berkawan baik dengannya. Dia saje yang memberi kata2 semangat pada ketika itu. Terima Kasih.

p/s: Awak, boleh tak jadi Hero saya? dan saya nak nangis kat bahu awak. Awak teman saya bila saya nak tutup mata agar awak boleh bisik kat telinga saya yang awak ada.

=====>terjaga sebab teringat peristiwa ini.

ART ATILIA (NAA)
KUALA LUMPUR

Sunday, 12 February 2012

Saya tahu....

Last message 27 January 2012.

saya tahu awak tak sihat.  saya tahu awak tak boleh nak bergerak sangat.  saya tahu awak tak pernah tahu pasal ni.

yang saya tahu.... saya....hhmmm xpela.... Ya Allah, beratnya.

p/s : saya diam, awak pun diam. saya rindu.

Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur.

Friday, 10 February 2012

sekejap.

Migrain, tolong pergi jauh-jauh.
Ya Allah sakitnya.

p/s: MR HERO.. awak, jaga kesihatan okay. berehat secukupnya, jgn buat keje2 berat.


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Thursday, 9 February 2012

Maaf !

Sedang tidur di ruang tamu. Nyenyak. Phone di dalam poket bergetar seiring menyanyikan lagu hits pada masa tu. Lucky. 1 New Message.

Baca.
Balas.
Sambung tidur. Penat.

1 New Message. Lagi.

Baca.
Balas.

Selepas beberapa hari membalas mesej dan seperti dah menjadi rutin harian kita. Aku mula tersedar. Apa yang dah berlaku ni?. Tanya aku.
Komitment tu susah. Payah. Rumit.

Stop.

Kau yakinkan aku. Beri semangat pada aku. Sokong aku. Yang penting kau faham aku.

Teruskan.

Sakit aku datang. Migrain. Aku benci. Kau sentiasa ada ketika aku rebah dalam sakit peningku. Terima Kasih. Kasih kau, aku terima.

Kita jalan pimpin tangan. Kau sering senyum dari jauh bila nampak wajah aku. Wallpaper phone kau. Wajah aku. Terdiam. Aku didik hati supaya selalu menjadi manis untuk kau. Setiap pagi ku kirimkan secebis kertas pada kau. Sebab aku suka lihat kau tersenyum.

Namun, komitmen lagi. Hati kian terseksa. Kau sentiasa menunggu aku. Mengalah dengan aku. Sabar dengan tingkah aku. Faham pada aku. Aku sedih.

Panggilan terakhir untuk kau.

tetttt.... Putus.....

Selepas berapa tahun dan sepanjang tahun kita tak berjumpa. Kau masih tanya khabar aku walau aku tak pernah menghubungi kau. Sehingga satu hari kau mesej. Ketika mood aku bermasalah.

Baca.
Balas.

Awak tak rindu saya ke?

Aku balas. Dan sehingga kini dia masih sakit dengan ayat aku.

Perasan tak sepanjang ayat aku tiada kata MAAF dari aku.

Masa mengajar aku, betul2 diajar. Serius, aku dah terajar.

Awak, saya nak minta maaf. Saya dah cuba hubungi awak tapi awak tak pernah balas balik. Cari saya. Saya nak minta maaf je. Saya dah berubah. Betul2 minta maaf. Tak kisahlah awak nak maafkan ke tak.




Nak minta maaf supaya hidup saya lebih bertambah baik.

Notes : Sejak hari awak mesej tu..
                   Rindu saya bukan untuk awak TAPI Maaf saya tuju untuk awak.

p/s: Mr Hero, rindu saya untuk awak. Semoga cepat sembuh, dengar nasihat doktor okay.


ART ATILIA (NAA)
KUALA LUMPUR

Tuesday, 7 February 2012

saya rindu awak ^)^

Assalammualaikum

kepada : Awak.


       "Saya Rindu Awak!"


untuk si lesung pipit : aku doakan kesejahteraan mak kau. InsyaAllah.

Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Rapuh

Assalammualaikum ...

puisi tidak seberapa utk sahabat saya NOR HAYATUN NOFUS. (pemilik jam tgn merah jambu/si lesung pipit) ... aku syg kau...

langit gelap tiadanya bulan
hilang kata terpisah kita
malam nangisi ku
rebah dalam kesamaran
rasa mula menyakit
sendu dalam doa
mencari keredhaan Ilahi
moga aku tabah
dan juga kau sahabat. (nukilan - Art Atilia , NAA. ) pinjaman idea dari Allah. Alhamdulillah.


mengadulah dengan Allah... minta pertolongan dari- Nya... InsyaAllah...


"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

                                ( ILUVISLAM.COM)

aku juga manusia lemah dan hina.

p/s: awak jaga kesihatan okay. rajin2 pegi fisio.


Art Atilia (NAA)
Kuala Lumpur

Sunday, 5 February 2012

Tabah yer sahabat!

Assalammualaikum ^,^

Pada pukul 2.31 petang td aku dapat SMS dari sahabat baik aku gadis si lesung pipit ( Atun )

   --> m0h0n kerjasama kalian utk m'd0akan mak sy Kamsiah bt Harun yg sedang kritikal di ICU HUKM.. Semoga semuanya selamat...


InsyaAllah, sahabat! Aku akan doakan mak kau.
semoga kau kekal tabah dan sabar ok. InsyaAllah aku sentiasa di sisi kau.

aku masih teringat tahun 2009 x salah aku, dia ( Atun ) pernah menangis di sebabkan ayahnya masuk ke hospital jgk. Aku ingat lg dia datang ke sekolah macam biasa tapi aku perasan wajah dia lain mase tu, bila aku tanye.... cukuplah airmatanya menceritakan segalanya....


Nor Hayatun Nofus bt Zulkifeli, saya doakan awak sekeluarga tabah hadapi dugaan Allah yer. Aku tahu kau seorang yang kuat. doa byk2 utk emak kau k. InsyaAllah everything is gonna be okay.


Take care sahabat!

p/s : awak juga jage diri kay ( ahaha Mr ......... )..


ART ATILIA (NAA)
Kuala Lumpur

Wednesday, 1 February 2012

Aku anak KL.. errr

Assalammualaikum ^,^

Selamat Hari Wilayah!!

aku dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1990, dibesarkan di Cheras Kuala Lumpur sehingga usia mencecah 4 tahun dan berpindah ke Ampang Kuala Lumpur sehingga kini. Jadi aku pure key ell laa kan? ahaha

hah lupa nak kongsi haritu aku pegi balik kampus aku dan lecturer aku suruh jadi juri utk pelajar beliau dalam subjek yg diajar, haritu aku n kwn aku arol, kena jadi juri untuk persembahan dikir barat dorang. aku yang biase2 je tetibe kene jadi juri. PENGALAMAN BETUL!!

Thanks Miss Wani ^,^

----aku suka persembahan dua2 group tu sebenarnya hehe. tapi the best part aku suka suara budak perempuan tu x silap aku nama die ezah haa.. pkai spek mata hmm. Sory jika kamu terasa kat saya (pd semua yg ade pd hari persembahan tu haha) aku takut kene pukul ahaha. =P

p/s: walau saya org KL, saya suka orang pantai timur. macam awak! hehe

ART ATILIA (NAA)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ^,^

Monday, 30 January 2012

Preview

Assalammualaikum ^,^

Terima kasih kepada yang memberi semangat.
Komen dan mesej korang amat bermakna.

**perasaan tak blog aku da lain? ^,^

Baru lepas baca status2 lama dia, aku tersenyum sendirian mungkin bahagia dengan perasaan ini. Aku dah jadi stalker maybe ahahaha. Standard laa kan hehe. Semalam aku baca buku sampai tertidur, dalam pukul 4.00 pagi aku terjaga baru je nak tutup laptop..tengok dia tengah online dan aku yang gila ni pun boleh segar mata nak tengok perkembangan dia. shhhhhhhttt aku gila!

Aku nak tanya ada ke orang macam aku ni hah? suka orang tu tapi diam2 yang peliknya aku tak pernah bercakap depan-depan dengan dia. Aku je yang selalu nampak dia dari jauh. Dia mana nak perasan aku kan??

Selepas membuat video untuk pertama kali, aku menjadi semakin pelik apabila FRIEND REQUEST aku bertambah ramai di FB.. ahaha sila gelakkan aku sambil errr pada aku. (tapi maaf aku xdapat nak approve tunggu nnt yer..InsyaAllah)

Buat awak : video tu untuk awak, ahaha saya bukan sweet talker laa.

p/s: semoga awak tersenyum macam saya nampak awak tersenyum kat Ayah Agi tuuu ahaha

**Yuna xmenang utk AJL tapi Yuna selalu menang dalam hati saya selamanya. Tahniah Karma, mesti Kuren suka.. ahaha

ARTILIA (NAA)
Kuala Lumpur

Saturday, 28 January 2012

Random Awesome!

ARTILIA (NAA) "awak!!"

Assalammualaikum ^,^

Alhamdulillah, aku macam happy jer. banyak benda yang berlaku dalam hidup aku.

SYUKUR! hanya pada Mu.

aku memang dah lama teringin nak buat video & nak feeling2 jap. (sila jangan errr pada saya) ahaha.
Buat pertama kalinya, aku pun buat video untuk si "dia" yang telah mencuri organ aku yang paling penting. Aku buat video ini khas dedikasi untuk dia walau dia tak tahu ahaha (aku syok sendiri).

CAUTION  : PADA SESIAPA YG ADA PENYAKIT SAKIT HATI, TELINGA PANAS, HATI PANAS, PSIKOLOGI DALAMAN, MAYBE MENTAL TIDAK DIGALAKKAN MENONTON. AHAHA.

FAKTA  : SUARA AKU TAK BEST (tapi aku tak kisah sbb aku tak guna suara org)

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.






Nota untuk dia :
awak, saya buat video ni bukan sebab saya nak ngorat awak atau nak buat awak jatuh hati pada saya tapi saya sedang menghargai apa yang saya tengah rasa, bukankah setiap rasa itu nikmat? sebab setiap kali kita merasa walau pahit itu tetap nikmat seorang manusia.


awak, saya cuba menjadikan sesuatu yang random turn to something awesome tapi saya tahu video ni tak awesome. saya cuma nak berani sikit je dan nak hargai semangat yang awak da tiup tanpa awak sedar.


awak, terima kasih sebab layan mesej2 saya walau saya tahu saya seperti sedang memperbodohkan diri saya. ramai lagi gadis2 ayu, baik, lembut, solehah sedang menanti awak. saya tahu dan saya percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. awak baik saya jahat saya redha tapi saya telah sedaya upaya menjadi yang terbaik.


awak, maaflah saya selalu lari dari awak. saya tak tahu kenapa saya perlu lari bila nampak awak. memang macam bodoh. 


awak, ada benda yang saya nak mengaku kat awak tapi saya rasa nantilah.


awak, saya memang suka awak tapi tak bermakna saya nak awak jadi milik saya.


awak jaga kesihatan okay, bila awak sakit saya cuma boleh buat " awak ok? awak sihat? macamne hari ni?" maaf saya tak hebat.

p/s: benarkan saya jadi pemerhati rahsia awak boleh??

** please lah jgn muntah tgok entry aku kali ini hehe.

ARTILIA (NAA)
Ampang, Kuala Lumpur