Sunday, 16 October 2011

PERMULAAN YG SGT BAIK

assalammualaikum...

adakah itu juga satu permulaan yg bagus??
hehehe... yeah!! entry tajuk terbaru....

semakin hari menempuhi hidup di semester ni, makin mencabar pun ada.
semua inginkan perubahan.. perubahan yg lebih baik.. InsyaAllah...

Alhamdulillah, aku bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah =)

beberapa hari ni, aku diuji dari segi mental. sgt3 mencabar.

xpe, selagi aku b0leh harung s0rang2.. aku akan cekal..

menyusahkan org sekeliling aku?? yer!! aku sgt3 myusahkan kawan2 aku. kesian dorang, yelaa terpaksa menerima kelemahan aku yg sgt2 bodoh dan hina. MAAF guy's...

begitu juga kepada family aku...

ok, kat sini aku nk mulakan entry aku yg bertajuk "permulaan yg sgt baik".....

bagi aku tak salah untuk kita jatuh berulang kali dan bangun dengan niat yang lain..
ermm mungkin org akan kata manusia yg bodoh adalah manusia yang sering melakukan kesalahan yang sama.
tp bagi aku, ye mmg b0doh dan xsalah untuk menjadi bodoh. betul!!

sebenarnya, kadang2 kita tak sedar yang kita ni dah melakukan kesalahan yang sama berulang kali.. baik kita sedar dari tak sedar..

(berbelit2 perkataan aku ni)

aku ingat lagi ada satu hari tu aku sangat3 la macam nak d0wn (macam je) tapi aku kuatkan semangat dengan memberi motivasi pada diri sendiri. bukan nk tunjuk bagus tapi... kita je yang b0leh memulihkan semangat kita sendiri..

adela hamba Allah ini, mengherdik aku dalam diam. menghina dan menghukum aku tanpa aku melakukan kesalahan yg besar. aku tak tahu apa masalah dia. aku tahu aku nak diam je.. ye silent!! aku da penat nak hidup macam dulu..

dia tidak henti2 menilai aku tanpa melihat dirinya sendiri.. adakah dia tidak tahu bahawa aku dan dia berpijak pada tempat yg sama, berbumbungkan langit yg sama, menyembah tuhan yang sama dan kami adalah manusia yang sama.

diam bukan tanda mengalah atau berserah!

hahaha tragik gile kan? hmm benda ni aku rasa semua org pernah rasa.

akhirnya, aku mengambil tindakan hanya untuk berdiam diri dan muhasabah diri seperti yg dinasihati ibu aku.

aku tak pernah nak berniat.. nak kenakan dia malah aku rasa dia juga adalah kawan aku.. kawan seperjuangan aku..

aku diam dan aku lihat. jika dia melampau pasti aku akan menggunakan kelebihan aku hehehe...


hmm aku rase tak payah lah aku nak tulis kat sini apa manusia tu cakap kat aku.. sebab no p0int.. aku just nk say s0rry kat dia sbb die tak berjaya nak jatuhkan aku hanya dengan mengherdik aku je..
bagi akulah ini adalah permulaan yg sangat baik bagi aku. (tahniah art!!)

dan juga kisah ini sendiri bagi pengajaran yg baik utk aku.

pesanan khas utk semua dan utk diri aku terutama: jangan mengherdik atau menghina ciptaan Allah kerana ciptaan Allah adelah sebaik2 ciptaan. tak kira di mata kita melihat orang tu tak cantik or ape2 jelah. ingat mata manusia tak akan pernah sempurna walau kita pakai c0ntact lens yg cantik2 tu n yg mahal2 tu..

permulaan yg sgt baik adalah pada hari esok =)
dan apabila melihat cermin jangan mencari kecantikan rupa tetapi katakan pada wajah itu "aku hebat!!"
(haha benda ni selalu aku buat dan ianya menjadi InsyaAllah =) ...)

arghhh, tak sabar nak jumpa hari esok iaitu dimana bermulanya 'permulaan yang sgt baik'

p/s: walaupun begitu wajah kamu tetap menjadi watak utama dalam hari2 saya hehehe.


   AWAS: SAYA BUKAN MUDAH DIHERDIK!


------tgh pening-------

ART ATILIA

Sunday, 9 October 2011

PERASAAN YG MENCELAKAKAN! =p

ASSALAMMUALAIKUM....
SALAM BAHAGIA SERTA SENYUMAN YG PALING MANIS UTK SEMUA......

P/S: sambil mkn c0rnetto al0ng belanja... hehehe

selepas beberapa minggu berada di dalam keadaan yg memerlukan otak berfikir ligat... rehat yg tidak berapa cukup.... em0si yg kdg2 kurg stabil.... hati yg sering menjerit2... rindu yg sering memanggil... cinta yg mula bermain k0tor...

dipendekkan cerita hidup aku di kampus dalam semester  ini...dalam beberapa minggu ni laaa

banyak kejadian yg berlaku tak dapat aku nak kongsikan semuanya di sini...

begitu banyak yang aku sudah belajar..dan masih belajar.... kawan-kawan juga makin bertambah...

sebelum aku jauh pergi ke tajuk utama.. aku nak cakap yg aku tak akan p0st apa2 jika aku busy.. hehehe... s0ry guyss.. (ada ke org baca?? hahaha)

PADA SEM LEPAS....

aku lihat dia muka dia macam ni.......






yer!! muka dia mcm yg kat atas ni... hampir... mungkin diorg ni pelanduk muka yg sama.. kan ada fakta mengatakan wajah kita ada tujuh yang hampir sama... mungkin dah terjadi kat depan mata aku...

Aku suka memerhatinya dalam diam.. hahaha.. mungkin itu yg terbaik eh bukan mungkin tapi yg terbaik..

mula2 pandang lepastu dia macam beri aku satu inspirasi yg hmmm ... mungkin disebabkan aku suka sangat kat artis ni kot hahaha..

SERIUOSLY, aku xtahu langsung apa-apa tentang dia yg aku tahu aku selalu perhatikan dia... kami jarang bertemu.. itupun kalau ada jodoh adelah... kdg2 aku mengharap sgt nk bertembung dgn die dan memulakan chapter baru dlm hidup aku dan mybe die...

harapanlah sangat...

Akhirnya, berakhirlah sem aku tu... dan sangat mendambakan bahawa dia akan tersenyum balik kat aku (harapan yg sgt celaka kn??)

PADA SEM YG TERKINI..

dua hari lepas..mungkin tiga hari lepas.. kawan serumah aku memberi nombor fon seseorang kepadaku yg diberitahu itu adalah nombor fon "jejaka di atas" laaa..aku bukan main kecut perut lagi laa.. baru nombor fon.. jadi aku pun miskol.. then selepas beberapa minit kemudian die miskol balik...

sumpah jantung aku degup kencang..
adakah babak itu akan bermula?? adakah Pengarah akan mengatakan "action"?? yer aku sedang menanti.

hmm, akhirnya aku lupakan aje babak yg nak bermula tu...

keesokan harinya.. dia call aku.. dan akhirnya aku dapat mendengar suaranya dan kami berbual.. alaa dia yang banyak tanya... sebab dari mana aku dapat nombor dia.. dijadikan cerita... dia nak jumpa aku tapi.....

aku tahu tu bukan yg aku nak... lalu aku akhiri segala babak yang tak pernah berlaku dan aku letak kembali segalanya ke paksi asal dan mulakan langkah yang terhenti seketika.. otak yg menerawang ke langit.. hati yang mula mengeluarkan madah2 cinta dan akhirnya aku pejam mata dan merasakan perasaan ini tak akan pernah wujud untuk aku...lalu aku akhiri dengan baringkan jasad aku di atas tilam..mengiring ke kanan.. menutup mataku membiarkan malam membelai aku lembut.. membiarkan jiwa ini berlayar pergi seketika.. seusai aku menutup mata aku berdoa agar dia bahagia selalu dan dirahmatiNya.. sebelum aku terlelap aku masih terfikir kata-kata aku bersama dia petang tadi.... mungkin erm biarkan kisah ini tidak bermula sebab aku tak bersedia dengan akhirnya...


AKU : tak, saya xnak jumpa awk
DIA   : kenapa tak nak?

aku diam....

"biar je laa saya jadi pemerhati awk dalam diam. Boleh?"

"baiklah."

ermm itulah ending kami.. haha.. =)

SAYANG-SAYANG SAYA.....









inilah beberapa gambar yg sempat diupload...
aku bahagia bersama mereka...

P/S: maaf pada yg gambarnya tak dapat nak diupload..

sambil membuat asaimen di tepi.. sambil mengunyah something ..sambil menonton televisyen..sambil berborak bersama adik tersayang....sambil mendengar lagu kegemaran dan sambil2 yg lain...

tiba-tiba aku terfikir lagi sekali nak menyemak kan entry kali ni dengan perasaan lagi sekali dan sekaki hahaha

aku ada beberapa pendapat yg ingin dikongsikan...

JIKA SUKA PADA SESEORANG HARUSLAH

berdoa dahulu agar dia juga mempunyai rasa yang sama, tabah, sabar, dan pastinya redha atau pasrah.

JIKA BENCI PADA SESEORANG HARUSLAH

berdoa dahulu agar Allah melembutkan hati kita juga hatinya, sabar , tabah dan pastinya memaafkan.

bagi akulah... baik mencintai atau suka seseorang tu dalam diam...kita perhatikan dia..kita senyum pada dia bila dia tak nampak... kita kejar bayang dia, kita bau haruman dia, kita dengar suara dia dalam diam, kita merindu dia dalam sakit dan harusnya dia juga berada dalam doa kita...

"aku tahu kita memandang bulan yg sama, dan kita juga berada di bawah langit yg sama"


hahaha.. art iaitu aku berkata tentang perasaan...

satu pesanan aku sebelum aku mengakhiri kata-kata yg mengarut dan hampir mencarut ni...

perasaan tu satu benda yg sangat2 unik.. sebab aku pernah rasa unik bila aku dapat rasa... rasa perasaan tu..perasaan yang melayang2 haha gila kan? perasaan nak terjun bangunan? rasa nak bercuti kat korea? hahaha.

"kalau suka seseorang cukuplah hanya berdoa untuknya"

kesimpulannya,

esok aku balik ke puncak!!! haha.. asaimen sedang disiapkan dgn gigihnya..
aku masih menanti wajah itu walau ku tahu dia tak akan muncul dalam beberapa bulan ni.. masih cuba melupakan yg sedia ada... hello?? aku juga seorg manusia yg berhak merasa ok??

kepada sang pencinta, selamat bercinta dgn alam fantasi anda... hahaha


---- khas utknya: aku benarkan kau menjadi pemegang watak dalam mimpiku..

Desa Pandan
ART ATILIA



gmbr kredit to razzaq dan fanpage artis tu..