Saturday, 31 December 2011

- THE END OF THE YEAR -

ASSALAMMUALAIKUM, SALAM SAYANG ! WAAA...

genap sebulan aku x update langsung blog ni, MAAF ! biasa lah bila dah hujung tahun and hujung semester pelbagai benda nak kena buat, tak kira lah assignment, problem, peribadi, frends or anything made we mess up. but everything is gonna be okay! its true!

aku rase banyak sangat nak cakap tulis kat sini but masa makin singkat.

well, aku hanya akan menceritakan melalui gambar yang x seberapa laa but memorable bg aku.

2011 adalah tahun permulaan dan tahun pemberi semangat kepada aku.

so here we go, have fun and enjoy with the mimic muka yg sangat AWESOME & FREAK! joking laa





gambar ni razzaq yg captured, nice right? ahakss

okay, kat bawah ni adalah kehidupan aku di kampus hmm yeah! thats life....

ni dinding belajar aku, penuh dgn kata2 semangat, biasa lah org selalu hilang semangat ^_^

meja belajar aku, laptop yg byk berjasa. THANKS ALLAH!
 -------kalau perasan kat atas meja aku ada 3 frame gambar, yg besar2 tu aku beli dapat hmm bolehlah dari eja n kuren a.k.a abg hebat (dulu nama dia kening!) ok, actually, aku nak beli gambar2 tu tapi dua orang manusia ni erghhh nak jual dgn harga yg x masuk akal. but they did a great job! yg gambar masjid tu eja n gambar kanak2 tu kuren. frame kecik hadiah befday dr si lesung pipit =))

bajet zon aku, ahaha dunia imaginasi aku!

tempat aku tidur, katil aku yg atas, bwh yush. lenakan aku plez?

dibawah selimut wane wani tu ade rahsia. ahaha. sudu! sy syg awk!

sudu kwn saya since lahir heee..gambar katil ni buat aku tersenyum sebab kat katil ni lah otak aku sering ligat berfikir wahhh! hmm buku kat atas katil tu mmg aku punyer. benda yg selalu aku buat bef0re tido adalah membaca. warggghhh hebat x?
hahaha aku tahu aku poyo. diam!


PINTU DEPAN UMAH =)

hah inilah, ruang ART ATILIA.

ok , next.

MAJLIS SENANDUNG PUISI, KREW LA NI + AYAH AGI ^_^

rakan sekelas =), seperjuangan!

MISS WANI, wani ardy tuuu. ni kat UPSI

shoot jepun =) kelakar gila!
 Ya Allah, masa pembikinan video jepun xpayah cakaplah. lawak nak mampus. aku memang da x larat nak gelak da tapi apapun aku enjoy dgn iskandar, mail, wan kelantan, wan perlis and razzaq. kite buat video yg terbaik kan? waa omoshiroi!

jejaka keliling aku utk jepun. hot x?

LAMAN ISTANA BUDAYA-MALAM PUISI RIONG ^_^
awesome kan? oraite NEXT!

ok, time utk sedih sikit. gambar kat bawah ni gambar sayang2 aku. kire dorang tongkat aku la.
dorg sangat awesome, dorang lembut, cantik, baik, hot.. x macam aku yg loser gilerr! apepun aku hapy kawan dgn dorg ni. thanks kat ARISA, AIN, YUSH, IEBA yg peluk aku bila aku lemah, yg kesat air mata aku, yang urut aku bila sakit, yang concern pasal aku dan yang setia dgn cerita aku.

GIRLS, u r0ck my world!

OK, SEMUA DA BERPUNYA! KEDAI TUTUP =P


KLCC, COMEL KAN SAYA? =P

KAWAN PALING "GILA"! KETAWA AKU UTK KORG LAA

GADIS BUNGA & GITAR


BFF + POWER RANGERS.. HAIYAKK!

ehh ASHTON tgh perform tu!

anak angkat saya, JALAL! haha

persembahan khas utk arol =))

ok, aku mengelabah!

ok aku poyo! =P

teman serumah! kami di PNM =))

SAYA NAK JADI ROCKSTAR, BOLEH?
hidup aku memang ceria, betul.. tak tipu.
terima kasih yang hadir dalam diri ini, yang pegang tangan ini, yang usap bahu ini, yang kesat air mata ini, yang kejutkan aku dari lamunan dan terima kasih sebab terima aku apa adanya.

"aku biase je, korg hebat! aku tak tipu!"

Dear Allah, tolong berkati hidup sahabat2 aku. 

oraite, next adalah yang paling best,,errr best ke?

ok before tu aku nak story2 ckit.
pada tanggal 14/12/2011 adalah hari lahir aku. ye aku mengaku!
tapi sahabat2 aku telah meraikannya awal sehari sebab takut aku lari.
pelbagai memori tercipta pada tarikh itu.
ok first sekali,

after kelas Ayah Agi, aku telah diraikan  oleh sahabat2 yang sangat baik dan rapat dgn aku.

AROL, IZMIR, IS, RAZZAQ, ARISA, YUSH, IEBA, AIN ( ni je kott, maaf klau ade yg tertinggal.)

aku tipu dorang yang befday aku bukan haritu and semua cam confuse hehe sorry guys. aku ade sebab.

and inilah yang berlaku pada that day, hidup aku berbunga dengan korang la. peluk sikit hahaha

today is not my befday laa =P

sedap! handmade, thanks dude =))

kasih syg seorg kawan =))

full of love


tamat satu episod and benda ni x berakhir even awal satu hari, bende ni melarat ke malam hari.
aku dapat mesej dari iskandar, dia nak jumpa. ok aku ingat sebab nak bincang pasal skrip but haiihh..

aku pun jumpa lah dia n aku nampak si hebat a.k.a kuren pun ada.

then, bermula lah drama sebabak yg buat aku tersenyum n senyummmm

kuren : art jom jalan kat sana (aku pun ikut)
kuren : is, ape ni? (sambil tunjuk something kat pokok)
is :entah la, cube kau amek. macam hadiah je.
kuren : a'ah laa. art, kau amekla kitorg xnak benda ni lgpun esok befday kau kan?

dan aku mmg terperanjat lalu tersenyum bila dorang tersengih and dorg nyanyi lagu befday.
sweet kan dorg?
aku ingat da abis tp hmmm

kuren amek sesuatu dari poket seluar die..

taraaaaa coklat cadbury hazelnut.

taraaaa ada kad yg c0mel..

en0ugh! haha

and aku mmg hilang kata2.

ini hadiah dr dorg, coklat aku xsempat nak amek gambar tapi until now aku tak makan lagi coklat tu =))

inilah hadiahnye =) aku sangat hapy

pelakon drama sebabak

pelakon drama sebabak, aku saje pilih pic die yang hebat! ahaha


khas untuk kuren & is : senyum aku milik korg lah. korang mmg sweet ahakss

amirah najihah =))

masa ni befday aku, satu hari aku duduk library je. ahahaha and masa kt library ni Allah bg hadiah kat aku. hadiah yg paling bermakna =)) THANKS ALLAH!

Kini, berakhirlah tahun 2011. kire ni kesimpulannya.
aku hilang kata2. ahahaha
apapun aku bahagia dapat sahabat2 macam korg. hebat la...




REAL ME! INI LAH AKU. ARTILIA...

kini aku tinggalkan jejak utk tahun 2011, serius kejar aku sebelum aku meninggalkan jejak itu dan menghapuskan jejak mu.

Dear Allah, thanks 4 everything. Alhamdulillah. semoga 2012 menjanjikan kebahagian yg lebih dan kehidupan yg baik utk kami sekeluarga dan org2 yg aku syg. Aaammmiiinnnnn.

2012, sambut aku baik2 yer.

p/s: awak, saya pasrah. pemerhati rahsia? InsyaAllah tidak lagi.


Kuala Lumpur
ARTILIA

Tuesday, 29 November 2011

FOKUS ITU KEMBALI

ASSALAMMUALAIKUM...

semenjak dua ni aku dapat rasakan yang aku ni mula hilang fokus dan agak lesu.
mungkin kurang berehat tapi apa yang aku buat?

semua org ade masalah masing2, hidup ni simple je (bg pemerhatian aku) selagi ikut rules, insyaAllah everything gonna be okay ^^

yang complicated tu kita.... yang buat masalah tu kita....


dalam hidup ni aku tahu kita perlu ada pegangan.....
kita perlu dipegang...
macam graviti... dia yang pegang kita...
kalau tak de graviti kita akan terapung dan tak de arah tujuan kott..
macam bunga juga, dia ada tangkai dan akar.. kalau xde bunga mati...

hmmm... muhasabah diri adalah satu benda yang bagus.... (terima kasih ibu, sbb selalu ingatkan aku)

kalau kita xdapat apa yg kita nak, bukan bermaksud kita tak layak tapi kita xpatut dapat (maybe)
aku selalu juga salahkan diri aku jika aku xdapat apa yang aku nak, tapi bila fikir balik Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.. (sangat cliche yer??)

tapi bagi akulah setiap apa yg tercipta kat muka bumi ni ade function tersendiri.

sometimes aku pun macam tak bersyukur (beristighfar art), but aku rasa aku deserve apa yg aku dapat harini.

                     thanks Allah....utk segalanya...

lagi beberapa minggu ulangtahun aku... jadi aku nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya...
matang dari segi pemikiran, perbuatan dan percakapan.
banyak yang aku lalui sepanjang usia aku ni (walau xdela banyak mana)
tapi apa yang berlaku sebelum ni mengajar aku tentang apa yang ada hari ini.
bukan nak tunjuk bagus tapi aku nk motivate diri aku...

tarik nafas panjang, hirup udara hari ini
rasakan udara itu sehingga puas,
lepaskan segala lelah
lepaskan segala masalah
lepaskan beban seketika
habiskan hari ini dahulu
baru fikir untuk hari esok.

ok geng??

p/s: apa yang kita buat, apa yang kita hendak. ibu aku pesan
      " angah apapun kita lakukan jangan pernah lupa yang mencipta kita"
      aku masih mencuba menjadi seorang yang baik dari semalam.


---------> 1st I Thanks Allah sebab dengar keluh kesah aku dan akhirnya mencipta babak fokus aku kembali... awk, thanks sbb jadi otak saya center balik...errrr semoga Allah terus mencipta babak seterusnya untuk kita. InsyaAllah.

  
THANKS SBB BUAT SAYA KEMBALI FOKUS!

 ART ATILIA
P.P SHAH ALAM

***masalahnya fokus kerr?? haha

Monday, 28 November 2011

kau tiada dua

menyelusuri hari tanpa berbicara denganmu
ibarat tidak lengkap hari aku
jika sakit mendatangi
aku harapkan namamu sahaja meniti dibibir

apabila cahaya kegembiraan menyinar
aku tersenyum sambil teringatkanmu
walau kau tiada di depan mata
aku yakin, aku dapat merasai kehadiranmu

setiap hembusan nafasku hanya untukmu
tiada kalimah cinta yang teragung selain kuucapkan padamu
pacainderaku milikmu
ku rebahkan segala-galanya hanya untukmu

getaran dijiwa amat dirasai setiap kali menyebut namamu
aku pernah terlupakanmu seketika
namun kau tetap disisi aku
ku serahkan jiwa, raga, hidup dan matiku hanya padamu.

hanya padamu, kau tiada yang kedua.



 Ya Allah, terima kasih.
cinta kau untuk selamanya.


p/s: SALAM MAAL HIJRAH

saya masih menanti dia. Rindu.


ART ATILIA
AMPANG KL

Friday, 18 November 2011

aku mengarut! jadi?

pernah dengar cerita tentang tikam belakang?
pernah rasa jadi dihina?
pernah pegang pada janji?
pernah simpan dendam?

arghh, kau, aku, dia dan KAU!
sama sahaja.
jangan rayu pada aku
untuk sedarkan kamu semua
jangan pernah!

aku bongkak?
habis kau?
dia?
kita sama sahaja.
tetap hamba.

kau laungkan kata-kata membunuh
kau bisikkan kata-kata palsu
lalu kau harapkan aku jadi sampah seperti kau

selagi kita berada di muka bumi ini,
selagi kita berjalan di atas tanah ini,
selagi kita bernafas di udara ini,
dan selagi kita dapat rasakan denyutan nadi ini
percayalah masih ada peluang untuk kita berbaik
dan membuat yang terbaik.

kau, aku, dia dan KAU!
mari beristighfar
mengingat tuhan
tinggalkan dosa semalam
langkah ke hadapan
dengan syahadah....

p/s: Ya Allah, terima kasih =) >aku dekat kau dekat<




SHAH ALAM
ART ATILIA

Friday, 11 November 2011

Aku Suka Dia full stop

.......................
apahal banyak titik-titik ni hehe.

Assalammualaikum =)

setelah melalui hari-hari cuti, dgn gigih menyiapkan assignment (walau x gigih manapun). masalah2 yg sering hadir walau penat aku tepis.
namun, aku tahu setiap apa yg berlaku pasti ada kisahnya. pensyarah aku pernah pesan
"ingat, setiap apa yang kita lakukan akan ada kesan tersendiri"
mmg betul cakap pensyarah aku tu =)

1st of foremost, aku really happy what was happened to me. Alhamdulillah, ^^ evendo bnde ni hal yg seremeh2nya but f0r me bende ni mampu buat aku tersenyum so salah ke utk aku kata bahagia?

2nd aku rase aku prlu m0ve ke satu stage yg lebih ke atas sikit.. maksudnye berubah kpd yg baik..yg lebih baik.. utk diri sendiri.. yeah i need that.. huh apepun kena setting niat dulu.. InsyaAllah, benda yg baik selalu dipermudahkan.. Allah always be by my side..

3rd aku just nak biarkan hati aku ni hapy n dapat nikmati setiap apa yg ada. so for those yg x puas hati or try nk buat aku d0wn aku rase k0rg just wasting time huhu.. buat apa nak jatuhkan aku, i'm nothing ok!!

seriously, even die xtahu yang aku pemerhati terbaik. dan aku rasa dia tak tahu yang dalam diam dia da curse aku dgn hebatnya.. w0w!

so Let Me Be...


*** gambar ni xde kene mengene dgn tajuk aku just tetibe rindu "cinta-cinta" ku huhu



p/s: cube awk tg0k muka sy ni bt0l2 (dialog dia) ^____^


====> aku suka dia but doesn't mean yg aku nak miliki dia, if i get yeah itu rezeki n j0doh (ALHAMDULILLAH)..


ART ATILIA
KUALA LUMPUR

Wednesday, 9 November 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH =)

Asslaammualikum =)

selepas hampir sebulan tidak meng-update blog aku agak tersedak2 utk menaip haha..
byk yg berlaku pada aku sepanjang beberapa minggu ni..

----------byk sgt-------------

tapi semuanya dah berakhir =) ... dgn baik ALHAMDDULILLAH!! dan ada juga yg baru bermula..

ermm entry kali ni aku sebenarnya kurang ber-mood (apa jenis bahasa laa ni)..

ramai yg skrg ni didalam keadaan yg kurg sihat..
aku d0akan korg cepat sihat k..
trmasuklaa sorg ni...

=====> awk, sm0ga cepat sembuh ok?

aku doakan agar org2 yang aku sayang berada di dalam keadaan yg sihat sejahtera.

errrr, i really dunno what to do right n0w.. so i guess let me sign out fr0m FB n bl0g, offline, take a bath, n switch off everything.. sleep..zzzzzzzz

(seriously, u curse me ^_^)

argghh, sem0ga hari esok lebih baik..

damn! i miss u..

nite world!

............................................................................

p/s: "meh la dtg sini" he said. =)





Kuala Lumpur
Art Atilia

Sunday, 16 October 2011

PERMULAAN YG SGT BAIK

assalammualaikum...

adakah itu juga satu permulaan yg bagus??
hehehe... yeah!! entry tajuk terbaru....

semakin hari menempuhi hidup di semester ni, makin mencabar pun ada.
semua inginkan perubahan.. perubahan yg lebih baik.. InsyaAllah...

Alhamdulillah, aku bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah =)

beberapa hari ni, aku diuji dari segi mental. sgt3 mencabar.

xpe, selagi aku b0leh harung s0rang2.. aku akan cekal..

menyusahkan org sekeliling aku?? yer!! aku sgt3 myusahkan kawan2 aku. kesian dorang, yelaa terpaksa menerima kelemahan aku yg sgt2 bodoh dan hina. MAAF guy's...

begitu juga kepada family aku...

ok, kat sini aku nk mulakan entry aku yg bertajuk "permulaan yg sgt baik".....

bagi aku tak salah untuk kita jatuh berulang kali dan bangun dengan niat yang lain..
ermm mungkin org akan kata manusia yg bodoh adalah manusia yang sering melakukan kesalahan yang sama.
tp bagi aku, ye mmg b0doh dan xsalah untuk menjadi bodoh. betul!!

sebenarnya, kadang2 kita tak sedar yang kita ni dah melakukan kesalahan yang sama berulang kali.. baik kita sedar dari tak sedar..

(berbelit2 perkataan aku ni)

aku ingat lagi ada satu hari tu aku sangat3 la macam nak d0wn (macam je) tapi aku kuatkan semangat dengan memberi motivasi pada diri sendiri. bukan nk tunjuk bagus tapi... kita je yang b0leh memulihkan semangat kita sendiri..

adela hamba Allah ini, mengherdik aku dalam diam. menghina dan menghukum aku tanpa aku melakukan kesalahan yg besar. aku tak tahu apa masalah dia. aku tahu aku nak diam je.. ye silent!! aku da penat nak hidup macam dulu..

dia tidak henti2 menilai aku tanpa melihat dirinya sendiri.. adakah dia tidak tahu bahawa aku dan dia berpijak pada tempat yg sama, berbumbungkan langit yg sama, menyembah tuhan yang sama dan kami adalah manusia yang sama.

diam bukan tanda mengalah atau berserah!

hahaha tragik gile kan? hmm benda ni aku rasa semua org pernah rasa.

akhirnya, aku mengambil tindakan hanya untuk berdiam diri dan muhasabah diri seperti yg dinasihati ibu aku.

aku tak pernah nak berniat.. nak kenakan dia malah aku rasa dia juga adalah kawan aku.. kawan seperjuangan aku..

aku diam dan aku lihat. jika dia melampau pasti aku akan menggunakan kelebihan aku hehehe...


hmm aku rase tak payah lah aku nak tulis kat sini apa manusia tu cakap kat aku.. sebab no p0int.. aku just nk say s0rry kat dia sbb die tak berjaya nak jatuhkan aku hanya dengan mengherdik aku je..
bagi akulah ini adalah permulaan yg sangat baik bagi aku. (tahniah art!!)

dan juga kisah ini sendiri bagi pengajaran yg baik utk aku.

pesanan khas utk semua dan utk diri aku terutama: jangan mengherdik atau menghina ciptaan Allah kerana ciptaan Allah adelah sebaik2 ciptaan. tak kira di mata kita melihat orang tu tak cantik or ape2 jelah. ingat mata manusia tak akan pernah sempurna walau kita pakai c0ntact lens yg cantik2 tu n yg mahal2 tu..

permulaan yg sgt baik adalah pada hari esok =)
dan apabila melihat cermin jangan mencari kecantikan rupa tetapi katakan pada wajah itu "aku hebat!!"
(haha benda ni selalu aku buat dan ianya menjadi InsyaAllah =) ...)

arghhh, tak sabar nak jumpa hari esok iaitu dimana bermulanya 'permulaan yang sgt baik'

p/s: walaupun begitu wajah kamu tetap menjadi watak utama dalam hari2 saya hehehe.


   AWAS: SAYA BUKAN MUDAH DIHERDIK!


------tgh pening-------

ART ATILIA

Sunday, 9 October 2011

PERASAAN YG MENCELAKAKAN! =p

ASSALAMMUALAIKUM....
SALAM BAHAGIA SERTA SENYUMAN YG PALING MANIS UTK SEMUA......

P/S: sambil mkn c0rnetto al0ng belanja... hehehe

selepas beberapa minggu berada di dalam keadaan yg memerlukan otak berfikir ligat... rehat yg tidak berapa cukup.... em0si yg kdg2 kurg stabil.... hati yg sering menjerit2... rindu yg sering memanggil... cinta yg mula bermain k0tor...

dipendekkan cerita hidup aku di kampus dalam semester  ini...dalam beberapa minggu ni laaa

banyak kejadian yg berlaku tak dapat aku nak kongsikan semuanya di sini...

begitu banyak yang aku sudah belajar..dan masih belajar.... kawan-kawan juga makin bertambah...

sebelum aku jauh pergi ke tajuk utama.. aku nak cakap yg aku tak akan p0st apa2 jika aku busy.. hehehe... s0ry guyss.. (ada ke org baca?? hahaha)

PADA SEM LEPAS....

aku lihat dia muka dia macam ni.......






yer!! muka dia mcm yg kat atas ni... hampir... mungkin diorg ni pelanduk muka yg sama.. kan ada fakta mengatakan wajah kita ada tujuh yang hampir sama... mungkin dah terjadi kat depan mata aku...

Aku suka memerhatinya dalam diam.. hahaha.. mungkin itu yg terbaik eh bukan mungkin tapi yg terbaik..

mula2 pandang lepastu dia macam beri aku satu inspirasi yg hmmm ... mungkin disebabkan aku suka sangat kat artis ni kot hahaha..

SERIUOSLY, aku xtahu langsung apa-apa tentang dia yg aku tahu aku selalu perhatikan dia... kami jarang bertemu.. itupun kalau ada jodoh adelah... kdg2 aku mengharap sgt nk bertembung dgn die dan memulakan chapter baru dlm hidup aku dan mybe die...

harapanlah sangat...

Akhirnya, berakhirlah sem aku tu... dan sangat mendambakan bahawa dia akan tersenyum balik kat aku (harapan yg sgt celaka kn??)

PADA SEM YG TERKINI..

dua hari lepas..mungkin tiga hari lepas.. kawan serumah aku memberi nombor fon seseorang kepadaku yg diberitahu itu adalah nombor fon "jejaka di atas" laaa..aku bukan main kecut perut lagi laa.. baru nombor fon.. jadi aku pun miskol.. then selepas beberapa minit kemudian die miskol balik...

sumpah jantung aku degup kencang..
adakah babak itu akan bermula?? adakah Pengarah akan mengatakan "action"?? yer aku sedang menanti.

hmm, akhirnya aku lupakan aje babak yg nak bermula tu...

keesokan harinya.. dia call aku.. dan akhirnya aku dapat mendengar suaranya dan kami berbual.. alaa dia yang banyak tanya... sebab dari mana aku dapat nombor dia.. dijadikan cerita... dia nak jumpa aku tapi.....

aku tahu tu bukan yg aku nak... lalu aku akhiri segala babak yang tak pernah berlaku dan aku letak kembali segalanya ke paksi asal dan mulakan langkah yang terhenti seketika.. otak yg menerawang ke langit.. hati yang mula mengeluarkan madah2 cinta dan akhirnya aku pejam mata dan merasakan perasaan ini tak akan pernah wujud untuk aku...lalu aku akhiri dengan baringkan jasad aku di atas tilam..mengiring ke kanan.. menutup mataku membiarkan malam membelai aku lembut.. membiarkan jiwa ini berlayar pergi seketika.. seusai aku menutup mata aku berdoa agar dia bahagia selalu dan dirahmatiNya.. sebelum aku terlelap aku masih terfikir kata-kata aku bersama dia petang tadi.... mungkin erm biarkan kisah ini tidak bermula sebab aku tak bersedia dengan akhirnya...


AKU : tak, saya xnak jumpa awk
DIA   : kenapa tak nak?

aku diam....

"biar je laa saya jadi pemerhati awk dalam diam. Boleh?"

"baiklah."

ermm itulah ending kami.. haha.. =)

SAYANG-SAYANG SAYA.....









inilah beberapa gambar yg sempat diupload...
aku bahagia bersama mereka...

P/S: maaf pada yg gambarnya tak dapat nak diupload..

sambil membuat asaimen di tepi.. sambil mengunyah something ..sambil menonton televisyen..sambil berborak bersama adik tersayang....sambil mendengar lagu kegemaran dan sambil2 yg lain...

tiba-tiba aku terfikir lagi sekali nak menyemak kan entry kali ni dengan perasaan lagi sekali dan sekaki hahaha

aku ada beberapa pendapat yg ingin dikongsikan...

JIKA SUKA PADA SESEORANG HARUSLAH

berdoa dahulu agar dia juga mempunyai rasa yang sama, tabah, sabar, dan pastinya redha atau pasrah.

JIKA BENCI PADA SESEORANG HARUSLAH

berdoa dahulu agar Allah melembutkan hati kita juga hatinya, sabar , tabah dan pastinya memaafkan.

bagi akulah... baik mencintai atau suka seseorang tu dalam diam...kita perhatikan dia..kita senyum pada dia bila dia tak nampak... kita kejar bayang dia, kita bau haruman dia, kita dengar suara dia dalam diam, kita merindu dia dalam sakit dan harusnya dia juga berada dalam doa kita...

"aku tahu kita memandang bulan yg sama, dan kita juga berada di bawah langit yg sama"


hahaha.. art iaitu aku berkata tentang perasaan...

satu pesanan aku sebelum aku mengakhiri kata-kata yg mengarut dan hampir mencarut ni...

perasaan tu satu benda yg sangat2 unik.. sebab aku pernah rasa unik bila aku dapat rasa... rasa perasaan tu..perasaan yang melayang2 haha gila kan? perasaan nak terjun bangunan? rasa nak bercuti kat korea? hahaha.

"kalau suka seseorang cukuplah hanya berdoa untuknya"

kesimpulannya,

esok aku balik ke puncak!!! haha.. asaimen sedang disiapkan dgn gigihnya..
aku masih menanti wajah itu walau ku tahu dia tak akan muncul dalam beberapa bulan ni.. masih cuba melupakan yg sedia ada... hello?? aku juga seorg manusia yg berhak merasa ok??

kepada sang pencinta, selamat bercinta dgn alam fantasi anda... hahaha


---- khas utknya: aku benarkan kau menjadi pemegang watak dalam mimpiku..

Desa Pandan
ART ATILIA



gmbr kredit to razzaq dan fanpage artis tu..

Friday, 16 September 2011

OK, KITA MULA SEKARANG!

salam muhibah serta utk hari ini salam merdeka dan salam Malaysia!!

kini, aku berada di rumah setelah empat hari berada di puncak perdana... tempat aku memerah otak..
ok, untuk entry kali ini...

aku nak mula dari sekarang, hmmm baiklah kita...

aku tinggal di hostel yg diberi oleh U aku, dan yg paling best aku satu bilik ngn kawan2 sekelas aku.
YUS, RISA & IEBA..

permulaan untuk sem 2 setakat ni Alhamdulillah..
subjek juga makin susah..

Dear Semester 2, plez be nice with me k =)


aku bila ada kat puncak aku akan jarang on9 dan update bl0g sebab aku ni bukan jenis yg mudah fokus.
so aku bila ade kat puncak aku nak f0kus study n bukan bermaksud aku nak tunjuk pandai or what,, but aku ni mmg susah f0kus...

P/S: sem ni aku nak kejar dekan! haha...


*** byk subjek yg aku ingin sk0r tp aku tahu InsyaAllah jika dgn usaha yg kuat Allah sentiasa permudahkan jalan aku..
biar org nak kata aku ni berlagak pandai tapi aku tahu apa yg aku niat.

Ya Allah permudahkanlah jalan hambaMu ini..

Terima Kasih Allah, kerana sentiasa memeberi ruang dan peluang kpd hambaMu ini..

SEMESTER DUA,
saya nak bercinta dengan awk, boleh kita mula sekali lagi untuk bercinta.
biar saya mencintai awk dulu supaya sy tahu siapa diri sy..
lepas tu awk balaslahh cinta saya..

ASSIGNMENT,
boleh tak kita bersama sentiasa, boleh tak awak buat baik dgn saya.
layan saya dengan baik dan saya juga akan buat begitu..
mari kita bersama.

IDEA,
tolong hadir utk setiap kali aku perlukan kau.
jelma tatkala aku buntu.
peluk aku erat2 agar aku tak pernah kehilangan kau.

KESIHATAN,
sy mmg lemah tapi boleh tak awk buat sy kuat sentiasa.
sy kuat utk diri sendiri dan xnak myusahkn org...

MASALAH,
boleh tak jauhkan diri dari saya hehe..
sbb sy takut tak b0leh hadapi..

p/s: sem0ga aku terus kuat utk blaja..
    
pesanan khas utk si dia: walau sy busy, awk tetap menyelit dan terselit kat dlm urat saraf kepala ni. cepatlah cari sy, sy tunggu ni =(

Desa Pandan,
Art

Sunday, 11 September 2011

Masanya Sudah Tiba!

Assalammualaikum.. salam syawal pada semua...

hampir due minggu aku langsung x update bl0g ni...

tapi kita masih di bulan syawal kan...
raya kan sebulan..hehehe..
dikesempatan ini...

**saya Atilia @ Art menyusun sepuluh jari meminta ampun dari semua jika saya ada membuat anda semua berkecil hati atas apa yg sy buat.. saya hanya manusia yang sering leka dan selalu melakukan kesalahan dan tak pernah lepas dari masalah juga...

**kali ini iaitu syawal pada tahun ini saya sambut lain sikit....
d0akan laa yg terbaik utk saya ok?

pagi syawal perkara biasa yg sy buat.. solat raya saya x buat sbb ade excuse hehe..
dlm pukul 10 lebih saya pegi ke kubur arwah atuk saya...
saya sedih sgt, hmmmm... dalam hati berfikir, kat sini lah tempat aku nnt..

syawal kali ini kami sekeluarga sambut biase2 je hehehe..
alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah..



hmmm pejam celik dah EMPAT BULAN aku bercuti...
kini MASANYA SUDAH TIBA!!

menuju ke Puncak!!

doakan agar semester ini aku lebih baik dari semester lepas .. aammiinnn...

esok akan bertolak InsyaAllah pukul 8 pagi...

p/s: mood aku nak menulis sering hilang... masalah selalu jenguk saya... ^^ ...

boleh tak aku nak pesan sesuatu kat sini...

hmm kepada si dia sy rindu kamu =) hehe selamat hari raya k!

Monday, 29 August 2011

Terawih Terakhir.....utk Ramadhan ini.....

Assalammualaikum....
Salam Ramadhan....

sepanjang bulan Ramadhan ni, sebenarnya banyak mengajar aku tentang sebuah kehidupan..
aku masih mencari satu sudut utk aku duduk dan merenung diri sendiri..

bulan Ramadhan sebelum-sebelum ini tidak sama seperti apa yang aku lalui pada Ramadhan tahun ini...
mungkin ini menunjukkan aku sudah makin matang =)

Semakin Ramadhan hampir bertemu penghujungnya, aku makin malas nak tengok facebook..aku malas nak bersosial hahaha.. bukan nak tunjuk alim atau nak s0mbong tapi...

aku perlu ruang sekejap.... phone???
hahaha lagi laa.. silent je memanjang... sbb bagi aku...
kalau aku ade kat rumah dan bersama keluarga tiada apa lebih penting selain mereka hehe..so mmg aku silent..
kalau ada orang nak call aku dan benda tu penting mesti dia dapat call rumah aku =)

MAAF pada yg terasa ^ ^
aku mmg macam tu heee~

ok, terawih terakhir utk malam ni dan utk bulan ramadhan tahun ini...

jalan pun sunyi je tadi masa aku gerak sorang2 gi ke masjid..
jemaah wanita da tak ramai..
yang aku nampak nenek2 yang sudah lanjut usia sahaja =)
Alhamdulillah, aku diberi kesempatan utk terawih...

hmmm dipendekkan cerite....

aku menitiskan airmata tatkala sujud terakhir dalam solat sunat terawih tadi...
perlahan aku berbisik... terawih terakhir....

**** Ya Allah! izinkan hambaMu ini bertemu lagi dengan Ramadhan yg akan dtg =)



Desa Pandan
Art

Saturday, 27 August 2011

Tolong Campak Aku ke Dunia Kebahagiaan

kaki mula belajar melangkah
bila tahu untuk berdiri

sang ibu terima kasih..di situ permulaanya..

bila menginjak dewasa...
setiap malam bertemankan sepi..
walau merenung langit
mencari bulan,
memerhati bintang
aku tahu bukan itu yg ku mahu..

oh,bukan aku..
tapi ini... perasaan aku, fikiran aku.
jasad bersama malam, langit, bulan & bintang.
jasad tunggu di situ yer..pesan roh aku..

putaran masa berlaku
aku tahu aku belajar dari masa lalu..
aku ratah kembali ingatan-ingatan lampau
walau sakit, aku harus kembali
kerana....
aku nak tahu apa salah aku??

setiap kali mengonyak cebisan-cebisan ingatan..
hati aku menjerit... SAKIT!!!
aku terhenti..

jasad tersentak..
mata mengeluarkan air,

tiba-tiba mulut berbicara
"sampai hati k0rang buat aku"

otak ligat meratah semua memori..
hati semakin panas..
mungkin ingin membalas dendam..
hati dan akal bersatu..

mari kita binasakan orang yang pernah sakitkan die..

Jangan kata aku....
biarkan mereka.. tuhan kan ada..
hati..aku tahu kau yang paling banyak terluka
tapi yang merasanya aku..
akal.. aku tahu kau paling terseksa
tapi aku yang mengingati..

Aku pandang ke langit...
Aku dapat rasakan...
tangan, kaki, kepala, hati, akal, mata, mulut dan seluruh anggotaku..
memegang aku dengan erat...
kami menjerit...


"TOLONG CAMPAK AKU KE DUNIA KEBAHAGIAAN"

*lalu hati berbisik, terima kasih kepada yang pernah menindas aku..

MOOD: sedang muhasabah diri dan sedang sentap


Desa Pandan.
Art

Thursday, 25 August 2011

RAMADHAN..PLEZZ STAY!!

             ASSALAMMUALAIKUM... SALAM RAMADHAN KWN2....

dah lama aku x update blog ni.. hehe.. maaf dan ade juge yg ingin f0llow bl0g aku tp xb0leh disebabkn ade beberapa masalah.. MAAF!!

Ramadhan... semakin meninggalkan kita.. sebak dada aku.. mcm x cukup nk bernafas.. entah kenapa..
Ramadhan,, saya jatuh cinta dgn awk..... Ramadhan kali ni mcm memberi kelainan dlm hidup aku..

ALHAMDULILLAH!!...

sepanjang bulan ramadhan ni aku bukanlaa jenis yg sibuk dgn persiapkan kelengkapan utk menyambut syawal..tidak juga sgt2 beribadat..teruknye aku...

aku naif, aku kurg ilmu agama utk berbicara ttg agama...
tp aku sentiasa mencuba yg terbaik...
aku selalu membaca bl0g2 yg merungkai ttg agama..soal jawab agama..hadis2..

terima kasih kpd mereka yg selalu update ttg ilmu2 agama ini..

sepanjang bulan ramadhan ni..aktiviti aku seperti biase je..
tarawih insyaAllah..alhamdulillah Allah izinkan aku pergi dgn tubuh badan yg sihat..

aku selalu pergi masjid dgn ibu n kwn2 ibu...

bila duduk di dalam masjid...aku lihat dan serap segala apa yg aku lihat..
aku memerhati...

setiap kali melihat mereka yg tidak larat utk s0lat berdiri n masih hadir ke rumah Allah membuatkan aku menitis airmata...

ade s0rg nenek ni aku selalu lihat die.. die selalu ditemani oleh cucu2nya... bahagia aku lihat nenek tu.. betapa bahagianya die dtg ke rumah Allah.. tersenyum sentiasa...

bukan itu juga, aku juga melihat di mana jemaah wanita semua berpakaian jenis yg sama.. semua tutup aurat dgn sempurna.. bila s0lat xtahu mana satu pun sahabat kita sebab semua hampir sama..

yg paling menakjubkan kita semua melakukan perkara yg sama...

rukuk, sujud, takbir, berdiri mahupun duduk..dan yg pasti kita berdiri dan di arah yg sama...atau

             ia digelar KIBLAT YG SAMA!!

syukur..syukur..syukur..

ALHAMDULILLAH, aku diberi kesempatan utk bersama Ramadhan kali ini...

Ramadhan kali ini byk mengajar aku tentang banyak perkara...

aku sgt marah bila org kata.. "aku ni kurang ajar sbb mak bapak aku x ajar"

kamu semua salah.. ibu n ayah sy setakat ni telah menunaikan tugas mereka..
cuma sy n adik beradik yg degil...

teringat masa kecil2...

ayah selalu hantar pegi sekolah..pesanan ayah adelah "belajar rajin2" .. aku hanya mengangguk..
ibu selalu siapkan kelengkapan sekolah aku.

pesanan ibu xyah cakaplah.. mmg banyak sgt3.. sampai harini masih ibu pesan =)

bila habis sekolah pagi, ibu n ayah akan hantar aku pegi mengaji (kat bawah umah je ^^)
ibu n ayah hntar aku mengaji mase umur aku 4 tahun...
aku bersyukur sbb ibu hntar aku awal pegi mengaji...

bukan itu aje... bila kat rumah ibu selalu tanya bacaan dlm s0lat.. kalau xlepas mmglaa kene sebat dgn r0tan..

SERIUS SAKIT SGT2 KENE ROTAN..

aku ingat lg mase tu aku di darjah due.. ibu masuk dalam bilik aku, dan panggil aku dan abang aku..
itu tandanya ibu ade hal nak suruh kit0rg buat...

lalu ibu kata " al0ng, angah baca d0a qunut depan ibu "

al0ng dan aku terkebil2.. ibu berdehem..

lalu ibu kata " ok, ibu bagi 10 minit hafal doa qunut. lepas tu dah xde can "

aku n al0ng pandang je r0tan ibu yg halus tu.. lalu kami pun mula menghafal kembali..

10 minit berlalu...

"ok, al0ng mula dulu sbb al0ng lelaki dan al0ng anak sulung. lepas tu angah"

al0ng pun bace dan.... al0ng lepas d0a qunut.. dan al0ng dibenarkan keluar dr bilik...

jantung aku berdegup dgn pantas bila ibu memandang ke arah aku....

" angah.. bace.. "

...............

aku hanya dapat bace separuh je...
akhirnya berbirat2 kaki aku dipukul ibu...

aku xpenah salahkn ibu..xpenah!
sbb kalau bukan r0tan ibu n cubitan ibu..
aku mungkin xpegi mengaji..xtahu s0lat haa..

banyak sgt kenangan yg mase kecil aku fikirkan ini adelah kenangan pahit..
rupenye ini adalah kenangan manis utk aku ingati sampai mati....

RAMADHAN ini laa yg byk mengingatkan aku ttg kenangan2 ini....

Ramadhan mengajar aku byk bersabar....

mesti k0rang semua sedih sebab Ramadhan nk tinggalkan kita....
nak jumpa lg tahun depan laa...

**kat sini aku nak m0hon maaf lah pada org yg aku penah sakitkan hatinya... penah seksa jiwanya...
    maaf!! aku manusia yg sgt3 lemah....


Bila Syaaban melabuhkan tirai
Syaaban telah beri kita hadiah
hari Nisfu Syaaban.
Di situ kita semua cuba menjadi
yg lebih baik.
berusaha.
Lalu, Ramadhan hadir.
cahayanya sgt kuat,
semua org b0leh rase kehadirannya.
Ramadhan pula byk memberi kita hadiah
byk sgt..
Ramadhan byk aktiviti,
yg xb0leh lupa
tarawih, nuzul al-Quran..
tp yg paling berharga
Lailatul Qadar.
Bila hampirnya Lailatul Qadar..
tandanya Ramadhan nak berlalu pergi.
Tinggalkan kita..
dan...
Syawal akan muncul,
beri sirna baharu dalam hidup.
Tanda kemenangan kita pada Ramadhan lalu.
Sedihnya Syawal
tatkala terdengar
Takbir Raya..
bergetar jantung ni..
sayu hati ni..
air mata tak yah cakaplaa..
selalu mengalir..
tempat yg kita akan tuju utk
ziarah adelah..
Kubur..
Disitulah bermula m0nolog se0rg saudara kpd saudaranya...
seperti aku berm0nolog utk saudaraku..
tak perlukan skrip, kata2 pujian..
kerana apa yg dikatakan adelah lahir dr hati
kerana yg berbicara tatkala itu hati..
mulut membacakan ayat2  suci ...
pujian pula hanyalah utk yg MAHA ESA..


*** bila pandang kubur, aku selalu berkata. tempat terakhir aku kat situlaa.


ramadhan plez stay!!



Desa Pandan,
ART




Thursday, 11 August 2011

BOLEH BUAT MAKSIAT, DENGAN SYARAT......

Assalammualaikum ^ ^ salam ramadhan...

tiba-tiba entry kali ini aku nk share s0mething... aritu ibu ade belikan aku majalah SOLUSI mase nk pegi kuantan..awal bulan aritu.. Thanks ibu sbb memahami anak ibu yg suke membace ini...



then ade satu topik yg menarik.....

                      B0LEH BUAT MAKSIAT, DENGAN SYARAT......

mari kita berk0ngsi ilmu di bulan mulia ini....


                     SELAMAT MEMBACA!


dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seseorg lelaki yg dlm prjalanan utk mencari hidayah telah bertemu dgn se0rg sufi yg hebat, iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kpd beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

      "kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak org yg makan rezeki Allah derhaka kpd Allah.
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak org yg tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
  3. Buatlah maksiat di tempat yg Allah tidak nampak kamu.
  4. Sekiranya malaikat maut dtg hendak mencabut nyamamu, maka katakan kepada malaikat maut utk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan utk melakukan maksiat.
  5. Sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka dtg hendak mengheret kamu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "

setelah mendengar kata2 tersebut, lelaki itu menangis teresak2 kerana die sedar bahawa tidak layak bg se0rg hamba Allah utk melakukan maksiat kepada-Nya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dgn bersungguh2. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yg soleh.


Alhamdulillah..... sem0ga kita sama2 dpt iktibar ape yg kita bace ni.....


PESANAN KPD YG SUKA MENJATUHKN SY:

  aku manusia yg lemah...kalau nak bace..bace je.. jgn nak kutuk or kondem aku...


saya cuma nk k0ngsi ilmu....


SELAMAT MELAWAN HAWA NAFSU DAN SELAMAT BERAMAL ^_^


INSYAALLAH........


**** cerita yg aku amek ni sikit pun aku x ubah... seratus peratus aku c0py betul2.. taip sendiri...


DESA PANDAN, KL

Sunday, 7 August 2011

c0ntengan hehe

aku berhenti di satu sudut selepas penat berjalan...
kelihatan ada se0rg perempuan sedang menangis...
kelihatan kusut, tak bermaya, penat..
aku menghampirinya...duduk dibelakangnya..


belum sempat ku bertanya dia sudah bercerita...
katanya.....
aku penat mengelak dari rasa itu
aku sayang dia...
tapi aku tak boleh nak cakap
lalu aku biar je dia pergi
tanpa tahu rasa aku padanya


bukan tu aje..
aku selalu dipandang rendah
ya! mungkin aku ni tiada keistimewaan
tapi salah kah aku berpijak di bumi ini juga??


dia!! dia!! haa yang itu!!
selalu mencemuh aku...
tolong lah sahabat bagi semangat pada aku
tak penat ke mengejek aku


ya!! aku tahu aku memang tak de perasaan
sebab rasa tu dah hilang..
pergi...
argh!! malas nak cari...
tapi kenapa hanya sebab aku tak mahu bercinta
dia!! dan dia!! pandang rendah kat aku??


lalu aku bertanya...
kenapa tak lawan balik??
kenapa tak herdik balik??
bukankah kita boleh bersuara juga...
macam sekarang...

                            dia terdiam...lama....


lalu dia bersuara....
bukan aku yang tak nak bercakap balik...
tapi kau!!! kau!!
kau lah!! jerit dia sekuat hati....


                       aku terperanjat.....

kenapa aku??
kau yang datang tadi jumpa aku
tiba-tiba kau nak salahkan aku..
bodoh!!

kau lah bodoh...katanya...
sebab kau sendiri kata bodoh pada diri sendiri..


                    aku tak faham... tapi aku benggang....

lalu aku menarik dia menghadap aku..
dan aku suruh dia memandang aku...

                   tapi aku terkedu... sebab.....


perempuan itu......................


adalah  AKU



penyeru malam..... 3.47 ptg
desa pandan

Thursday, 4 August 2011

GUITAR C0VER!!

                          ASSALAMMUALAIKUM !! =)

hummm GUITAR COVER insyaAllah yer kwn2..permintaan anda akan dimakbulkan hehe...

hahaha dah ramai yg mintak aku buat c0ver lagu2....

sedang dalam pr0ses......................... heeheheh........


                                 SABAR OK??

aku mmg enjoy kalau main gitar ni... rase mcm best jer...
tension pun b0leh hilang....
gitar ni melatih aku supaya f0kus...
yer FOKUS ....



kadang2 dalam hidup ni kita rase cepat hilang f0kus tapi bila dgn gitar....
byk mengajar supaya f0kus dan hayati setiap bit lagu...
serius, k0rang b0leh cuba...

GITAR bukan untuk menunjuk2 dan ditunjuk2...
bukan nak fikir bagus.....
INGAT!! gitar adelah sesuatu benda yg b0leh kita hidupkan dgn jemari kita...


belajar bermain gitar bukan untuk hanya menjadi artis tetapi menambah sedikit ilmu dlm hidup haa...

pernah ade org kata kat aku...  

         " kau main gitar ni nak jd penyanyi ke?? "

serius aku xsuke statement tu...

aku cuma peminat muzik jer.....

aku bukan handal pun main gitar...tahu main biasa2 je...

OK, aku akan siapkan beberapa c0ver lagu..tapi aku tak tahu lagu ape haa...

        ANY SUGGESTION??

kalau ade sesiapa yg nak mintak c0ver lagu ape2.. k0rang b0leh inb0x kt FB aku ok??


setakat ni Alhamdulillah banyak juga c0ver yg aku dah buat cuma tak disiarkan je haaa...

dan perkembangan terkini.. lagu2 yg sering aku mainkan....

  1. random awesome by yuna
  2. cinta muka buku by najwa latif
  3. bulan ditutup awan by yuna
  4. i do by colbie cailat

aku selalu tukar lagu...kire berlatih lagu baru dalam seminggu mesti dalam 3 hingga 4 buah lagu haa...
so lagu2 kat atas adalah yg terkini laa bagi aku hahaha tapi lagu i do lagu baru k huhuhu...

hummm aku tengok da ramai main kat youtube kalau dorang buat c0ver guitar ni....

sorry aku xbape suke sgt nak share dgn org luar hahahahaha....

kwn2 rapat je setakat ni penah dengar aku main haaa.....
keluarga semestinya....


haaaa tak tahu nak beleter ape haaa hahaha... ^ ^


ok, selamat bersahur.... jaga puasa anda semua ok....

selamat berpuasa!!!

P/S: lagu jiwang aku X LAYAN! sorry k... ape2 b0leh inb0x aku hahaha

Wednesday, 3 August 2011

MASALAH AKU!!

shhhhhh b0leh x diam sebentar?? sy penat....
kejap je....

b0leh x kite berhenti sebentar?? sy penat....
kejap je.....

b0leh x sy nk t0leh kat belakang?? sy penat....
kejap je......

b0leh x sy nk berhenti tersenyum?? sy penat...
kejap je.....

b0leh x sy nk jadi pembenci?? sy penat.....
kejap je.....

b0leh x sy nk nangis?? sy penat....
kejap je.....

b0leh x awk tnggu sy?? sampai sy hilang rase penat...
mmg lame... bukan sekejap... dan tak mudah...

ini kisah aku...yer kisah sebenar aku!!!!

biarlah aku nak menjerit
nak menangis
nak gelak
nak tersenyum
nak buat bodoh
nak maki org
nak sepak org
nak membenci
nak melupakan
nak meludah....

INI HIDUP AKU!!!

              PLEZZZZZ, T0LONG FAHAM, OK??

kau xpenah fhm ape yg membebani fikiran aku dan hati aku... s0 b0leh x diam jerrr...

NAK TANYA, TANYALAA AKU XKISAH...        > SERIUS<

selagi aku b0leh jawab aku jawab............


semua org ade masalah tersendiri... aku pun ada...


TAPI aku punya....

sakit... SAKIT sgt...sgt...sgt................bila aku ingat.....................

nak tidur pejam mata je...mesti terfikir...s0 mcmana aku nk TIDUR??

TERIMA KASIH KPD PENGUAT SEMANGAT....

aku tak tahu mengapa, kenapa, bagaimana dan apa yg berlaku.....

CUMA AKU TAHU.... SIAPA DIE.....

dan..................

                       KENAPA DIA??????

YA ALLAH! KUATKAN IMANKU, SEMANGATKU....
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN AKU.....

TUNJUKKANLAH KEBENARANNYA YA ALLAH, AGAR KAMI TIDAK HIDUP DALAM KESAMARAN...... KUATKANLAA HATI ORG2 SEKELILING AKU.....

KELUARGA AKU......

maaf...maaf dan maaf......

* akulah perempuan yg suke maki org TAPI ingat aku maki org yg ganggu hidup aku.....

SEKALI KAU BAIK DGN AKU..... SERIBU KALI AKU BAIK DGN KAU....

                             TAPI!!!!

SEKALI KAU CELAKA DGN AKU...... DOAKANLAH AGAR ALLAH MELEMBUTKAN HATI AKU UTK TAK MENCELAKAKAN HIDUP KAU!!


 A : aku x suka kau...    > aku xkisah pun <
 B : awk tu perempuan cuba ckp el0k2 dan dgn lemah lembut.... > faham masalah aku dulu <
 C: aku suka kwn dgn kau .... > aku pun, terima kasih <
 D : kau ni gila kan?? .... > humm agak gila jgk <
 E : sy suka tg0k awk..cara awk.. > t0long jgn buat sy malu hehehe <
 F : kau ni gangster eh?? .....  > aku gangster dgn org mcm kau je <
 G : kau xde perasaan ke?? cinta?? ....  > mestilaa ade... cinta belum bersedia <
 H : b0leh nyanyi utk sy??....   > b0leh, tp awk kene buat sy jatuh hati kt awk dulu <
 I : ade ke org nak kau?? .....  > InsyaAllah.. <
 J : kau x cantik laa...  > erm t0long jgn hina ciptaan Allah <
 K : aku ade b0yfriend.... > oh bg0slaa.. <
 L : siapa BFF kau?? ... > pemakai jam tangan merah jambu <
M: kau b0doh laa...  > ye aku mmg b0doh <
N: aku xsuke teng0k muka kau.... > jgn pandang muka aku <
O: aku jeles tg0k kau berjaya... > j0m share kejayaan aku bersama <
P : kau suka die eh, sesuai laa..> aku x suka bila digandingkan <


boleh kita berhenti sekejap?? sy penat hahahahaha.....
A- P itu ade lah s0alan yg biase aku dapat dr org sekeliling aku... dan
> < itu adelah jwpan aku haaa...


SORRY, SBB ENTRY KALI INI PANJANG SGT2...
HAHAHAHA AKU TERLEBIH EMO LAAAA
SORRY!!!
ABAIKAN PERASAAN AKU K....
SAJE JE NAK BUAT KISAH BANGGANG KAT SINI...



     wahai sang pemimpi, lenakanlah aku dgn kisah mu.....

    wahai angin malam, lenakanlah si putera idamanku....walau die xpenah tahu siapa aku??...


p/s: ape2 k0men jer kt sini or inb0x kt FB aku k... aku terima KUTUKAN hahaha

LINTASAN SEMASA X MENULIS BL0G

=) THANKS SBB SUDI MEMBACA!!

ASSALAMMUALAIKUM....
SALAM RAMADHAN ^ ^

hehe x sangke da nak masuk hari ketiga kita berpuase... RAMADHAN kali ini berbeza dgn tahun lepas...
setiap tahun mesti ade perubahan kannn.. xpenah same....

ALHAMDULILLAH, aku dan kita semua dipertemukan lagi dgn RAMADHAN yg mulia ini.....

MARI KITA BERAMAL.....

humm sebelum puase haritu, adik aku ade balik sini...

ingat nak letak laa gmbar tp... card reader pr0blem laa pulak...

HARI SABTU : aku n adik aku AIN.. pegi sh0pping.. saje saje jalan.. xbyk kit0rg beli hehe.. kit0rg sh0pping kat TIMES SQUARE JE... haritu x best sgt sbb adik aku demam.. so mmg xbyk sgt tempat kit0rg singgah..

HARI AHAD : aku, ayah, ibu n adik b0ngsu aku pergi kuantan utk hantar adik aku Ain balik ke politeknik die... s0 first terawih mmg aku xdpt buat sbb dlm kereta lg...

mmg sedih klau xdpt bersahur n berbuka bersama seluruh ahli keluarga

( nnt aku upload laa gmbar2 tu eh )


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


P/S : saya semakin dewasa!

Friday, 29 July 2011

surat rindu!

HUMMM,, TAHNIAH KPD PEMAIN MALAYSIA DAN JUGA PENYOKONG MALAYSIA...

MARI KITA MENGAUM...

WALAU KALAH, KITA KALAH SECARA BERMARUAH!!

SINGAPURA,,YG SUKA BERPURA2... PERGI JAUH2 K...

haiiihh... bile trpandang salah se0rg pemain Malaysia tu, mengingatkn aku pd seseorg plak..

ADOYAI....

ni yg malas ni hahaha.... terasa rindu tu menyelinap perlahan je masuk hahaha..
lawak kan?? rindu tu subjektif laaa...


KARMA!! Dulu dia rindu ngn aku gila2... aku buang die jauh2... tp ade sbb...

SKRG... aku rindu die.. die xtahu pun.. n tak akan amek peduli pun...

TAHNIAH ART!! *SIGH

aku tahu die xkan baca bl0g ni sbb dia da penat kejar aku... dulu aku tahu die selalu stalk aku hahaha...

tp kalau tetibe die baca, dan die mmg tgh baca... aku nak amek kesempatan ini...

KEPADA PRINCE (hehe biar laa aku nk gedik2 gak),

         s0rry sbb penah buat kamu begitu... s0rry sbb pergi tanpa kata apa2...
just nak ckp sy rindu kamuu... just nk kamu tahu sy still syg kamu... s0rry tinggalkan kamu...
s0rry buat airmata kamu mengalir mase sy blah mcmtu jerr... sy ade sebab... kan sy kate ade j0doh adelaa...
so kamu teruskan hidup k, dan sy akan teruskan hidup.. biar begini, saling merindu dr jauh... mungkin ini akan mendidik hati kita agar menghargai org sekeliling.. jika dah jumpe yg terbaik,, plezz teruskan..... dan biarkan sy mengejar cita2 sy yer.. s0kong sy tau... sy s0kong kamu jgk... dan teruskan bermain b0la yer... hahaha..
hummm be still in my heart ... lupakan jerr.... terima kasih sebab pernah jaga saya!!


hahaha kamu! dan kamu jgn gelak k... hahahaha ;P
biarlah aku nak gedik2 jap hahahaha...
kpd yg suke cari SALAH saya.... aku tahu k0rg stalk aku dan k0rg akan buat cerite ttg bl0g aku ni haa, so aku xkan terkejut if ade suare2 sumbang yg akan buat cerite dan menambah cerite.... biarlaa dan PERHATIAN KPD MULUT LONGKANG: cukup2 lah nak jatuhkan org... sbb aku bila jatuh, aku tahu mcmna nak bangun dan aku juga tahu nak sepak mulut org yg suke buat cerita..

KEPADA YG CEMBURU DGN AKU: biarlaa die nak syg aku mase dulu kn... dan aku nk ckp kt k0rg aku ni n0thing yg mencuba keras utk menjadi s0mething... s0 jgn cemburu ngn aku k..

P/S: HARAP TIADA SESIAPA YG PERASAN SURAT RINDU NI UTK DIA... or SESIAPA laa...
sebab org tu akan tahu... hahahaha...

RINDU BOLEH PERGI JAUH2 TAK??

SEBAB SAYA, DIE AKAN SENGSARA...

SAYA XNAK DIA TAHU K... MMG XNAK...

sory malam2 ni nak gedik-gedikkan hahaha... hummm RAMADHAN nak dtg so aku nak tambah pahala yg semakin kurang ni haaa... hahaha

YEAH! es0k adik aku ain balik haha...


SELAMAT TINGGAL, RINDU!!

aku nak pandang dia dlm diam jerr.. kenapa susah sgt kisah ni??

senyum plezz... bye readers.... mo0d saya kerinduan...

Thursday, 28 July 2011

MENCARI IDENTITI??

                         ASSALAMMUALAIKUM!!

HAI, alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis kt bl0g hehe.. dan juga

                      TERIMA KASIH KEPADA YG SUDI MEMBACA!!

mencari identiti?? ... yer, aku rase aku masih mencari kdg2.. tp kdg2 aku rase aku da jumpe hummm..
Menjadi aku pada hari ini, mengingatkan aku pada kenangan semalam... bukan kisah manis tapi kisah pahit dlm hidup aku.....

semoga hidup aku bertambah baik....
aku tak nak hidup macam dulu lagi....

"masa silam, kamu duduk situ diam2 yer... sbb saya sakit bila teringat kisah silam...plezz jgn sakiti saya"


ok aku kenalkan diri aku sendiri lagi sekali yer... kali ni jer...

Maaf, aku x berapa nak k0ngsi siapa nama sebenar aku.. lagipun nama sebenar aku jarang digunakan...
cuma atas urusan rasmi dan masa sekolah... lepas habis sekolah aku byk guna nama ATILIA... bkn aku x suka nama sebenar aku tapi... biarlah aku selesa begini... dan panggil aku ART ok??

setakat ni laa pengalaman yg paling aku tak sangka adelah aku pernah menjadi seorg GURU!

yer se0rg guru... guru muzik.. instrumen yg aku ajar adelah GITAR!!
hehe aku diberi peluang mengajar selama dua bulan je sbb aku nak sambung blaja kat UiTM shah alam...
menjadi se0rg guru muzik adelah bende yg paling aku x sangke dlm hidup aku.. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan...

aku mengajar utk pelajar permulaan.. kire yg baru nk belajar pegang gitar laa dan sehingga pada lagu2..
setakat ni aku xpernah lg mengajar yg dah pr0 sbb aku pun masih baru dlm kelas gitar...
aku pelajar muzik instrumen gitar selama dua tahun sahaja...so aku ade laa level2 die hehe...

banyak jgk lagu yg aku dah belajar.... dan buat c0ver tp aku xpenah perf0rm depan org ramai... setakat ni perf0rm depan2 keluarga je.. mcm mase makan2 haa tu je.. sbb aku kurg suke utk exp0se dlm bende2 camni..

setakat ni aku pernah mengajar 5 org pelajar hehe...

menjadi guru muzik adelah pengalaman yg sgt best hehe...

aku suka mengajar... dan aku akan mengajar muzik juga... sebab aku suka muzik!!

" muzik, boleh ke kalau kita bersama??"

HISTORY...

GITAR DIBELI: akhir bulan 1... xsilap 30 JANUARI 2009
FIRST CLASS: awal februari.. 3 FEBRUARY 2009 hari SELASA..
NAMA GURU: MR WILLIE ( LEVEL 1 & SAMPAI AKHIR 2010), CIKGU WAN ( LEVEL 2 SAJE)
JENIS MUZIK: CLASSICAL & ACUSTIC
JENIS GITAR: CLASSICAL


ok, ramai kwn2 da mtk aku p0st c0ver2 gitar lagu2 yg aku b0leh main.. humm nnt yer...
InsyaAllah aku akan buat... hehehe... cume perlu mase saje..

hahaha... mmg best main gitar ni hehehe...

ayah yg byk mengerakkan aku dlm muzik ni haa.. pada mulanya aku bukan minat pun nak belajar gitar ni haa.. tapi minat tu dtg perlahan2 dan aku terus jatuh cinta... THANKS TO AYAH!!

gitar pun ayah yg belikan hehehe....

SO PADA KWN2 YG NK BELAJAR GITAR TU, BELAJAR JE... GITAR MMG BEST TAU HEHE..HAH?? NAK SURUH AKU AJAR??

HEHE BOLEH AJE, INSYAALLAH...


P/S: aku pernah k0ngsi minat yg same ngn sese0rg... the best part penah main gitar same2...



GITAR AKU YG TERCINTA!!






"music does not come from the instrument but fr0m the soul of the player"

aku pegang kata2 ni masa aku main gitar... hehe


MARI BERSAMA AKU... BERJALAN DI TAMAN SAMBIL MEMETIK GITAR....