Sunday, 5 August 2012

Cerita Result Exam..

Assalammualaikum,

Kecewa.

Pada 3 0gos haritu adalah hari keputusan exam semester 3 keluar, aku kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Lepas tengok result masa sahur air mata aku meleleh je, sambil otak mengimbau apa salah aku. Kawan-kawan ramai yang mesej tanya result, ada yang aku balas mesej mereka ada yang tidak.

Alhamdulillah, semua subjek aku LULUS namun ada beberapa subjek yang aku terkilan. Sangat.

Film Theory dan Animation adalah paper yang aku sangat ralat. Dua paper ni aku study bagai nak gila walau tiada lah sampai gila tapi kalau tak tidur dua malam untuk setiap satu subjek ini, bukan kerja gila ke??

Menangis bila teringat peristiwa aku jawab exam kedua-dua paper ini aku tertidur di dewan exam dan sedar apabila tinggal hanya 1 jam sahaja sebelum masa tamat dengan adanya 3 esei panjang tak siap lagi. Kadang-kadang aku terasa nak switch the blame to someone else. Yelaa, jadual exam aku sangat pack dengan aktiviti fakulti lagi, assignment lagi. sight.

25/6/2012  Media Electronic
26/6/2012  Psychology
27/6/2012  Film Theory

selang seminggu

9/7/2012    Art Laws
10/7/2012  Animation


Tapi bila fikir secara waras ini semua salah aku, cuba kalau aku susun jadual tidur dengan secukupnya pasti aku tak tertidur dalam dewan exam. serius aku terkilan. Kedua-dua subjek ini aku hanya dapat B. Mungkin carry mark aku yang membantu. Cuba fikir lagi, kalau aku jawab dalam sedar dan cukup masa pasti aku boleh jawab paper ini dengan baik. InsyaAllah, namun semuanya dah lepas.
Apa salah aku? Mungkin aku kurang berdoa pada Allah atau mungkin aku terlalu banyak meminta pada Allah?

Mula-mula pasrah, kini aku mula redha...dengan Ikhlas...cuba lagi Art...

Walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab pointer aku TIDAK lah teruk mana, cuma tak capai target je. Menurun dalam 0.03 je tetapi CGPA aku meningkat!! Arol pesan sekarang aku kena jaga CGPA aku je.

Tahniah kepada diri sendiri kerana mendapat A pada 4 subjek ini

BEL 499
WRITING WORKSHOP
MEDIA ELECTRONIC
INTERACTIVE MULTIMEDIA

Terima kasih kepada Allah kerana memakbulkan doa hambaNya yang hina ini dengan meluluskan semua subjek. Terima kasih kepada Ibu, Ayah yang banyak berdoa anaknya ini yang sering tersungkur. Along yang banyak membantu jika aku ada research dalam medical. Adik beradik yang lain Ain dan Kasih. Kawan-kawan sekumpulan Arol, Izmir, Lalouq yang sudi menerima aku dalam kumpulan. Kuren, Is, Arisa, Yus dan rakan-rakan yang lain yang sudi memberi inspirasi kepada diri aku. Tak lupa juga pada pensyarah-pensyarah yang mengajar.

Memang semangat aku dah hilang nak masuk semester 4 ni. Semangat raya pun dah tak de. Tapi aku tahu aku mampu buat lebih lagi. Pesanan aku ambil lah iktibar dari kes aku ni, tidur tu memang penting. Sangat penting, lagi-lagi bila nak exam.

Tahniah! Pada kawan-kawan aku yang mendapat Anugerah Dekan :) aku tumpang bahagia,boleh?

Semester 4, aku akan buru kau. InsyaAllah.

4 A, 5B, 1C (keputusan aku)

p/s: aku ambil masa yg panjang utk menulis entry kerana ingin menulis dengan keadaan aku dah pulih dari kecewa. Aku perlu masa.


Art Atilia (NAA)
Ampang K.L